Saturday, 27 February 2010
Sahabat dan zina....
Hari ni.aku agk konfius sedikit..
Adakah bila mana kita mencintai saudara kita..kita dikira mendekatkan diri kepada zina?
Bukan apa,ketika kita mendapatkan teman dan berasa bahagia dengan teman tersebut,maka itu adalah kebahgiaan tersendiri untuk diri kita kan..setuju?Adakah bersahabat di sini,bermakna kita hanya bersahabat sesama jantina sendiri?
Sebagai manusia yang lemah dan sering tergugat dengan permainan khayalan dunia..
Aku selalu terfikir..Bila kita berkawan dengan seseorang yang berlainan jantina..Bukan ke kita sengaja meletakkan diri kita ke mulut harimau..perasaan fitrah tu akan muncul secara halus dan perlahan-lahan menyebabkan kita akan ada menyimpan sedikit perasaan terhadap dia?Moga Allah berikan aku petunjuk..siapa ada pendapat?utarakanlah ea..
"Di manakah orang-orang yang saling mencintai demi kemulianKu?Pada hari ini aku akan menaungi mereka dalam naunganKu,kerana pada hari ini tidak ada naungan selain naunganku" (al-hadith)
"(Tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah pada hari yang tidak ada perlindungan,selain perlindungaNya adalah........) dua orang yang saling mencintai kerana Allah,saling berkumpul keranaNya dan berpisah keranaNya.(al-hadith)."
Sebagai fitrah sesama manusia,setiap hamba perlukan seorang kawan..Untuk menghiburkan hatinya dan berkongsi seribu satu rasa..
"dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku(iaitu) harun,saudaraku.Teguhkanlah dengan kekuatanku dan jadikanlah dia sekutu dalam urusanku agar kami banyak bertasbih kepada engaku dan banyak mengingatiMu."(Thaha : 29-34)
Seorang penyair berkata :
engkau perlukan orang terdekat
untuk curahan hatimu
yang akan menasihatimu,menghiburkanmu
atau berbahagi duka denganmu.
Moga aku bertemu sahabat sejati aku..seorang dari kalangan muslimin dan seorang dari kalangan muslimat..=)
dan untuk muslimat,biarlah hingga sampai waktu yang benar-benar sesuai..ameen~
"sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara"(al-hujurat : 10)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sabda Nabi s.a.w “ Bandingan teman berbual yang baik dan buruk seperti pembawa kasturi dan tukang besi. Adapun pembawa kasturi , sama ada dia berikan engkau kasturi, atau engkau beli daripadanya, atau engkau dapati harumnya. Sementara tukang besi, sama ada ia membakar pakaian engkau, atau engkau akan dapati bau yang busuk”( Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
ReplyDeleteMesej yang ingin disampaikan oleh Nabi s.a.w menerusi hadis Sahih ini amatlah mudah untuk difahami, iaitu , kita hendaklah memilih teman( termasuklah TEMAN TAPI MESRA dan TEMAN UNTUK BERMESRA)dalam kalangan orang yang baik. Ini kerana kesan kebaikan itu akan menjalar kepada kita. Dengan bahasa yang mudah, tempias kebaikan orang itu akan terkena kepada kita. Atau dengan bahasa yang paling mudah, kita turut menjadi baik lantaran pengaruh kebaikan teman kita itu.
p/s; awas amat bahaya kalau lemas didaratan( kt entry sy ada sy ulas ttg hal ini)
syukran atas nasihat yang berguna..=) nanti sy akan lawat blog enta ea..
ReplyDelete