Monday, 9 November 2009

Sahabat terakhir (cerpen pertamaku)

“Andai dapat aku lafazkan buat kali terakhir,hanya satu ku ingin kau tahu..Kaulah sahabat terbaikku~”-AMIR ZIKRIE-





Hujan turun seolah-olah menyambut kepulangan Syed Najah dengan penuh kesayuan.Berlainan benar gayanya untuk malam itu.Kebiasaannya,hujan yang turun tidak terlalu dingin dan lebat. Umpama ada perkara yang berat ingin disampaikan.Peninggalan Najah semenjak 5 tahun yang lalu,menyorot pelbagai peristiwa silam di samping mengimbau seribu satu memoir di kampung ini.Disinilah,segala-galanya menjadi saksi proses kematangan dirinya sehingga dia berjaya menjejakkan kaki ke Mesir,negara yang menjadi salah satu impiannya ketika kecil dahulu.




“SubhanAllah....”bisik najah dalam hati..




Malam ini,Najah memandu keretanya sendiri menuju ke tempat kelahirannya ini.Satu sahaja tujuan utama bermain dalam kotak fikirannya,ingin berjumpa dengan sahabat lamanya yang sangat dirindu.Sahabat yang dianggap sebagai sahabat setia,sahabat yang sentiasa mengingatkan dia tentang Allah,sahabat yang sentiasa mengingatkan tentang pengorbanan dalam menuntut ilmu.Tersenyum sendiri Najah bila terfikirkan sahabatnya itu.




“Kau pergilah Naj....”kata Amir di satu petang yang redup.


“Aku tahu,memang susah nak tinggalkan kampung ni...Ayah dan mak kau,kawan-kawan semua...Tapi kau kena faham,setiap perkara yang kita buat,mesti perlu adakan satu pengorbanan kan?..”kata Amir lagi.


“Aku tahu Mir..Nabi Muhamad pun,dalam menyebarkan dakwahnya terpaksa berpindah ke Madinah,terpaksa berpisah dengan sahabat-sahabatnya..tapi aku ke sana dalam satu jangka masa yang lama..5 tahun Mir..Bukan satu jangka masa yang sekejap.Aku takut dalam tempoh masa tu,akan terjadi apa-apa yang buruk pada kau,pada mak dan ayah aku.”..terang Naj dengan perlahan.Dia berasa terlalu berat untuk meninggalkan semuanya.Segala-galanya.


“Allah sentiasa bersama kita Naj..Kau serahkanlah segala-galannya kepada Dia.Dialah yangmenentukan setiap baik buruk yang berlaku.Kepercayaan kau,kesangsian kau,serahkan sepenuhya kepada Allah.Nescaya,kaulah orang yang paling beruntung...” ujar Amir memujuk.


“Terima kasih Mir..Kaulah sahabat dunia akhirat aku..”aku berjanji bila aku pulang 5 tahun nanti.Selepas mak dan ayah aku,kaulah orang pertama yang aku akan temui..ok? ”


“Hehe..janji bro ?.. Di depan rumah aku tau.“


“Janjilah berok!hehe..” ujar Naj sambil memeluk erat sahabat baiknya itu.




Hujan semakin lebat menyukarkan Najah untuk memandu dengan laju.Perasaan rindunya terpaksa disabarkan dengan faktor keselamatan perlu diambil kira.Bukan dia tidak biasa dengan jalan kampungnya itu,cuma jalan yang kecil tu terasa semakin sukar dengan keadaan permukaan jalan yang licin.Biarlah dia terpaksa bersabar seketika.Matanya tidak sedikit pun mengantuk.Mujurlah,sebelum bertolak,dia sempat meminum sedikit secawan kopi.Dengan alunan lagu teman sejati dendangan kumpulan nasyid kesayangannya yang dipasang,ingatanya terhadap Amir semakin kuat.


“Apalah agaknya terjadi pada Amir sekarang eh..? ” monolog dia sendirian.


“Mudah-mudahan dia sentiasa dalam keadaan sihat dan sentiasa dirahmati Allah..Amin..”


“Sekarang menandakan masuknya waktu solat bagi.....................”


“Eh?Astagfirullahalazim..Da masuk waktu isya’ rupanya..”pengumuman dari deejay radio yang bertugas mematikan lamunan Najah


“Apa kata aku berhenti solat terlebih dahulu di surau lama nun di hujung kampung sana,kemudian baru aku sambung perjalanan aku semula ”ujar dirinya sendirian.


Najah mengalihkan laluan keretanya ke arah surau.Terasa sayu apabila sampai di perkarangan surau lama tersebut.Di situlah,dia dan amir mendalami ilmu tilawah bersama dengan Tok Salleh.Setiap hari selepas waktu maghrib,dia akan bergegas bersama Amir ke sini.Bagi Najah,berkat pengajaran Tok Salleh la,pembelajarannya di Mesir menjadi mudah.Dia tidak sukar untuk melagukan nahwan,hijaz,bayati dan sebagainya.Ternyata jasa Tok Salleh amat bermakna dan besar baginya.Kini,surau itu sekadar menjadi tempat persinggahan bagi musafir dan orang-orang yang datang dari luar.Ini kerana surau ini sudah terlalu uzur.Kerajaan juga telah mendirikan sebuah surau baru yang lebih besar keluasannnya di petengahan kampung. Bagi menggantikan surau lama ini.




Selepas selesai mengambil wudhu’.tiba-tiba bahu Najah ditepuk sesorang.


“Amir !!...”terkejut najah melihat sahabat yang dirinduinya selama ini berada di depan matanya.


“Kau..kau dari mana ni mir??Aku baru je nak buat kejutan kat kau...”sambil memeluk erat Amir.Perasaan rindu yang lama disimpan tidak dapat diltahan lagi.


“Aku tahu kau akan singgah di sini “..jawab amir ringkas sambil tersenyum.

“Rindu mir aku kat kau..kau tahu aku risau sangat keadaan kau.Yela,kau kan selalu sakit dulu..”ujar naj dengan nada bergurau.


“Aku sihatla..hehe..Kau sihat?..ketawa amir melihat sahabat lamanya itu.


“Aku bertambah sihat tau.Kau tengokla ni.Eh!Kau dah solat?Marilah solat bersama-sama..selepas tu,kita borak-borak.banyak perkara aku nak cerita kat kau ni ”kata najah masih tidak dapat menahan kegembiraan.


“Marilah..Kau jadi imam..Lagipun,rindu aku nak dengar suara kau..”tersenyum tenang Amir menuturkan kata-kata.


Malam yang ditemani dengan hujan lebat menjadi saksi sebuah pertemuan di antara dua orang sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah.Dentuman kilat yang sambung menyambung tidak sedikit pun meganggu kekhusyukan dua insan ini menunaikan rukun islam yang kedua.Kelunakan suara Najah mengalunkan alunan ayat suci Al-Quran membuatkan solat tidak terasa begitu lama.Sememangnya Najah dianugerahkan oleh Allah dengan suara yang amat merdu.Oleh jerana itu,semasa zaman persekolahan ,dia sentiasa mendapat tempat apabila memasuki pertandingan tilawah.




“.....walhamdulillahirobilalamin....”Najah menghabiskan bacaan doanya.


Hujan di luar belum menampakan tanda-tanda akan reda.Selesai sahaja solat,mereka berdua bersalaman.


“Mir..Jomlah naik kereta aku..lagipun,aku memang nak menuju ke rumah engkau ni”pelawa najah.




“Takpelah naj..Oleh sebab kau datang ni,aku ingat nak pergi beli barang-barang sedikit untuk kau.Biar aku buatkan sesuatu yang istimewa untuk kawan aku sorang ni ea..”




"yela..kalau macam tu,aku pergi rumah kau dulu tau.Kau jangan lewat sangat.Aku tungu kepulangan kau tau..hehe..”


“ok..aku pergi dulu ya naj..assalamualaikum..”


“Jalan tu berhati-hati mir.hujan lebat ni.apa-apa hal,telefon aku ya..Waalaikumsalam..”




Najah memerhatikan dari belakang susuk tubuh Amir melangkah keluar dari surau ditemani dengan payung berwarna putih.Dalam hatinya,dia menyedari ada sedikit kelainan pada wajah Amir.Wajahnya tidak seceria seperti dulu.


“Erm..mungkin sebab aku dah lama tak berjumpa dengan dia.Mesti ada sedikit kekok kan..”gumamnya menyedapkan hati.




Kilat terus sambung menyambung.Hujan masih lebat seperti awal kedatangan Najah ke kampung ini tadi.Tiada seorang pun penduduk kampung yang keluar pada waktu sebegini.Najah meneruskan perjalanannya menuju ke rumah Amir.Dari raut wajahnya tergambar seribu satu perasaan.Betapa bersyukurnya dia dapat bertemu semula dengan sahabat baiknya itu.Dia bertekad untuk berkongsi segala kisah hidup dia di bumi anbia bersama dengan Amir.Kaset dimainkan.Lagu brothers,Untukmu teman dihayati setiap bait-bait yang dilafazkan.Terasa persahabatan dia dan Amir semakin kukuh ikatannya.




Ketika sampai di persimpangan masuk ke rumah Amir,Najah perasan terdapat banyak kereta di perkarangan rumah sahabatnya itu.


“Ada majlis ape malam ni.Amir tak bagitahu kat aku pun..”monolog amir sendiri.


“Takpelah,mungkin dia ingin membuat kejutan pada aku..”bicara Najah untuk menyedapkan hatinya.


Selesai turun dari kereta,berlari-lari anak najah ke hadapan pintu rumah Amir untuk mengelakkan hujan.


“Najah..”satu suara lembut menyapanya dari belakang kita dia sedang membetulkan bajunya yang basah.


“Mak Mah..!Mak mah sihat?...”Tanya amir sambil mencium tangan mak sahabatnya itu.


“Mak Mah..sihat walafiat..”tenang sahaja dia berkata.Dari raut wajahnya,Najah megetahui yang Mak mah sedang dalam kesedihan.


“Mak mah...sebenarnya ada apa di sini?ramai je orang saya tengok..”najah mengutarakan persoalan yang disimpan sejak tadi.


“Naj..Mak Mah harap Naj tak bersedih...Mak Mah harap naj dapat menerima segalanya sebagai Qada’ dan qadar Allah..”tiba-tiba Mak Mah menanggis.


“Apa yang berlaku Mak Mah?”Najah terasa sesuatu yang buruk telah berlaku.


“Amir..”


“Amir?kenapa dengan Amir?...tadi saya baru berjumpa dengan dia...”


“Kau berjumpa dengan dia?Bila?..”Tanya Mak Mah dalam keadaan terkejut..


“Dalam perjalanan semasa ke sini.Di surau lama..”jawab Najah.


“Naj..Amir dah meninggal naj..Dia baru sahaja petang tadi kemalangan semasa ingin membeli barang di pekan.


Bagai halilintar medengar khabar tersebut.


“Tipulah!Saya baru je berjumpa dengan dia sebentar tadi.”tegas Najah menidakkan kebenaran yang dikatakan oleh Mak Mah.


“Naiklah ke atas....Kau akan tahu kebenarannya...”


Perlahan Najah menaiki anak tangga rumah lama tesebut.Nafas dia semakin tidak keruan.Dia berharap berita yang didengar sebentar tadi adalah gurauan semata-mata.Sampai di atas.kelihatan ramai orang-orang kampung sedang duduk berkumpul membaca Yasin.Matanya terus tertumpu pada satu susuk tubuh yang sedang terbujur kaku di tengah-tengah khalayak ramai itu.


“Allah...Amir!”...tiba-tiba,menitis air mata Najah melihat sahabat yang dicintainya sedang terbaring kaku di hadapannya.


Detik bersama Amir tiba-tiba muncul dalam ingatannya.Terasa seolah-olah sahabatnya itu hanya bergurau untuk meraikan kepulangannya.Najah masih tidak dapat menerima berita buruk tersebut.


“Najah..Ni ada surat dari arwah Amir untuk kau..Bacalah..”mak mah memberinya sekeping surat.


Najah segera mencari tempat yang sesuai untuk membaca surat tersebut.Di lap air matanya yang jatuh.Dibukanya surat tu perlahan-lahan dan dibacanya perkataan pertama di atas.




ASSALAMUALAIKUM,


Sahabat yang sentiasa dirahmati Allah,


Amir,sebagai seorang sahabat.Aku benar-benar bangga dapat berkenalan dengan kau.Bagi aku,kau tiada galang gantinya di dunia ini.Selepas kau pergi ke Mesir,aku sentiasa mencari kawan-kawan yang boleh menggantikan tempat kau.Yang datang hanyalah orang-orang yang suka bersama ketika aku ketawa,dan pergi ketika aku berasa sedih.Aku rasa terkilan sangat-sangat.Kau selalu berkata dengan aku “teman sejati bukanlah dekat bicaranya,tetapi dekat di hati dan sentiasa dalam bisikan doanya”.Aku selalu ingat pesan kau itu.


Sahabat dunia Akhiratku,


Dunia ini akan terus berputar,dan kematian itu pasti dan tetap akan berjalan seperti mana yang telah dijanjikan.Tidak akan awal atau lewat walaupun sedetik pun.Aku tak tahu sama ada aku sempat untuk bertemu dengan kau selepas kau pulang ke sini.Sekiranya tidak,surat inilah sebagai pengganti diriku.Sekiranya tidak,aku berharap hanya doa-doa kau sebagai teman penyeri aku di sini.Aku takut mati Naj.Aku takut kalau-kalau aku tidak layak mencium bau syurga.Doakanlah aku.Sesungguhnya,aku tetap akan menjadi kawan kau ketika di dunia dan semasa di akhirat kelak.


Syed Najah,


Usahlah engkau menanggis,teruskanlah perjuangan kau menyambung rantai-rantai perjuangan Rasulullah di atas muka bumi ni.Aku tidak mahu sahabat aku ini lemah disebabkan dugaan kecil ini.Ingatlah,walau apa-apa pun terjadi kau tetap sahabat aku dulu,kini dan selama-lamanya..andai dapat aku lafazkan buat kali terakhir,hanya satu ku ingin kau tahu..Kaulah sahabat terbaikku.


- AMIR ZIKRIE -


Najah menutup kemas surat itu.Al-fatihah terzahir untuk arwah Amir.Dia bertekad akan meneruskan perjuangan hidupnya.Dalam hatinya berbisik,


“Semoga rohmu dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman”

"dan kau adalah sahabatku selamanya...."



( P/s : Karya aku sendiri selepas 3 tahun tinggalkan bidang penulisan.Huhu...Harap maaf kalau ada banyak kekurangan.Setiap kekurangan harap dapat diberikan teguran.Moga menjadi bekalan di masa hadapan..=) syukran! )



2 comments: