Salam readers,
Baru-baru ni, aku mendapat satu penyakit, satu penyakit misteri yang tiada pengubatnya. Aku dah cuba usaha dan usaha mengubatnya, pergi pusat kesihatan universiti, jumpa doktor pakar, tok imam, tok mudim, jumpa kekasih halal, apa jenis tok dan doktor semua aku dah jumpa, dan semuanya tak berkesan.
Akhirnya aku balik bilik dengan nafas turun naik, turun naik dengan meletakkan kedua-dua tangan di atas kepala. Aku merasakan masa depan aku memang dah gelap Tiada satu cahaya pun yang akan datang sehingga aku terbaring atas katil ditemani kipas syiling yang seakan-akan mnegertikan nasib hidupku.
Aku pandang ke syiling dan....
Kroh~ Kroh ~
**********************
( Aku tujukan entri ni kepada diri aku sendiri, dan pada orang yang terasa ada pertalian suadara dengan aku dan sekepala air dengan aku beserta orang yang mempunyai latar blogging yang sama dengan dengan aku )
Dalam berblogging ada tiga penyakit, yang akan buat blog korang sentiasa kosong dan tiada satu pun update terbaru dalam blog korang. Apa dia? Meh, aku bagitahu
Pertama,
Malas.
Idea selalunya akan datang dalam satu-satu masa dengan banyak, korang pernah mengalaminya? Nampak kucing, nak tulis pasal kucing, nampak cicak, nak tulis, pasal cicak, nampak pepatung nak tulis pasal pepatung, nampak bla, bla, bla.. Semuanya korang nak tulis. Tapi tetap blog korang kosong. Kenapa? Sebab malas ! banyak lagi perkara lain yang korang kena buat, dan akhirnya blog korang terbiar beberapa hari tanpa berita. Aku ambil contoh, andaikan korang suka dengar radio X, dan satu hari radio X tu tak bersiar seperti biasa, korang dengan perasaan naik syeikh terus memaki hamun dan mungkin lebih dasyat dari tu.
So, samalah seperti blog korang. Okeh?
Kedua,
Tak ada mood.
Kebiasaanya perkara ni lebih berlaku kepada blogger wanita. Sebab? Korang dikurniakan 9 perasaan. dan 9 perasaan tu selalu bercampur baur. Bila bergaduh dengan boyfriend, korang tak update blog, teringat kucing kat rumah, tak update blog, bergosip sakan, tak update blog, bila datang bulan, bla, bla, bla. Kadang-kadang perasaan rajin dah ada, tapi disebabkan tak ada mood, niat korang terbatal camtu je. Kan-kan?
Ketiga,
Tak ada idea.
Malas dah campak jauh-jauh, mood pun dah ada bila boyfriend/girlfriend call tadi. Tapi, blog still kosong. Camner-camner? Sebab idea zero ! Kadang - kadang bila idea dah ada, korang pulun habis satu hari, Contoh, hari ni korang update sampai 7 entry, esoknya ? Korang update -7 entry. Adoyai. Janganlah tamak, simpan sikit entry-entry yang lebih untuk esok atau hari-hari akan datang. Okeh? Orang tamak ni, bangga sekejap je, esok lusa, ish3.
So,kesimpulannya, korang kena pastikan 3 elemen ni ada, dan korang akan berjaya jadi blogger yang bersemangat. Bukan bersemangat mengutuk, tapi bersemangat untuk berkongsi. Okeh?
P/S : Kalaulah sang buaya tak tamak, mesti spesies kancil dah tak wujud sekarang. Jumpa tulang kancil, macam jumpa tulang dinosaur kot. Walla~
haha.memangg betol tu
ReplyDeletehahaha..tau takpa..treatment please..hahaha
ReplyDeletememang betol sanagat2 aku sokong.. tambah satu lagi, tenet wat hal.. weeeee
ReplyDeletehehe... masalah xde idea paling beso n tak tau nak tulis camno
ReplyDeletehehehe...betul sangat lah tu.cik ain pun dah brapa hari tak update ....
ReplyDeletebetul betul betul!
ReplyDeletea'a la btol..hehe
ReplyDeletekdg2 idea berlambak2. last2 x hapdet lnsung. ahaks
ReplyDeleteanne : akan diberitahu akn datng ea :)
ReplyDeleteepal92 : pernah kene ea ? :)
ReplyDeletefiq : huhu :) betul3
ReplyDeletefathiah : yup3. :)
ReplyDeleteyunmalique : upin ipin ea? :D betul3
ReplyDeletecik ain : cepat2 atasi cik ain :)
ReplyDeleteAmanie Ashraff : kene manage betol2. :)
ReplyDeleteshahirah adnan : huhu. yup3 :)
ReplyDeletebtl2.hehe! ble tgh ade idea m'curah2, type sume en3 siap2 n schedule kan je dia kua 1 en3 1 hari, so nmpk cam hr2 update.keh3
ReplyDeletesokong sangat :D hehe
ReplyDelete