Salam,
Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pengunjung blog ni. Syukran kerana tak putus-putus datang tok baca info dalam nie. ;)
Syukran a lot. (Eh?)
Semoga ramadhan kali ni akan lebih bermakna dari tahun-tahun yang lepas.
Setakat 10 hari berpuasa ni, aku hanya sempat menunaikan solat tarawih full version sebanyak dua kali je.
Kebanyakan sekadar 'medley'.
Iman aku masih lemah lagi.Keterbatasan waktu membuatkan aku nampak begitu pasif. (alasan la nie)
InsyaAllah, sekiranya ada kesempatan akan aku laksanakan jua.
Untuk pertama kalinya juga, aku berpuasa sebagai seorang mahasiswa.
Dan untuk kali keketujuh, aku berpuasa bejauhan dari keluarga.Sedih memang sedih.Takperlah,lagi 2 tahun aku kerja. InsyaAllah,puasa bersama keluarga juga.So, akhir kata,
Selamat menyambut ramdhan al-mubarak. Moga iman kita terus meningkat dan meningkat. Ops. Manusialah.
Andai turun pun,sekadar bilangan yang kecil. Dan meningkat dengan banyak. InsyaAllah.