Thursday, 30 December 2010

Kenapa aku suka Oh Media !


Salam,

Pagi- pagi lagi, aku dah melayan lagu - lagu  anastahir. Huhu. Berguling-guling aku gelak. Bila aku tension je, mesti aku akan buka video-video beliau. Haha. Memang terbaiklah. Haip! Pandai je cakap aku ngah tension  (Actually memang tension sebab dah naik sem 2) Hari ini, aku bangun awal dengan semangat untuk menyertai tiga contest. ( canangnya.haha ) tapi, mungkin aku hanya mampu menyertai contest ni dan satu lagi contest. Mungkin juga hanya contest ni yang aku berjaya sertai. Aduhai. *Jangan jadi macam saya.


Contets kali ini, diadakan oleh Oh Media.Com.
Contest apa?
Jom check local listing ! Hehe.


 Kenapa Saya Suka Oh! Media Network


Aku tak nak huraikan secara panjang lebar, tapi aku cuba buatkan isi ni jadi ringkas dan padat. Okeh? 
First of all, aku suka sangat- sangat dengan Oh Media ni sebab bagi aku, dia antara Fanpage terbesar yang mana komunitinya dipelopori oleh sebilangan besar orang melayu. Sebagai orang melayu, atas sebab - sebab itu, aku suka. Settle. :)


Kedua, kenapa aku suka Oh media sebab, Fanpage dan blog - blognya, menyiarkan pelbagai informasi yang menarik. Actually, gambar,video dan artikel yang disiarkan menyebabkan aku tertarik dan seronok untuk tengok. lagi - lagi time exam. Bayangkan, aku sanggup skip masa study semata-mata nak tengok kesemua video beliau. Sakit - sakit. Haha. Hilang sikit tension aku walaupun tak dapat jawab exam paper Math, bla, bla. Aha.


Ketiga, paling aku suka ialah membaca komen-komen readers.Seribu satu kerenah, bila mana ada satu post baru. Mesti akan ada orang yang say '1st', 'scnd', 'third'. aku pun selalu gak main benda ni bila kawan - kawan aku ada post new status kat wall diorang. Aha. Walaupun ada sesetengah orang yang tak suka, tapi kadang-kadang benda macam ni boleh eratkan ukhuwah. Kan ?


Keempat, kadang - kadang dalam lawak yang disajikan, tersedia satu atau dua perkara yang boleh buataku terfikir. Bila disiarkan gambar pengemis, maka aku bersyukur jadi orang yang berkemampuan. Disiarkan gambar - gambar yang pelik - pelik, bencana dan pelbagai permasahalahan, maka semuanya membuatkan aku bersyukur menjadi orang yang berkemampuan. Huhu. Bagus jugak kan?

Last but not least, kenapa aku paling suka oh media ni. Sebab ! Aku berasa semangat untuk mengupdate dan meningkatkan lagi traffic kat blog aku ni. Gila semangat ! Haha. Baru - baru ni juga, aku telah merancang beberapa projek supaya aku dapat tingkatkan lagi penyinggahan readers ke blog aku. Mana tahu, satu hari, aku akan ada Fan page sendiri ? Hehe. Apa - apa pun, Oh Media memang masyuk !

Thats all,
Thank You.

Hehe.


Lalalala~ :D

1 comment:

  1. heii..same2..suke bace stiap post oh! media, n of course komen2 fans..kdg2 smpai gduh2..huhu..slalu jd pmerhati jea XD

    ReplyDelete