Saturday, 20 November 2010

Bercumbu depan orang ramai - Kau tak malu?



Salam,


Hehe. First of all, aku nak mengucapkan bebanyak terima kasih kepada sesiapa yang sudi masuk dan melawat blog aku yang tak seberapa ni. Walaupun blog ni lebih banyak merepek dan berkomunikasi menggunakan bahasa 'rojak', ada gak kawan-kawan blog yang suka datang. (tepuk-tepuk tepuk terima kasih) Haha. thannks untuk sokongan korang. Ada gak permintaan yang suruh aku update berkenaan isu-isu semasa, ada gak yang suruh aku bagi tips dan tak kurang gak yang tanya dan luahkan masalah kat formspring dan kat emel. Thanks -thanks. Aku akan cuba huraikan satu persatu persoalan yang korang utarakan tu. Cuma kena bagi aku masa k? :)
*Fullstop
Jom kita layan entry terbaru ni ea.  


Panas - panas. Yup! Cuaca kat sekitar batu pahat ni memang panas. Ditambah dengan mulut aku yang panas menghirup kopi panas, terasa semakin panas pulak diri ni. Sedang aku syok bergembira dan senang hati membaca kemaraan Lee chong wei dan kehebatan regu takraw negara mara ke peringkat akhir, tiba - tiba, hati aku pulak mengelegak melihat artikel dalam sebuah akhbar tempatan yang memampangkan betapa jahilnya remaja zaman sekarang. Kenapa? Korang bacalah metro hari ini. Tajuk berkaitan 'zina mulut' 


Actually, aku dah tengok video tu kat facebook. Memang romantis, berdekatan dengan pavillion yang dikunjungi oleh beratus rakyat Malaysia dalam satu-satu masa, aku hairan kenapa takder istilah "malu,segan dan sebagainya dalam hidup diorang ni" Korang melayu? Korang islam? Oh, takkan pada IC je kan. Korang tahu hukum hakam agama? Aku tak tahu, tapi aku masih cuba belajar. So,atas ilmu aku yang sedikit ni, aku ajar korang k? Korang nak terima atau tidak. terpulanglah. Korang dah besar, dosa pahal masing-masing sendiri yang dapat kan. Aku tak bagus, tapi aku nak tolong kawan-kawan aku sendiri. Kalo korang tak hiraukan entry ni, atleast ada gak kawan-kawan aku yang nak buat, then terbatal niat diorang tu nak tiru aksi cam korang. Walla~


Zina ertinya melakukan hubungan kelamin tanpa hubungan perkahwinan yang sah. Maknanye kat sini, tiada satu hukum yang menghalalkan untuk korang melakukan satu-satu hubungan kelamin dengan sewenang-wenangnya. Hukumnya adalah dosa besar. DOSA BESAR ! dan menurut perundangan Islam disebat sebanyak seratus rotan kalau penzina itu belum berkahwin manakala hukum rejam sampai mati dikenakan kepada pasangan yang telah berkahwin.So,dah paham serba sedikit tentang makna zina? Sama je kalau korang kahwin dan bujang. Still ada hukuman menanti, kecuali? Korang tanyalah isteri korang. :) Bagus.


Hukuman ini berkuat kuasa serta merta walaupun korang (penzina) melakukannya hanya sekali. Dalam kitab Zabur diceritakan orang yang berzina, kelak kemaluannya akan digantung di dalam api neraka, dipukul dengan rantai daripada besi. Korang tak takut? Ada lagi yang buat korang akan takut.


Dalam riwayat ada juga menyebutkan kemaluan orang yang berzina akan dibakar dengan api dalam keadaan bernanah dan berapi, malah akan dibesarkan kemaluannya sama ada lelaki atau perempuan sehingga sebesar bukit Uhud. Nauzubillah. Korang tak takut ? Korang fikirlah baik-baik.


Selain itu, Yeayh!  Sampai gak kat point yang aku nak cakap ni. Berkaitan dengan apa perbuatan yang korang dah buat. Yup! Antara mulut dan mulut yang bertemu di khalayak ramai. Oh, mesti korang tanya, "kami tak buat pertemuan alat kelamin pun, cuma mulut je. Tu pun tak sampai berapa minit, adakah dikira berzina juga? " Aku beritahu korang ok?


Islam ialah satu agama yang amat-amat releven dan penuh dengan idea,bukan sekadar menumpukan isu rawatan tetapi terlebih dulu memberikan idea pencegahan. Semua tahu mencegah lebih baik daripada merawat. Korang takkan nak kena denggi dulu,den baru cari ubatkan? Dalam hal ini, Al-Quran sendiri ada mengatakan,


"Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu sangat menjijikkan dan jalan yang sangat jelek'


So,kat sini aku nak bagitahu,kalau zina sendiri jijik. Dan korang buat tu menghampiri zina, dah macam nak jadi jijik gak kan? Korang tak geli? Apa yang korang buat tu, tak lain dan tak bukan sangat-sangat hampir kepada berlakunya zina. Dari pegang-pegang,kepada cium-cium,dan selepas tu? :) Korang ada otak,korang pikirla sendiri. Dari berdua, last-last bertiga dan akhirnya berdua balik. 


Aku tak bagus sangat dalam bab-bab agama, tapi sekadar nak bagitahu, tolong ingat mengingatkan sikit-sikit tu bolehlah. Adalah sikit saham aku kat akhirat kelak yang boleh bantu aku ke syurga bila korang manfaatkan apa yang aku tulis ni :D. So, renung-renungkanlah dan selamat beramal. Haha. 


P/s : Kalau ada masih tak faham,korang rujuklah pada Al-quran dan As-sunnah, sekarang pun dah banyak yang tafsir punya, Bahsa melayu kan. Kalau tak faham, carilah ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang lebih pakar dari aku. Beratus ada kat malaysia ni. Yang penting jangan rujuk pada yang sealiran dengan ayah pin, haji kahar dan sebagainya. Korang akan sesat dan menyesatkan.




Ohye, bila korang da kawen macam ni. 
Korang buatlah ape korang suke. 
Nak bertemu dua alat kelamin pun takder siapa nak marah. walla~

4 comments:

  1. tak suka2 ! benci tengok video tuh !!

    ReplyDelete
  2. Sama macam;

    "Kat mana letaknya papan tanda dilarang membuang sampah, kat situlah ada banyak sampah.. Kat tong sampah tarak..!!"

    Kapishh..

    ReplyDelete
  3. erm.. aku memang agak YUCKS ah tgk depa dok kissing bagai tu...

    tp ennnnn...

    filem2 skg pon dh makin byk adegan kissing, hurm. blakon yg depa tu tgh kawen, so depa kiss dagi pompuan tu, ala2 mcm p'kahwinan betol. padahal bg aku, kiss sekejap, ke kiss lame ke (mcm vid kt fb tu), still sme gak, tp knpe kite x bising n x melatah ble ade filem/drama yang ade kiss?

    *pendapat aku ah weh*

    ReplyDelete
  4. nohfee : yup2 ! bab yang tu, kene tanye pemimpinla. :) kenape mereka siarkan filem2 sebegitu di sane.

    cerpelai : orang kite,termasok diri aku. makin dilarang, makin semngat nak buat.

    amo misya : hang xsuke, tapi ramai yang suke. :) terok3 diorang.

    ReplyDelete