Monday, 17 January 2011

Apa hikmah membaca Al-Quran dan berblogging?


Salam readers,

Pada satu hari,sedang aku berjalan, aku ternampak satu sign board bertulis
"Jangan pijak rumput ini"Tak sampai beberapa saat aku baca, ada satu pasangan kekasih ni, memijak rumput itu dengan slumber sambil bercekerema tanpa mengendahkan aku.

Dan aku cuba kategorikan orang itu sebagai golongan "rotoba". Apa itu golongan "rotoba"?
Rotoba adalah kata dasar perkatan arab yang bermakna slow atau lembab.

Dan benda ni berlaku jugak berlaku pada blog aku.
Bila aku  tulis, "jangan komen benda-benda yang pedas, atau kritik mengkritik dengan niat nak menjatuhkan orang"
Esok, bila aku bukak, masih ada orang yang buat macam tu. Kiranya korang juga adalah "rotoba".
Jangan salahkan aku, salahkan je diri sendiri. Okeh?

*********************
( Aku cuba buat satu benda yang boleh kaitkan dengan agama secara santai dan tenang, maafkan aku kalau salah, dan korang jangan jadi golongan rotoba pulak bila bab mengomen, Walla~ )

Mengapa korang baca Al-Quran, padahal korang tak faham pun semua maksudnya?
Kenapa?

Jom, baca cerita ni.

Ada seorang lelaki tua hidup di satu kampungbersama cucunya. Setiap pagi, orang tua itu selalu bangun awal dan membaca Al-quran. Si cucu ingin menjadi seperti atoknya.
Pada satu hari, cucunya bertanya, "Atok,saya baca Al-quran setiap hari, tapi saya tak faham pun apa yang saya baca,kalau ada faham pun, cepat je saya lupa secepat saya menutup buku. Apa kebaikan yang saya dapat sebenarnya?".

Atok itu bertanya, " Apa yang kamu selalu suka buat?"
Cucu menjawab " Melayari internet, dan mengupdate blog"
Kalau macam itu, setiap hari, kamu updatelah 15 cerita yang baik-baik.

Maka, setiap hari, budak itu akan cuba mencari berita yang baik-baik dang menulisnya di blog dia sendiri. Selepas hari kedua, dia telah kehabisan idea. Dia menjumpai atoknya dan berkata " atok,saya dah tak larat mengadap komputer setiap hari. Lagipun,susah nak cari berita-berita yang baik"
Atoknya hanya berkata, " teruskanlah cucuku, teruskan, jangan putus asa. "

Setiap hari, budak itu mengeluh kerana tidak dapat memenuhi permintaan atoknya menulis sebanyak 15 cerita. Hinggalah hari ke lima, dia menarik tangan atoknya ke depan komputernya dan cuba memberitahu atoknya tentang kesukarannya itu. Selepas penat menerangkan. Akhirnya atoknya tersenyum.

" Cucuku, adakah sia-sia sekiranya kau menulis tentang kebaikan? Setiap cerita yang kau tulis dibaca oleh ramai orang, dan setiap itu pahala yang kau dapat berterusan. Adakah sia-sia? Orang yang mengikuti blog mu ini, semakin hari semakin bertambah. Pernahkah kau terfikir ? Bahkan orang yang mencata komen di blog engkau juga semakin hari semakin meningkat. Selain itu, engkau juga sentiasa ada idea untuk menulis sesuatu yang positif "

Budak itu melihat kepada semua yang dicakapkan oleh atoknya. dan dia perasan yang banyak perubahan telah berlaku dalam blognya.

Akhirnya atoknya menyambung ucapan terakhir, " cucuku, itulah yang terjadi apabila kamu membaca Al-Quran, kamu mungkin tak pernah memahami atau ingat segalanya, tetapi bila kamu membacanya, kamu akan berubah luar dan dalam, itulah kurnia Allah dalam hidup kita"

So, apa lagi, teruskan berblogging korang. Paling penting, teruskan memahami Al-quran, jangan pernah givup. Okeh?


Photobucket


P/S : Aku bukanlah alim sangat, tapi aku cuba menulis apa yang aku tahu, bukan cuba mengutuk apa yang aku tak tahu. Walla~


28 comments:

  1. terbaik ar....
    al-quran n hadis adlh guide kite... nice entry... bikin smue org celik skit mata.....

    ReplyDelete
  2. wah.. bagus ni... tapi tak semestinya nak tunggu jadi ustaz atau ulama baru nak berdakwah.. betol tak :)

    ReplyDelete
  3. tahniah atas usaha! =)
    teruskan menulis ya, dan kisah yang sangat menarik itu boleh dijadikan motivasi. kalau setiap hari boleh mengadap lappy, takkan tak mampu menatap sehelai lembaran al-Quran sehari kan..

    ReplyDelete
  4. betul dan tepat sekali, apa2 yg kita ingin hasilkan lepas ni tak salah kalo kita masukkan sepotong ayat al-quran yang mungkin terkandung kisah disebalik ayat itu yang boleh dikongsi bersama pembaca..insyaallah

    ReplyDelete
  5. mbaca al-Quran tidak salah sekiranya tidak memahami maksud nya, Semua orang tahu di dlam al-Quran terkandung suruhan dari Allah iaitu Amar makruf dan nahi mungkar. maka cukup lah sekadar kita melaksanakan perintah tersebut. Jgn pula baca Quran siang malam, tp buat maksiat.

    ni apa yg aku faham ttg bacaan al-Quran setelah dengar ceramah tempoh hari, saja nk share:)

    ReplyDelete
  6. Bagus! semoga kesedaran sume orang tntang agame meningkat sedikit

    ReplyDelete
  7. jom baca quran yang ada terjemah.baru dapat faham kan.hee.

    ReplyDelete
  8. aduh...tersentap.best la kawan.
    sekali sekala dpt info mcm ni rasa
    seronok.ily laa.

    ReplyDelete
  9. paling best... sy berusaha follow..

    ReplyDelete
  10. entri ni sangat bagus..susah nak jumpa entri sebegini dalam blog..teruskan..

    ReplyDelete
  11. TSM : thanks :) sharing is caring. hehe

    ReplyDelete
  12. Rafina Mimi Zairul Murni : thanks juga :)

    ReplyDelete