Wednesday, 20 January 2010

Ku Akui Cinta


 

Tajuk: Ku Akui Cinta
Lagu: Hafiz Hamidun (Arteffects Production)
Lirik: Pawaka (Arteffects Production)
Hakcipta: Arteffects Production
Artis: Aiman
Album: Kompilasi CINTA – Cinta Ilahi Cinta Insani
I
Aku mula merasakan
Terbitnya kasih bagai mentari
Menyinar terang waktu siang
II
Waktu telah menyatukan
Keihlasanmu kejujuranku
Di dalam satu pertemuan
Korus
Dan bila aku akui cintamu
Mula bertapak mula bertakhta
Hilanglah sudah kisah duka lama
Dan kita mula melangkah berdua
Seiiring sesama dalam kembara
Mengenal apa itu erti cinta
III
Kini ruang kekosongan
Mula terisi dan dilakari
Seribu satu warna kasih
Korus
Bridge
Akan datang
Akan datang badai taufan yang menghempas
Badai taufan yang menghempas dan mencabar
Namun kita mesti tabah dan teruskan perjalanan ohh ohhh
Korus
Outro
Waktu telah menentukan
Keihlasanmu kejujuranku
Jadi satu

Single terbaru Aiman Sidek..=) love it so much~!
Semoga berjaya ya  Aiman~

Monday, 18 January 2010

Message Undelivered - Nasyid Indie

Senilagu/senikata/susunan muzik : AbdHalim
Penerbit : Abd Halim Bin Ahmad
Studio rakaman : Neurotic Studio
Album : Koleksi Nasyid Indie Vol. 1 - Nasyeed Underground

Kau sangat istimewa
Kau tiada duanya
Yang menghangatkan jiwa


Kita telah dipertemukan
Bagai novel cinta
Indahnya cuma kita yang rasa


Tiap saat bagiku
Ingin menyintaimu
Tak pernah kau kulupa
Selalu ku hubungi mu


Kau pun jua begitu
Bicara soal rindu
Katakan apa saja
Pasti kita sama setuju


Namun mengapa sejak kelmarin
Engkau mendiamkan diri sepi dariku
Kucuba menghubungimu tapi
tiada jawapan yang kuterima
Hanya suara wanita yang berkata
Sila hubungi semula


Mengapa apakah yang terjadi antara kita
Tidak pernah aku sedikit pun untuk
Cuba mengguris apatah lagi cuba menyakiti hatimu
di manakah ruang itu yang kau mungkin pernah
cuba untuk menjelaskannya padaku



Masa berganti waktu
Kuharapkan namamu
Kan muncul menyerikan
Paparan panggilanku


Namun hampa yang kutemu
Bila tiap mesejku
Tak sampai kepadamu
Katanya message undelivered

Tertarik dengan kekuaatan yang ada pada lirik lagu ni.
Agak kreatif Abang halim membuat satu lagu yang memang ada sangkut paut dengan kehidupan remaja zaman sekarang.Dengan peredaran nasyid yang semakin dilupai kesan daripada kenaikan band2 indie,so,rasanya ini satu usaha yang bagus dalam memartabatkan semula irama nasyid untuk terus bertahan dalam industri muzik tanah air.Semoga karya=karya seperti ini terus diangakat.InsyaAllah..  

P/s : terengat seorang kawan yang studi di melaka bila dengar lagu ni.=)