Monday, 3 January 2011
Terompahcaring berevolusi sempena 2011 !
Salam readers,
Wah. Sejak masuk tahun baru ni, semangat aku dalam berblogging memang lain macam. Bertambah - tambah semangat. Atas sebab itu, aku cuba membuat satu anjakan paradigma ( ayat nak bombastik, walla ) dengan merubah secara 80 peratus wajah blog terompahcaring ni. Apa perubahan tu ? Bunyi macam gempak je.
Berubah ? Perubahan ? Senang? Gila apa ! Haha. Aku pinjam masa tidur aku sebanyak 3 jam untuk siapkan semua ni. Adoyai. nasib baik, aku bayar balik pagi tadi. Walla. Walaupun perubahan ni tak nampak ketara sangat, tapi aku cuba buat blog ni lebih nampak 'matured' berbanding dulu. Kalau dulu, agak serabut dan keanak - anakan, kali ni, aku cuba selitkan sedikit elemen - elemen sempoi dan lebih kemas dan berdisplin. Er.. Betol ke ape aku cakap ni?
Actually, satu perkara yang menjadi kerisauan aku dari dulu sampai sekarang, adalah bahagian header tu. Aha. Aku memang tak tahu menahu dan pandai sangat dalam membuat header -header yang unik, pelik tapi menarik ni. Ada sesiapa yang nak tolong ? Ada sesiapa yang baik hati ? Aha. Kalau ada sesiapa yang nak tolong, boleh lah roger - roger. Okeh? By the way, aku dah mintak tolong pada salah seorang kawan blogger aku juga merupakan kawan aku zaman sekolah dulu. Huhu. Nak mintak tolong dia jugak ? Bila semuanya dah siap, aku akan beritahu korang pasal dia. Sabar dulu.
Last, banyak sebenarnya idea yang aku hendak utarakan di dalam blog ni. Yup ! Banyak gila ! dengan keresahan akhir zaman ni, aku sangat-sangat risau memikirkan perkara - perkara akan datang. semoga korang semua dapat terima blog aku ni, dan sama- sama menjadi seorang blogger yang berhemah. Walla~
Welcome 2011 !
Welcome TerompahCaring !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
huhu...semangat giler!!!
ReplyDeleteaku azreen : semnagtlah. kata tahun baru kan :D
ReplyDelete