Wednesday, 12 January 2011

Contest nuffnang pertama aku | The Green Hormet


Salam readers,

Kali ni, aku akan cuba selitkan elemen-elemen manja dan kebudak-budakkan. Jangan hendak terjah atau komen apa bagai jenis kutukan sebab aku dah beritahu awal-awal. Okeh?

Dan..
Aku juga seorang pelajar yang riang..

******************
Green Hornet


If were the green hornet.

Sekiranya aku jadi Green Hornet ni, maka ada tiga perkara aku akan buat.

Pertama, aku akan menyatu padukan semua superhero dan aku akan buat satu badan NGO di mana semua superhero tu akan bartanggungjawab membanteras kejahatan bersama-sama. So, bila mana ada masalah, diorang tak perlu risau. Sebab? Akan ada superhero lain yang datang tolong. Muahaha. :D



Kedua, atas kebijaksanaan dan kepandaian yang dianugerahkan, aku akan cuba rungkai satu persatu misteri agar misteri tu dah tak jadi misteri. Setiap plan yang dirangka oleh penjenayah akan terkantoi tanpa mereka sedar. Dengan itu, istilah 'penjenayah' itu sendiri akan pupus satu persatu sehingga tak akan didengari oleh cucu cicit aku. Sebab diorang dah tak sempat nak buat jenayah. Aha.


Last, dengan menjadi green hornet, tak salah rasanya kalau aku berkolaborasi dengan pihak polis. Kan? So, pihak polis tak perlu risau sekiranya tersalah tangkap penjenayah dan tak perlu risau sekiranya penjenayah terlepas. Sedikit sebanyak, beban pihak polis akan berkurang dan beban aku sebagai green hornet juga akan turut berkurang sama.Bukan?



Apa - apa pun, sama- sama kita ke panggung wayang untuk menonton filem ini. Support our local cinema, ops, Haha.

Chow~

3 comments: