Thursday, 20 January 2011

Sistem Ujrah PTPTN menipu ?

Salam readers,


Siapa yang ada ambil ptptn? So, korang dah tukar sistem ni atau belum? Actually, aku tak tukar lagi sebab busy yangteramat-amat. 


Tadi, sedang syok berblogwalking, aku terbaca tentang artikel ni. Aku tak tahu sama ada betul atau tidak. So, bagi sesiapa yang ada pendapat, meh kongsi dengan aku. Selalu aku kongsi dengan korang kan. Aha.


Jom, kita tengok, apa yang menjadi kesangsian.


1)- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secara clean atas topeng Syari`ah.



Credit to : Al - Fikrah.


Credit tambahan to : zaharudin.net. 


Photobucket

P/S : Aku tak sokong parti X, aku tak sokong parti Y. Korang jangan pandai-pandai.

30 comments:

  1. good, xde ulasan pape....bg orang mmbaca pikir sndri...jgn tuduh sape2..hahaha

    ReplyDelete
  2. betul ke nie..niesz bg apply tuk 1% tu, but x dpt lagi respond..

    ReplyDelete
  3. sedang dalam proses nak kembali kan borang tu..tapi macam dah malas nak teruskan sebab company skang ni taknak sign borang potongan gaji tu...huhuhu..

    i think i kene baca balik la surat tawaran perjanjian tu kot..hmmm...

    btw, thanks for the info...

    ReplyDelete
  4. oo..yeke cmtu??
    so..better stay kt 3% ke cmne??

    ReplyDelete
  5. aku takut ar nk comment pasal bende ni,

    karang aku bg personal opinion org ingat fakta lak

    ReplyDelete
  6. macam tertipu jer kan....tidak adil
    nasib baik sy xde pinjaman ptptn...hehe

    ReplyDelete
  7. abis tu cam ne ni ek??
    sy pun penah terbace info psl ni kat fb..tu yang skrg knpius nak mohon ujrah atau tak..haihhh..

    ReplyDelete
  8. nak share jugak pada kawan-kawan yang lain...boleh ye tuan tanah..pinjam link tau..

    ReplyDelete
  9. akak dah apply tapi dah berbelah bagi nak terima..sebab kena potong gaji byk tu..tapi kalau tak terima kena stick ngan 3% tuh...adoyaii mana satu la yek..

    ReplyDelete
  10. Lebih kurang sama ngan pinjaman housing loan albai bithman ajil. Maaf kalu silap sebut. kalu beli rumah harga RM50000 bermakna peminjam kena bayar pd harga RM150,000. No interest tapi markup harga shj. U like it u take it or if u dont like it, leave it. Sama juga pinjaman secara Islam Bank Rakyat, pinjaman peribadi pinjam RM10,000 bayar balik RM15000 ka. Mesti mahu untung maaa.... This is bisnes bukan badan kebajikan. PTPTN pun buat bisness.... Ada betul ka...Maaf permisi. Jgn saman guwe.

    ReplyDelete
  11. owhh cmtu eh??
    fuuhh cik ana baru cdg nk tukar ke 1% gak..bleh tak cik ana mintak izin nak copy entry nih??? mintak izin ye ^^

    recent post : |ikan unik|

    ReplyDelete
  12. saya dah daftar..
    tapi x tau cerita ni..
    skang baru tau..
    konfius gak ni..
    ni nk try ushar kat google..
    kot2 boleh kasi terang lagi..
    tq for the info..

    ReplyDelete
  13. Memang sistem hutang perbankan Islam macam ni. Simple:

    Jumlah pinjaman + kos perkhidmatan (yang tidak membebankan) + dibayar ansuran dalam jarak tempoh tertentu yang dipersetujui (akad) kedua-dua pihak.

    Jika dah bayar ker/tak bayar langsung ker..lepas lima tahun ker contohnya mahu buat kira-kira balik ke apa, dipersilakan. Cuma yela, jika panjangkan tempoh bayar, charge perkhidmatan naikla, jika tempoh bayar pendek, charge perkhidmatan sikitla.

    Pinjaman PTPTN (syariah ke tak) masih tetap namanya berhutang. Bila berhutang, memang adatla kena bayar lebih dari kos asal.

    ReplyDelete
  14. Simpleblanklife : huhu. entahla :)

    ReplyDelete
  15. .: iEyLa :. : dua2 ada kelemahan :) entahlah. tanya pada backlink tu ya.

    ReplyDelete
  16. cik niza : saya tak tukar lagi. tak tahulah -,-'

    ReplyDelete
  17. yats : akak tanya kat orang yang pakar ea. :) saya pun tngah kaji lagi ni.

    ReplyDelete
  18. Safuraa Abdul Rashid : ur most welcome :)

    ReplyDelete
  19. salam, sori nak mencelah sket

    yes! ujrah akan untung utk org2 yg dah bayo instalment sblm ni tanpa fail... tapi bg yg tak bayo, rasa akan terbeban sgt...

    kesimpulan, patut bayolaa hutang tu dr awal as termaktub dlm agreement korg... kalo beli kete, bule pulak bayo in time, nape tak ptptn ni? sama jer concept nyer...

    jgn kata ujrah tu menipu.. kenelaa igt, kita ni berhutang, kenelaa bayo.. abes citer! ;-)

    ReplyDelete
  20. Salam,memang macam ada udang di sebalik mee di sebalik penurunan kadar faedah ini..Berkongsi pengalaman Saya :

    Muslihat PTPTN|Aduan dibuat kepada Biro Pengaduan Awam : http://www.eyriqazz.com/2011/01/muslihat-ptptnaduan-dibuat-kepada-biro.html

    ReplyDelete
  21. perasaan x, org yg dpt tawarn sistem ujrah nie org yg dah buat pembayaran hutang sikit2..pd org yg x pernah buat, ptptn x anta pun tawaran tu...kenapa? kita rasa (rasa je nie, x tuduh yer)depa(ptptn) nak duit lagi drpd kita yg dok bayar nie, sbb pd org2 yg depa x dpt cr, x bleh buat ape,kita2 nie yg dok byar secara sukarela ni yg jd mangsa.minggu lepas, kita dpt statement hutang tahun 2009,knp x anta statement 2010...kebetulan masa nak request ujrah, mcm2 masalah dtg, pas tu terbc ttg kes nie, so terus x buat...x patut buat kiraan dr baki pinjaman tahun yg dah lapuk, bukan baki hutang semasa..salah tu...(kita buat potongan gj utk byr ptptn dr 2007 lagi)

    ReplyDelete
  22. laaa ye ke?!!..ummi baru tau.ummi dah mohon la sistem ujrah tu.ye ye je.ingatkan nak tolong orang rupa nye lain agenda diorg.tak senonoh betul la.kot ye nak untuk pun takkan sampai 27%++.

    ReplyDelete