Monday, 20 December 2010

Keistimewaan ayah kita, ayah dia ?



Salam,


Errkkk... Alhamdulillah, kekenyangan pula selepas menyantap roti canai dan sambal  air tangan dari my mom. Memang terbaik. Betullah kata orang, masakan mak juga terbaik. Kan ? Untuk post kali ni, aku bukan hendak bercakap tentang mak, maknyah apatah lagi nenek mahupun atuk, kecuali seorang hero malaya ini. Ayah ! 


Baru - baru ni, aku ditegur oleh salah seorang kawan aku kerana banyak menulis artikel mengenai para wanita. So, aku pun terfikir juga, betul juga kata kawan aku tu. Kalaulah aku asyik menulis tentang wanita, bila masa aku nak menulis tentang lelaki pula kan? dan paling penting, aku akan dituduh mempergunakan blog untuk membodek para wanita ni. Oh ! tidak. Maka atas sebab itu, aku cuba menafsirkan keistimewaan seorang ayah, seorang lelaki. Jom check local listing !


****************


Suatu ketika, ada seorang anak wanita bertanya kepada Ayahnya. Dia bertanya kerana tanpa sengaja dia melihat Ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkedut dengan badannya yang semaking membongkok, disertai dengan batuk batuk kecil. 


Anak wanita itu bertanya pada ayahnya, 
"Ayah, mengapa wajah Ayah kian berkedut dean badan Ayah semakin hari semakin membongkok?"


Ayahnya menjawab. 
“Sebab aku Laki-laki.” 


Anak wanita itu berguman,
”Saya tidak mengerti.” 


Ayahnya hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anak wanita itu, lantas menepuk nepuk bahunya, kemudian Ayahnya mengatakan,
“Anakku, kamu memang belum mengerti dan faham tentang lelaki.” 


Demikian bisik Ayahnya, membuat anak wanita itu semakin kurang faham. Kemudian anak kecil itu menghampiri Ibunya lalu bertanya,
”Ibu mengapa wajah Ayah menjadi berkedut dan badannya semakin membongkok? yang peliknya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit.” 


Ibunya menjawab, 
“Anakku, jika seorang lelaki yang benar benar bertanggung jawab terhadap keluarga itu memang akan menjadi sedemikian.”


Hanya itu jawapan si ibu. Selepas beberpa tahun, anak itu kini menjadi dewasa, tetapi dia masih tidak faham tentang jawapa ayah dan ibunya dahulu. Hingga pada suatu malam, anak wanita itu bermimpi. Di dalam mimpi itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimat yang menjawab segala persoalaannya selama ini.


“Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, tenang dan terlindung. “ 

“Ku-ciptakan bahunya yang kuat untuk membanting tulang menyara seluruh keluarganya dan kegagahannya harus kuat juga untuk melindungi seluruh keluarganya. “

“Ku-berikan kemahuan kepadanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak kelaparan, walaupun seringkali dia
mendapatkan rungutan dari anak-anaknya.“ 

“Ku-berikan ketabahan dan kecekalan yang akan membuat dirinya pantang menyerah.  Demi keluarganya, dia merelakan kulitnya ditujah panasnya matahari, demi keluarganya, dia merelakan badannya basah kuyup kedinginan disirami hujan dan hembusan angin, direlakan tenaga kudratnya lelah demi keluarganya dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih payahnya.” 

“Ku-berikan kesabaran, ketekunan syang akan membuat dirinya selalu berusaha memdidik dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerap kali menyerangnya. “ 

“Ku-berikan perasaan keras dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam pelbagai keadaan dan situasi , walaupun kadang kala, anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya. Sebenarnya, perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa tenang pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta perasaan itulah yang memberikan ketengan saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi & mengasihi sesama mereka.”

“Ku-berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan kepadanya dan menyedarkan bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, Isteri yang baik adalah Isteri yang senantiasa menemani dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada Isteri, agar tetap berdiri, bertahan, saling melengkapi serta saling menyayangi.”

“Ku-berikan kerutan di wajahnya agar menjadi bukti bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sedaya upaya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya boleh hidup dalam keluarga bahagia dan badanya yang membongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya demi kelangsungan hidup keluarganya. “ 

“Ku-berikan kepada Lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang keluarga, agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya, dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggung jawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat.”

Terbangun anak wanita itu, segera dia berlari, berlutut  dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri anak wanita itu memeluk kaki ayahnya dan mencium telapak tangan Ayahnya. 

” Aku mendengar dan merasai bebananmu ayah..."

Jadi, selagi mana korang rasa ayah korang masih hidup, maka hargailah dia sebaik-baiknya.
Bagi yang telah pergi, korang doakanlah dia semoga di tempatkan di kalangan orang- orang yang soleh. Ameen.

Last, bagi yang ayah dia tidak sebagus ayah lain, bersyukurlah korang, kerana tanpa dia dan mak korang, korang takkan dapat baca blog aku ni. Walla~ 




17 comments:

  1. sedihnya :(

    saya sayang ayah saya <3

    ReplyDelete
  2. ayah~~~~!
    sedeyh ni..
    masyeh ye berkongsi cerita ni..

    :)

    ReplyDelete
  3. time ni la terbaca n3 ni,rasa nak balik.............
    wallaa~
    tp ayah ku belum bongkok lg. :D

    ReplyDelete
  4. abah adelah segala-galanya.. dielah insan yang paling bereerti selepas mama.. eish.. sebak pulak.. ouh.. i love u abah.. :)
    like this ! thumbs up ! hehe

    ReplyDelete
  5. err sentap..terase..
    macam2 ade..

    sebab saye dan ayah....emm

    ReplyDelete
  6. anne : saye pon syg ayah saye.. :)

    ReplyDelete
  7. king of single : sebab awak dan ayah ?

    ReplyDelete
  8. azie : erm. semua org rndukan ayah. :)

    ReplyDelete
  9. fatin : :) cepat2 jumpe dia sblum dia bongkok.

    ReplyDelete
  10. syukur masih punya ayah ketika ini...
    setiap apa yang Allah ciptakan ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  11. salam

    saya sering minta pada Tuhan agar bukakan hati ayah supaya dia menjadi ayah yang terbaik untuk anak-anaknya :)

    ReplyDelete
  12. sepatu hijau : mudah2han Allah permudahkan semua tu. Jangan putus asa untuk berdoa. :)

    ReplyDelete
  13. fitri : betol. semuanya da hikmah tersendiri. ;)

    ReplyDelete