Wednesday, 29 December 2010

Inferior Indonesia dan Superior Malaysia !


Salam,

Sebelum aku menulis apa - apa berkaitan dengan entry terbaru ni, aku nak readers semua betulkan dulu mindset korang. Tak kisahlah readers Malaysia, atau negara - negara lain yang memahami bahasa melayu nusantara ni. Mudah- mudahan dengan kesopanan dan budi bahasa korang, takkan ada isu "LASER MELASER" kat blog ni. Ameen.

***********

Indonesia = Inferior
Malaysia = Superior

Baru -baru ni, aku tertarik dengan kupasan salah sebuah blog yang mengupas tentang martabat indonesia di mata rakyat malaysia. Actually, isu malaysia dan indonesia ni telah lama berlaku, cuma sejak akhir-akhir ni, berkaitan dengan bola sepak piala AFF Suzuki menyebabkan hubungan kedua- dua negara menjadi semakin dingin.

By the way, sebagai rakyat malaysia yang memang meminati arena bola sepak. Aku nak berkata, "Menang kalah, adat permainan". Kalau semua nak menang, takkan ada istilah 'kalah' kan?

Indonesia amat mengharapkan kemenangan ini agar martabat mereka tidak dipandang sambil lewa oleh rakyat Malaysia. Antara beberapa perkara yang menyebabkan mereka berasa inferior terhadap malaysia ialah,

1. Penggunaan ‘Indon’ terhadap warganegara Indonesia.
2. Layanan TKI sebagai kelompok masyarakat kelas bawahan.
3. Pemberian hak ketuanan Pulau Sipadan dan Ligitan kepada Malaysia.
3. Kesombongan tentera Malaysia yang memasuki wilayah laut Indonesia.
4. Malaysia mencuri kebudayaan Indonesia seperti batik dan lagu daerah.
5. Kemajuan anak didik Pertamina (syarikat minyak Indonesia) iaitu Petronas yang kini melebihi gurunya.



Dengan kekalahan pada pusingan pertama kepada Malaysia, menambah burukkan lagi keadaan mereka. Bagi aku istilah laser tak harus dipersalahkan. Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Jose Mourinho, malahan pemain-pemain terbaik dunia semua pernah dihalakan laser. Adakah isu itu dibesar-besarkan ?

Paling penting, sewaktu perlawanan pertama Malaysia menentang Indonesia, penjaga gol negara dihalakan laser oleh penonton Indonesia. So, memang tak adil kalau kita sahaja dipersalahkan.

last but not least, malam ni kita sama-sama menyokong pasukan negara. 90 minit pertama dah settle. Tinggal 90 minit kedua. Moga semua berjalan lancar, Malaysia berjaya menamatkan penantian selama 14 tahun.


8 comments:

  1. persoalan2..
    tki uh ape??? ahahaha

    ReplyDelete
  2. brtul2! tak boleh nak salah kan sape2..

    tpai indonesia ngan malaysia memang hot dari dulu..hoho..

    ReplyDelete
  3. support team Malaysia!
    malaysia boleh~~~ :D

    ReplyDelete
  4. ira yoshida : yup3. moga xsampailah berperang :)

    ReplyDelete
  5. dhila nazli : tki tu tenaga kerja indonesia. :)

    ReplyDelete
  6. ntah indon nye,asyik nak salah kan laser je...pirah...Malaysia Boleh..!!!

    ReplyDelete
  7. Papa Mifz : Biasalah, tak boleh trime kekalahan :D

    ReplyDelete