Monday, 26 April 2010

Lelaki..Oh..Wanita..? =)

LELAKI:
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakaladosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kenatanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belumberkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dansekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginyaterutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuanhanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapatkepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami bertanyapendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpaizin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya sepertigunung dengan semut.. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orangperempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana taklarat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin darisuaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinyakurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpanditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidakakan dibiar bersepah-sepah bukan?
Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadimilik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakalalelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteridan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapisetiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruhmakhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkanadalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jikataat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akanturut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillahtanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH padawanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisiseorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalahistimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamumenjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAHwanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapatpulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamuberpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamubermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehinggadengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebabnikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telahdikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu,anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya
sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

5 comments:

  1. berat kan tanggungjawab wanita tapi berat lagi tanggungjawab lelaki ek?

    ReplyDelete
  2. huhu..semua ada tanggungjawab masing2~yang penting kita kena laksanakan tanggungjawab tu dengan sebaeknya kn..=)

    ReplyDelete
  3. salam..
    erm.. Allah itu maha adil..
    halus kan aturan dan perintah yg DIA tetapkan..?
    bila diteliti semuanya berhikmah dan semuanya adil..
    x kira lelaki @ perempuan, tanggungjawabnya sama saja..
    tetap perlu dilaksanakan..
    tQ ats perkongsian.. :)

    ReplyDelete
  4. sangat berguna ...
    jadi, kaum adam perlu lebih sedar n pikul tanggungjawap yg diamanahkan...
    same jugk dgn kaum hawa... (+_+)

    ReplyDelete
  5. dapatkan panduan bina otot badan agar anda lebih tuf, macho dan bergaya....semua lelaki layak memiliki badan impian anda sekiranya anda ada kemahuan...mulakan langkah pertama anda bermula disini...

    ReplyDelete