Sunday, 5 December 2010

5 "F" yang perlu kita take note !


Salam,

First, aku nak ucap maaf berbanyak-banyak maaf kepada semua pengikut setia blog ni. Kenapa aku mintak maaf? Actually, aku agak lambat mengpost entry terbaru, lambat daripada apa yang aku jangkakan. :) Maaf sangat-sangat. Al-maklumlah, aku masih dalam exam week. So, mood aku pun masih ada lagi saki baki mood study walaupun kebanyakannye aku memang dah buang sendiri.  Ohye, bila sebut pasal exam ni, aku dah hampir settle jawab semua paper. Cuma tinggal lagi satu paper lagi hari rabu ni. Doakan ea. Lepas tu, aku akan enjoy dengan sebenar-benar enjoy. Haha. Just untuk sebulan je. Then, nak or tak nak, terpaksa gak naik study semula. Itulah? Asam garam seorang student. (skema lak ayat ni, Haisyh )

Untuk entry kali ni, aku taknak bebel panjang-panjang. Kata orang, biar ringkas, asal padat. Actually, post kali ni, aku just buat kesinambungan dari post terdahulu. Korang baca tak ? Kalau tak baca, nah, bacalah. KLIK SINI Kenapa? bila aku fikir-fikir balik, kenapa zaman sekarang makin ramai muda mudi yang akhlaknye makin kurang. Adakah sebab "bab akhlak dalam buku agama tingkatan satu sampai tingkatan lima tak cukup padat isinya"? atau pun "memang salah parents yang tak beri didikan akhlak? " Hmm. Apa-apa pun, aku nak korang semua berwaspada dengan lima F yang aku akan cakap ni. Be careful k?

First !
FACEBOOK.

Bagi aku, facebook ni ibarat parang bermata dua. Satu mata yang sangat tumpul yang boleh membawa kepada kebaikan, dan mata yang sangat tajam, di mana boleh membawa kepada kemudaratan. Banyak masalah yang dulunya tak boleh dan tak mungkin terjadi, tapi akan dan boleh terjadi bila kita gunakan facebook. Korang tahu kan? By the way, tak semua perkara yang kita gunakan dalam facebook yang bersifat negatif. Dengan adanya laman sosial ciptaan mamat zuckerberg ni, aku  masih boleh menambahkan bilangan kawan, membuat jejak kasih (bukan awek lama, tapi kawan lama) dan bermain farmville, mafia war yang boleh hilangkan stress terutamanya time-time exam. Bagus gak kan?

Kedua !
FASHION.

Bab ni memang aku lebih suka tekankan kepada gadis-gadis tak kisahla  gadis gadis "semasa" ataupun "sewaktu" dengannya. Dengan fashion ni lah, bila aku keluar pergi mana-mana shopping complex, mata aku tak senang. Asyik bergerak-gerak je. Secara tak langsung, anggota badan aku yang lain pun turut bergerak. Aduhai. Uit gadis-gadis, aku ingatkan korang ni. Surah Al Ahzab : 59.

“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).”


So,korang tahu kan fashion terbaik untuk diri korang? Kalaulah semua pakai beradab, mesti mata aku tak nakal. Bukan mata aku je, bahkan mata-mata orang lain yang bernama lelaki pun akan duduk diam. Ia akan duduk diam tanpa berkata-kata sehingga dia bertemu dengan yang? Halal.  :) 


Ketiga !
FOOD.

Hari ini, kita boleh nampak berapa banyak kedai or restoran yang jual makanan haram secara terang-terangan dan kita sendiri boleh nampak betapa ramainya orang islam yang "slumber badak" masuk dalam restoran-restoran tu walaupun tahu restoran tu tak halal. Uit pakcik. Uit abang. Aku bagitahu korang ni.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah barang-barang yang bersih daripada apa yang telah kami kurniakan kepada kamu.”(Hadis riwayat Muslim).


Barang-barang yang bersih? Korang tahu sistem penyembelihan ayam,itik, unta, kambing, lembu kat kedai yang tak halal tu macam mana? 


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)


Korang dah besar. Fikirlah molek-molek.


Keempat !
FOTO. 

Zaman sekarang dengan gambar pun, secara tak langsung menyebabkan akhlak korang semakin lama semakin teruk. Oh tidak ! Dulu foto diambil untuk di jadikan kenang-kenangan, tapi sekarang? Foto ni gak ada kaitan dengan facebook tadi. Korang ambil gambar dengan tudung di tangan, so, dosa korang yang ditengok tu berantai-rantai panjangnye. So,hati-hatilah. Karikatur nabi lah, itulah, inilah. Akhir zaman. teruk-teruk.

Kelima !
FILM.


Zaman sekarang berbeza dengan zaman dulu, kalu dulu filem hitam putih. Sekarang ni, kalau pakai televisyen hitam putih, first impression orang pada korang mesti korang ni berjiwa patriotik yang tinggi. Dengan peredaran zaman nilah, filem-filem sekrang lebih bertenaga, lebih masyuk, lebih sedap, lebih mantap dari dulu. Dengan kelazatan filem-filem macam ni lah,korang akan terus hanyut dengan khayalan dunia. Ish3.

Last but not least, apa yang aku tulis ni, aku nak ingatkan korang dan? diri aku sekali. Aku adalah aku, korang tetap korang, dan mak aku tetap mak aku. Masing-masing ada peranan sendiri. So, korang pikirlah k? Aku dah fikir, dats why aku tulis. Korang ada pandangan? Korang share dengan aku. Kata cikgu aku kat sekolah dulu, "lima otak lebih bagus dari satu otak". Lagi banyak otak,lagi bagus. Huhu.
Sekadar itu je, Jumpe lagi lain kali. Chow~

Aku tak paham ape plan ni, tapi aku nampk 5F jek. Haha.

5 comments:

  1. great! memang betol ah. x ter'pk pon 5f.
    haha. nice one!

    ReplyDelete
  2. Slm ziarah..... nice post !

    ReplyDelete
  3. dah ramai yang salah gunakan facebook dan salah berfesyen..hurmm ingatan untuk semua :)

    ReplyDelete
  4. nyna mysarah : hehe. same2. :)

    nohfee : hehe. kadang2 bnde tak terpkikir tu menarik :)

    aren : maceh. :)

    cikbelog : yup2 ! :) hehe.

    ReplyDelete