Monday, 27 December 2010

Tips untuk elak di goda orang ? [ Part 2 ]


Salam,

“Empat golongan yang berada dalam murka Allah pada pagi dan petang, iaitu golongan lelaki yang menyerupai perempuan (pondan), perempuan yang menyerupai lelaki (tomboy), penzina dengan binatang dan golongan yang melakukan liwat (homoseksual)”(Riwayat Abu Hurairah)

Jangan atas sebab aku bagi tips nak elak digoda kaum berlainan, korang sesuka hati menghalalkan yang sama jantina. okeh?

**********

Tips kedua
Versi Lelaki.

Satu hari, aku terdengar ayah mak aku berkata,

"abang..Kopi da habislah.."

   " abang penatlah nak pergi beli, lagipun ada bola ni.."

"kejap je bang, kedai kat bawah tu. Jomlah..."

   " Erm, 5 minit- 5 minit...Tengah best ni"

"Cepatlah abang, nanti kedai tutuplah.."

   "okeh - okeh, yela, jom sekarang.."

Hari ni, selepas aku membuat kajian sendiri, dan membaca pelbagai jenis blog, maka aku sedikit faham, kenapa, mengapa orang lelaki mudah untuk mengalah dan 'cair' dengan kaum wanita ni. 

First, aku tanyakan kepada korang, kenapa dan mengapa Syah jehan sanggup membina Taj Mahal untuk mumtaz ? Kenapa dan mengapa seorang suami sanggup bersusah payah untuk mengembirakan hati seorang isteri ?

Zaman lampau, kenapa dan mengapa Nabi adam Alaihisalam sanggup memakan buah khuldi ? Kenapa dan mengapa Aqamah, salah seorarng sahabat nabi tidak dapat mengucap ? 

Semuanya sebab perempuan, cinta kepada perempuan. Cinta kepada isteri sendiri.

Oleh kerana itu, tips pertama aku supaya korang tak tergoda dengan godaan seseorang perempuan itu adalah, semasa digoda, korang jangan tanamkan sikit pun rasa kasih dan sayang, apatah sedikit pun rasa suka dalam hati, maka korang akan selamat.

Perempuan bijak menggunakan bahasa tubuh, suara yang beralun - alun semasa bercakap untuk menarik perhatian lelaki. Tak kiralah untuk berbual, meminta pertolongan dan sebagainya. Sekiranya korang tidak dan tak nak tergoda, maka korang layang asa a friend je. Takder sedikit rasa janggal dan suka.

Kedua, korang haruslah menetapkan dahulu gadis dan wanita yang mencapai standard seperti mana korang hendakkan. Aku tak bagitahu korang syarat ni, tapi Al - quran dan hadis sendiri yang beritahu. Maka, aku sampaikan semula,

 “Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik". [Surah al-Nur, ayat 26]

Selain itu, hadis juga ada menunjukkan,

"Nikahilah perempuan itu dalam empat kategori, Hartanya, Keturunannya, Kecantikannya, Agamanya, Maka, pilihlah agamanya kerana dia akan menjagamu (Hadis riwayat Shaihan).

Secara logiknya, sekiranya perempuan yang menggoda tadi menepati ciri-ciri di atas, dia takkan mengoda lelaki kan?

Last, tips terakhir dari aku, untuk elakkan korang digoda orang perempuan macam tu, maka tingkatkanlah ketakwaan kepada Allah.

Aku pernah dengar satu kisah tentang seorang pelacur dan ahli ibadah ni. Ahli ibadah ni sangat tertarik dengan pelacur tersebut. Dijadikan kisah, ahli ibadah tersebut berjaya masuk ke dalam rumah pelacur tersebut untuk memuaskan nafsu. Semasa hendak melakukan persetubuhan, tiba-tiba lelaki ini teringatkan Allah dan menggigil. Maka, dia meminta izin untuk keluar lantas tak jadi untuk bersetubuh.

Endingnya? Lelaki tadi meninggal, dan perempuan itu berkahwin dengan salah seorang saudara lelaki tersebut. 

So, fikirlah, mudah-mudahan sebagai seorang lelaki, kita dapat elakkan godaan dan fitnah dari kaum perempuan. :) Moga diberi kekuatan. InsyaAllah.







3 comments:

  1. betapa kuatnya aura seorang wanita . haha tp bahaya gak la .

    ReplyDelete
  2. huhu..lau perempuan kena ngorat ngan lelaki cmn? lau lelaki yg start dulu..huhu..somtimes i just shut my mouth and blah je..huhu..is dat ok..biarla dia nak kata i sombong pon..asalkan i selamat sudah,,,

    ReplyDelete