Wednesday, 20 October 2010
Si lelaki dan kekasih.
Malam yang gelap gelita. Angin yang dingin mencecah -26 darjah celcius yang mana membolehkan tulang-tulang mengecut dengan mampatnya. Si lelaki cuba melelapkan matanya. Pada masa yang sama, dia masih merenung ke atas meja yang dipenuhi dengan assignment-assignment yang perlu disiapkan segegas yang mungkin. Namun begitu, fikirannya menerawang ke satu alam tak nyata yang sangat berbeza dengan realiti kehidupannya.
Si lelaki mempunyai ramai kawan. Baik lelaki mahupun perempuan. Di sinilah, dia melepaskan segala-galanya. Ketenangan diraih dengan bergurau senda dengan kawan-kawan. Di sini jugalah, dia dapat melupakan segala-galanya. Assignment yang diberikan, kuiz, test, dan pelbagai kerja yang lain dilupakan. Baginya, dia seronok mempunyai kawan sebegitu rupa dan dalam fikirannya, dia bersyukur mempunyai kawan-kawan seperti itu.
Seorang kekasih masih setia menanti kekasihnya bertanya khabar. Matanya cuba dipejam-pejam, tapi rindunya terlalu kuat mengatasi matanya yang mengantok. Malam ini terjadi lagi satu pertelingkahan kecil antara dirinya dan kekasih hati. Walau bagaimanapun, rasa putus asa tidak pernah hilang dalam diri masing-masing. Bagi mereka berdua, pertelingkahan merupakan satu permulaan kebahgiaan. Benar! Mereka masih lagi berdoa demi kebahgiaan mereka. Walaupun kadang kala, si pria penat melayan kerenah kekasihnya, tapi kepenatan itu berbaloi apabila melihat kekasihnya tersenyum. Lantas, dia akan tersenyum sama.
Cuma,andai kata tiada lagi sinar matahari menyinar esok hari. Adakah sahabat dan kekasih ini masih diingati ?
Segalanya akan berakhir di sini.*fullstop.
*aku buat masa dah tidur ni. Sekadar luahan hati. :)
Monday, 18 October 2010
Perlarian hidupku.
Dari bawah aku bermula.
Bertatih-tatih berjalan.
Sukanya aku apabila melihat kemahuan kecilku itu dituruti.
Paling gembira saat itu, sudah tentu bonda dan ayahanda.
Dari berjalan, aku cuba berlari.
Berlari-lari anak.
Belari berlari sehingga aku mampu berlari ke garisan penamat.
Berlari mengejar wawasan dan cita-cita hidupku.
Hingga kini, aku masih belum berhenti berlari.
Adakalanya aku letih.
Letih kerana sepanjang perlarianku. banyak paku,cermin,sisa-sisa makanan menghalangku.
Kerana apa aku kuat?
Ayah dan emak.
Kerana aku taknak lihat senyuman di muka mereka hilang.
Aku taknak lihat mereka menangis bersedih kerana aku keletihan berlari.
Teman.
Berbekalkan lawak jenaka dan motivasi spontan yang mereka beri.
Aku masih ada tenaga untuk berlari.
Berlari sambil tersenyum.
Walaupun keletihan.
Berlari sambil ketawa.
Tersembur air liur.
Kerana jenaka yang diberikan.
Manisnya ukhuwah.
Kekasih.
Orang paling setia denganku.
Seorang yang mempunyai 1001 kerenah.
Berkat dorongannya.
Aku kuat. Aku cergas .
Aku masih mampu lagi berlari.
Hingga saat ini.
Aku masih terus berlari.
Tapi.. ada satu ketika, saat aku sedang berlari,
Terlintas di depan mataku. satu tempat yang sunyi.
Yang sepi.
Tiada khabar berita di sana.
Ada masanya bercahaya.
Ada masanya kelam,gelap,tiada apa-apa.
Aku terdiam sejenak.
Tidak mampu berkata apa-apa.
Sedarnya aku, hidup ini akan berakhir satu hari nanti.
Mana mungkin aku mampu berlari selama-lamanya.
Sekadar insan biasa. akhirnya,aku akan terhenti.
Terduduk dan terbaring di atas tanah.
Moga saat itu.
Aku sudah mampu membuatkan orang-orang sekelilingku bahagia.
Bahagia dengan kepantasanku.
Bahagia dengan kekuatan staminaku.
Aku tahu. Aku sedar.
Aku hanyalah sekadar insan biasa...
Akhirnya aku kembali ! Walla.
Salam.
Actually aku dah lama tak mengupdate blog ni atas urusan-urusan peribadi yang sangat-sangat sibuk. (sibuk sangat-sangat ke? ) Aha. Rindu pulak kat papan kekunci ni. Lagipun, sejak masuk sekolah tertinggi ni, assignment, test dan kuiz tak habis-habis menghujani aku. Aduhai. Nak or xnak, terpaksalah aku layan kerenah dyorang.
Sedar tak sedar dah nak habis separuh tahun aku kat sini. Banyak benda yang aku masih belajar dan mencari lagi.
Paling penting, tentang blog ni, aku dah mula jarang update. Hehe. Betul lah kata abang sedare aku, makin lama nanti, aku akan makin malas nak update blog. Just copy paste orang punye je. Aha. Sory-sory, sebenarnye aku takder niat pun nak buat macam tu. TAPI? kadang-kadang bila mana ada maklumat yang berguna, aku rasa kita boleh mintak kebenaran rakan blogger tu untuk berkongsi manfaatnya kan? Setuju atau tidak? Bolos saja dinding itu. Aha. (encik terompah dah mula merepek)
Untuk post kali ni, aku tak ada benda sangat yang hendak dishare. Actually, aku tertarik untuk update blog bila aku berjumpa dengan member aku kat sini juga merupakan seorang blogger. Walaupun baru bertapak dalam industri (walla) blogger-blogger ni, aku tengok karya dia agak terbaek. Hehe. So,aku rasa bagi pengunjung-pengunjung blog ni. Korang bolehlah cuba-cuba or rajen-rajenkan diri untuk melawat blog beliau ya. Ohya,ada satu cerpen bersiri yang dia sedang hasilkan dan masih dalam proses pembikinan. Kalau aku tak silap bertajuk "aku budak strawberry". Amacam? dengar nama pun dah gempak kan? haha. Cubalah lawat, mane tahu tertawan kan. Ni dia link dia. http://hakimlifeisastory.blogspot.com.
Hehe. Dah macam ruangan iklan cari jodoh pulak kan. Ada perubahan nampaknya dalam blog aku ni. :)
Harap-harap,lepas ni aku akan jadi makin rajin. Hehe.
Ok lah, makcik cc ni dah pandang semacam kat aku. Jeleslah tu aku ada blog. Haha.
Ada masa aku update lagi ya. Chow~
Opss makcik. janganlah jeles ya, Hehe.

Subscribe to:
Posts (Atom)