Sunday, 2 January 2011
Tragedi tahun baru 2011 !
Salam,
Selamat tinggal 2010, Selamat datang 2011..
Setelah bersusah payah belajar, susah payah membuat blog, susah payah mencari duit, susah payah membuang duit, susah senang menambah kawan di facebook, susah senang membasuh baju sendiri, susah senang menyokong pasukan kebangsaan malaysia, susah senang berperang dengan mamat dan minah indonesia di facebook, susah senang memahami apa itu nuffnang, susah senang mendaftarkan diri di universiti, susah senang menerima pointer ....... Sedar tak sedar, akhirnya tamatlah segala susah senang tahun 2010,
Apa - apa pun, tahun lepas ( *hari ni 02/01/2011, aku dah lambat dua hari ) memberi pelbagai reaksi dan memori terindah dalam hidup aku. Masa tu,baru aku kenal makna setia, makna cintan cintun, jiwang karat, makna bersatu pada, bla, bla, bla .... Aha. Paling penting bidang blogging ni. Tak percaya? Aku pun tak percaya, tapi itulah realiti. ( ayat tak nak skema lak kan )
Setiap tahun, bila tahun lama berganti tahun baru, aku mesti ada azam baru. Korang pun mesti ada kan? Adakah azam tu terlaksana? Aku punya ? Oh tidak. Haha. Mungkin ada yang terlaksana. Mungkin tidak. Tapi, walau apa pun tahun, apa pun keadaan dan situasi, bila korang ada masa yang sesuai, maka laksanakanlah azam tu. Takkan nak bertangguh pulak kan.
Esok, aku akan memulakan semula study kat ipta ni. Untuk sem 2. Walaupun result sem 1 agak bagus dan memuaskan hati, aku kena terus maintainkan. ( manalah tahu, boleh mohon jpa ke?aha ) Actually, aku agak malas di situ, tapi bila dah jumpa kawan-kawan, borak-borak pasal pointer, borak-borak pasal jadul waktu, tiba-tiba jadi semangat pulak. Boleh ke macam tu? Er..
Lats but not least,actually, azam masa aku tahun 2010 dalam bidang blogging ni, aku mendapat follower sebanyak 500 orang. Alhamdulillah, sejak semalam, foloower aku mencecah 501 orang. Pada rakan blogger yang ke 500 tu, tahniah aku ucapkan. Hehe. Sebab kau lah, aku berjaya capai matlamat aku tu. Trimas-trimas ! Untuk tahun 2011 ni, aku harap, aku akan lebih berjaya lagi dalam bidang blogging ni, harap - harap, traffic aku semakin meningkat, dan semakin banyak income yang cik nuffnang akan bagi. Hopefully,like thatlah. Hehe. Okeh okeh, aku nak tidur dah ni. Mengantok yang amatlah.
Moga tahun 2011 ni akan beri sinar yang lebih berjaya dalam hidup aku, hidup makcik aku, parents aku, jiran aku, dan palin penting untuk korang semua. Chaiyo -chaiyo ! Walla.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
anda kena tag ! jom dptkn pendrive!
ReplyDeletehttp://dr-nnhk.blogspot.com/2011/01/izamir-ridzwan-pendrive-giveaway.html
good luck dek..~ blajor rerajin no...huhu~
ReplyDeletegood luck yea utk sem 2..(^,^)
ReplyDeletehuda : huhu. thanx :) nnti akan cuba dibuat entrynya.
ReplyDeleteira yoshida : huhu. thanks ea :)
ReplyDeletekak sae : huhu. thanks kak. ;)
ReplyDelete