Friday, 7 January 2011
Berdiam diri kan lebih bagus.
Salam readers,
Dalam banyak-banyak hobi, hobi yang paling aku suka adalah memerhatikan gelagat orang. Dari situ, baru aku berfikir sama ada dia boleh jadi kawan aku atau tidak. Tak kisahlah sama ada perempuan atau pun lelaki. Korang pelik ? Ish, nak pelik apanya. Biasalah, sebelum kenal someone, perlu perhatikan gelagat diorang dulu. Betul tak ? Selama aku berkecimpung dalam industri pemerhati ni, ada satu gelagat yang aku kadang-kadang sakit hati dan tak suka nak tengok. Orang yang banyak cakap. Pot pet pot pet. Kadang - kadang perkara yang dicakap tu, takderlah penting sangat dan adakalanya apa yang dicakap tu, tak betul pun. Dush3 ! Pelik - pelik.
Oit orang yang bermulut lima,bergigi banyak, mari aku beri nasihat ringkas,
***************
”Barangsiapa yang banyak perkataannya, maka banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, maka banyaklah dosanya, dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka adalah utama baginya” (Riwayat Abu Naim)
Ada sesetengah orang memang sangat suka bercakap, malahan apa yang dicakapnya itu, satu pun tak memberikan sumbangan. Kadang-kadang apa yang dicakapnya itu gak membuatkan orang sekeliling sakit hati dan marah. Adoyai ~ Wujud gak orang macam ni ea.
Pernah satu ketika, zaman rasulullah, ada seorang sahabat telah bertanya kepadanya.
"Wahai rasulullah, apakah kelakuan yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga?"
Rasulullah menjawab,
"Taqwa kepada Allah dan keindahan akhlak"
Dia bertanya lagi,
"Apaka kelakuan yang memasukkan ke dalam neraka pula?"
"Kejahatan mulut dan kemaluan"
So, apa kata kita sama - sama diam dari bercakap tak henti - henti perkara - perkara yang bukan-bukan.
Bukan susah sangat pun. Kalau korang ada kawan-kawan macam ni, senang je aku nasihatkan untuk selesaikan beliau. Korang buat muka slumber dan layan dengan ala kadar je. Tak jalan? Tinggalkan je dia cakap sorang-sorang. Aha. Settle masalah.
Last but not least, banyak diam tak semestinya bodoh, banyak bercakap tak semestinya pandai, kerana pandai itu buah fikiran, orang pandai yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap. Walla~
P/s : teringat aku makcik IB (internet bergerak) kat area taman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nice entry! suke bace. :)
ReplyDeletebermulut lima, bergigi banyak?? :DD
ReplyDeleteshidot : hehe. maceh3. :)
ReplyDeleteyana : aha. hyperbola kepada empunya mulut yan banyak cakap. :)
ReplyDeletebetul tu...tapikan tn blog...kawan2 maya sape yang banyak ckplah paling ramai orang suka...camne tu tn blog...
ReplyDelete