Thursday, 13 January 2011
Group Review | Fluorescent Adolescent (Batch 04/08)
Salam readers,
Hola, malam ni agak tenang dan damai. Sambil membuka tingkap, ditemani rembulan, aku cuba membuat-buat ingat dan mengungkit kembali nostalgia zaman lampau. Sedang khusyuk melayan, Dush3! Nyamuk ni, kacau betullah. Baru semangat nak lontarkan mood jiwang. Adoyai.
Tiba-tiba aku menjerit ! Yeayh ! Sambil semangat membuka laptop walaupun aku sedar roomate aku melihat aku dengan pandangan yang pelik bertambah hairan. Aku cuba menaip perkataan di facebok, Fluorescent Adolescent...
Akhirnya aku tersenyum...
****************
(entry ini aku tujukan kepada budak-budak asrama)
Bagi sesiapa yang pernah duduk asrama, korang mesti tahukan betapa bestnya zaman itu. Di situlah, korang kenal hati budi kawan-kawan korang, yang masuk air, yang keluar air, yang bagus, yang noob, yang jahat-jahat manja dan berbagai lagi. Macam tu jugak dengan aku. Walaupun asrama aku tak segah asrama orang lain, sekolah asrama biasa yang kad outingnya perlu dicop bila nak outing, tapi dari situ, aku dapat pelbagai pengalaman.
Dan pengalaman tu membuatkan aku lebih matang, walaupun aku rendah.....
Makan maggie dalam baldi, buat biskut milo guna sterika, keluar malam tanpa kebenaran, buat air guna gayong, tangkap ikan dalam kolam then masak ikan tu dalam bilik basuh, main bola sama-sama sampai kena marah dengan warden sebab lewat, ponteng kelas sama-sama dengan buat surat Mc tiruan, buli budak-budak bawah, jual apa bagai jenis benda untuk dapat side income. Benda-benda macam tulah yang menyebabkan kiteorang makin masuk air dan bertambah sangat kreatif dan berinovatif.
Baru-baru ni gak, salah seorang kawan baik aku telah membuat page group untuk batch kiteorang.
Rasa seronok, bila tengok kawan-kawan lama yang dah keluar lepas Pmr berkumpul balik. Sekarang, masing-masing dah besar, macam-macam tempat diorang belajar. Ada dalam negara, ada luar negara. Aku? Mestilah dalam negara je. Seronok bila kenang balik zaman ni. Ish3.
Korang budak asrama macam mana? Sama macam aku? Atau korang lagi extreme? Muahaha.
Apa-apa pun, masing-masing dah besar. Paling penting, asramarian*sukahati aku je mana-mana pun. Kita tetap sama.
P/S : Kalau korang sekolah harian, dan ada cerita best tersendiri pun. Aku tak haramkan korang komen dan luahkan, malah aku alu-alukan. Jangan nangis. Walla~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
rindu gle zmn kanak2 dulu..^.^
ReplyDeleterindu zaman berasrama dulu.. lama dah ditinggalkan :)
ReplyDeletelike this post..haha teringat zaman dlu2..mang bnyak kenangan utk dgelakkn..kih3
ReplyDeletedok asrama paling beshhh! siyesss! :DD
ReplyDeleteasrama?
ReplyDeletehuh pengalaman paling tabest..
sume pompuan...xde kumbang lagsung...
kalau ade best gak...leh wat cuci mate...
bunga : yup3. huhu. :) zaman tu takkan kembali.
ReplyDeletesepatu emrah jambu : huhu. :) samela. zaman tu paling best.
ReplyDeleteshera : huhu. pergi masuk asrama permpuan je wat ape :)
ReplyDeletenaf : huhu. :) betul3.
ReplyDeleteshahirah adnan : haha.budak2 asrama kan kreatif :)
ReplyDeletei love smkajb!!!!!!!!!
ReplyDelete