Wednesday, 20 October 2010
Si lelaki dan kekasih.
Malam yang gelap gelita. Angin yang dingin mencecah -26 darjah celcius yang mana membolehkan tulang-tulang mengecut dengan mampatnya. Si lelaki cuba melelapkan matanya. Pada masa yang sama, dia masih merenung ke atas meja yang dipenuhi dengan assignment-assignment yang perlu disiapkan segegas yang mungkin. Namun begitu, fikirannya menerawang ke satu alam tak nyata yang sangat berbeza dengan realiti kehidupannya.
Si lelaki mempunyai ramai kawan. Baik lelaki mahupun perempuan. Di sinilah, dia melepaskan segala-galanya. Ketenangan diraih dengan bergurau senda dengan kawan-kawan. Di sini jugalah, dia dapat melupakan segala-galanya. Assignment yang diberikan, kuiz, test, dan pelbagai kerja yang lain dilupakan. Baginya, dia seronok mempunyai kawan sebegitu rupa dan dalam fikirannya, dia bersyukur mempunyai kawan-kawan seperti itu.
Seorang kekasih masih setia menanti kekasihnya bertanya khabar. Matanya cuba dipejam-pejam, tapi rindunya terlalu kuat mengatasi matanya yang mengantok. Malam ini terjadi lagi satu pertelingkahan kecil antara dirinya dan kekasih hati. Walau bagaimanapun, rasa putus asa tidak pernah hilang dalam diri masing-masing. Bagi mereka berdua, pertelingkahan merupakan satu permulaan kebahgiaan. Benar! Mereka masih lagi berdoa demi kebahgiaan mereka. Walaupun kadang kala, si pria penat melayan kerenah kekasihnya, tapi kepenatan itu berbaloi apabila melihat kekasihnya tersenyum. Lantas, dia akan tersenyum sama.
Cuma,andai kata tiada lagi sinar matahari menyinar esok hari. Adakah sahabat dan kekasih ini masih diingati ?
Segalanya akan berakhir di sini.*fullstop.
*aku buat masa dah tidur ni. Sekadar luahan hati. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment