Monday, 8 November 2010

9 Jenis orang yang perlu diremoved dari Facebook.


Salam,

Aha. akhirnya aku berada di rumah setelah berkurun menginap di Kolej tun Syed Nasir tu. Actually,lagi 2 minggu aku akan menghadapi final exam for sem 1. Tapi, macam biasalah, dah namanya terompah. Aku masih relax dan tenang seperti biasa. Masih boleh berwayang, berfutsal, dan bertido seperti hari- hari yang biasa. Yeayh! Aku memang terbaik. Masa ni jela. Bila dah nak exam, Er. Lu pikirlah sendiri. aha.

Untuk entry kali ni, aku ingin berkongsi pendapat tentang satu laman sosial yang paling faymes kat dunia ni. Korang semua mesti tahu kan apekemendenya laman tu? Yeayh! Pandai. Bukan nosebook,legbook but FACEBOOK. Kenapa aku cakap macam tu? Bayangkanlah adik sedare aku yang berumur 2 tahun pun dah punyai facebook, sampai ke makcik aku yang dah bersara pun punyai facebook. Tu tak termasok atuk,nenek,pak uda,pak long,pak usu,tok wan. Walla~ kiranya semua mungkin ada akaun mereka masing-masing. Bayangkanlah betapa hebatnya penangan facebook ni.

Sebut tentang facebook ni, kali ni, aku nak berkongsi 9 jenis orang yang korang perlu removed or singkirkan. Lebih kurang macam akademi fantasia lah. Bezanya Af diundi beramai-ramai, penyingkiran dilakukan secara ijmak dan persepakatan, cuma yang ni, korang lakukan secara personal dan single. Aha.

Untuk yang pertama.
Tak kenal langsung. Taada apa-apa pertalian darah tak kira darah A,O dan sebagainya.
Ya,orang-orang macam ni. Pertama-tamanya sekali,korang kena check latar belakang dia sebetul-betulnya. Asal,usul,agama,bangsa. aha. dah macam check kastam pulak lecehnya. Actualy, aku letak orang camni first sebab boleh jadik dia ikhlas nak berkawan dengan korang. atau? dia mempunyai agenda tersendiri. Aku tak suruh korang fikirkan yang negaif, cuma kita patut sediakan payung sebelum hujan kan?Banyak perkara negatif yang aku dapat dari pengalaman aku sendiri. Ada yang datang berkawan untuk jadi musuh,crampas awek orang, putuskan persahabatan orang. So,korang dah mumaiz kan tok pilih baik dan buruk?


Kedua.
Dah kawan, tapi tak diperdulikan.
Hah! yang ni pun lebih kurang jugak. Secara jujurnya, aku pun dikategorikan sebagai orang sebegini. Aha. 'Mengata orang, aku yang lebih'. tapi, aku ada alasan aku tersendiri, 4H dan 1W kenapa aku memperlakukan sebegitu. Hah, tanyalah. Er, tanya kat formspring ea. Nanti aku jawab dan huraikan dengan panjang lebar. Hehe. untuk kawan jenis ni, terpulang pada korang sama ada nak singkirkan mereka atau korang membuat tangan seposen bila berjumpa dengan mereka. Ikut jenis keturunan koranglah, kalau ada yang jenis tak kisah, ya biarkan sahaja dong. Kalau jenis cepat terasa, langkah terbaik yang aku cadangkan, korang removed je macam biasa. Senang kan
P/s : Tapi,kalau korang dah nazak pun tak dihiraukan. korang buat bodoh jela. Utamakan zikir masa tu. Tak sempat der nak online fb.


Ketiga.
Terlalu fanatik dan taksub dengan akaun sendiri.
Kategori ni lebih kurang sama dengan istilah SS iaitu syok sendiri. Masa dia online, dia tak hiraukan orang lain. Yang dibuat, hanyalah jawab 10 kuiz sehari, main mafia war, farmville dan ninja saga beserta game-game yang lain. Bila mana korang bukak page dyorang, korang cuma akan nampak senarai applications or kuiz yang dimainkan dyorang. Tak pernah mengupdate status mahupun mengoment status orang. Aha. Orang camni, korang ley reject awal-awal. Sebab hidup dia hanya untuk game. Bukan berkawan.


Keempat.
Terlalu aktif update status.
Perh. Ni paling aku tak tahan. Boleh dikatakan setiap minit dia akan update status. Contohnya Sebelum mandi, dia akan tulis "Bersiap untuk mandi. tak sabarnya, Hehe" Then, masa mandi pun sempat update status lagi. " Tengah mandi. Sejuknya air ni. Kan best kalau dapat mandi kat air terjun. Hehe" Lepas je mandi, diupdate lagi statusnya. "Leganya dapat mandi. wangi pula rasa diri ini". Aduhai. Sedih pulak aku tengok. Kalaulah friends ada 3ooo orang dan ke atas,tak jadi masalah. Boleh jadi dia artis or memang ramai kenalan dia. Ni friends baru 25o orang, tu yang onlinne pun baru 15 orang. Aha. Pening-pening. Bila korang online je, dia ada update. Madah dia dia dan dia. Removedlah terus.

Kelima.
Mempunyai sifat-sifat mintak penyepak.
Setiap bait perkataan dari mulut dia, hanyalah carutan dan karutan semata-mata.
Maka dengan itu,korang removed jela. Melainkan,korang memang sama jenis macam dia.
*fullstop.
Boleh buat geng kat akhirat kelak.


Keenam.
Berlagak seperti artis.
Aha. Yang ni baru boleh dikatakan Syok sendiri. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Untuk jenis orang yang macam ni, korang perhatikan dulu perangai korang. Kalau korang pun jenis yang terasa diri seperti artis, maka kami dengan itu, korang simpanlah dyorang as a friends dan boleh joinventure sekali. Tapi, korang kenalah removed aku dulu kalau aku ni ada jadi kawan korang. Kenapa? Sebelum aku maki kau dan menggunakan bahasa-bahasa karut dan marut. ya lebih bagus kau removed aku dulu. Aha. Supaya masing-masing tak block memblock akaun.


Ketujuh.
Suka diberi tapi benci memberi.
Yang ni aku klasifikasikan sebagai sombong bertempat. Bagusnya bertempat, kat facebook. Cuma yang kurang bagusnya, korang cam hidup dalam dunia korang sendiri. Lebih kurang macam point ketiga tadi. Cumanya bab menglike status orang or mengoment status orang memang pemalas tahap cipan, tapi korang suka sakan bila status korang dilike or di comment. Ada jugak orang macam ni kan. Removed-removed.


Kelapan.
Korang hanya dibuat kawan kerana hendak partner berniaga.
Untuk point ni, aku harap korang paham betol-betol. Di mana, korang berkawan dengan si polan dan si polan itu semata-mata untuk berbisnes. Contoh ? ko tengok status dia "duit", ko bukak pic dia, "duit", ko tengok quotes dia "money can change anything", ko bukak relation dia pun ngan " siti nur duit". So, apa lagi. removed jek. Daripada ko terjebak dengan bisnes entah apa-apa, klik fb dengan jari dapat duit lah, dan so on, lebih baik ko delete jek. Biar dyorang kayap sorang-sorang, Ngeh3.


Kesembilan dan last.
Merahsiakan identiti dengan sepenuhnya.
Hah. Untuk yang tadi, kalau korang bukak pic, status, quotes dia semua tentang duit. Yang ini, bila mana korang buka je apa-apa yang berkaitan dengan dia, semuanya  "secret". Oh tidak. Kau nak berkawan dengan aku, kau nak ada akaun facebook, tapi kau rahsia semuanya termasuk nama sendiri. Aduhai. So, kalau orang macam ni, awal-awal aku dah bagi mesej "Kau jangan buat akaun facebook,tapi buatlah Handbook, then ko lempang pipi ko sendiri" Aha. tak jadi masalah kalau taknak letak pic sendiri. tapi kalau sampai nama dan asal-usul nak dirahsiakan. Er, kan pelik tu, Lainlah, korang ni ejen penyiasat ke, polis detektif ke, or ahli FBI ke. maybe aku boleh mempertimbangkan. Walla~


Kesimpulannya, aku suggestkan korang fikirlah masak-masak sampai garing jadinye.
Korang dah mumaiz, aku pun dah mumaiz. Mana baik dan buruk dah boleh beza kan?
Apa-apa pun,kalau diorang ikhlas nak berkawan, approve jela.
Kan "setiap mukmin itu bersaudara?" :)







14 comments:

  1. kalau macam tu, xyah wujudkan akaun fb la..senang sket kn?
    xyah pening kepala..hahha :D

    ReplyDelete
  2. bro~ sori ar ak tperasan n ak tros glak~ ak stuju point ko sume~ tapi ko try tgk balek point no 2 ko~
    4H dan 1W~ bukan 1H andd 4W ke?? hahahaaha~ ak xd niat nak kutuk ae tp klu spe yg amek English as a major for u,mmg glak gle2 woo~~ hehe~ sowi ae~~ kekeke

    ReplyDelete
  3. suka sangat yang ketiga dan keempat!
    haha..

    ReplyDelete
  4. setuju yg first...yg xde mutual fren pun nk add gk...apo laa

    ReplyDelete
  5. haha . lawak pn ade gak... mcm mne le dtg idea kau nk wt cm nh.. hahah XD

    ReplyDelete
  6. akukah yg bakal diremove itu??
    haaa.. nda kisa bha..

    ReplyDelete
  7. Nombor lima tu gua dah kena dah.. Bila diremove, makin galak dicarut.. Gua jawab dengan alhamdulillah je..

    ReplyDelete
  8. pesanan awal. tak payah la approve org yg bukan2. setakat kawan 1 sekolah tapi tak pernah tahu pon kewujudan nye baik tak payah approve. haha! :)

    ReplyDelete
  9. follow me back okie=)
    fanialulaby.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. little cartoon : haha. susah gak. ade kebaikan gak fb ni.

    azni : haha. maceh2. :)

    nuha : haha. yang itu, salah aku kot. tapi, xpela,yan penting lawak. :)

    zeeqa : pernah wat ke? haha

    mumu : haha. kalau niat dia baik,ye takpe.

    afie : haha. entahla. ngah baring2, tibe2 dapat idea camnie. :)

    sakinah : bikan kamula. :)

    cerpelai L sabar jela prngai2 camtu. :)

    efyna : huhu. betol3.

    fatin : udah difollow ya. :) maceh datang.

    ReplyDelete
  11. bahahaa lawak ukie.. fullstop!

    ReplyDelete