Salam,
Huarghhhh !! Ngantoknya mate aku ni. Baru je selesai solat subuh, dah mengadap laptop kesayangan ni. Walla. Actually, aku tak tidur lagi dari malam tadi gara- gara semangat tersangat-sangat nak tengok match pasukan faveret aku lawan. Nasib baik menang ! Kalau tak, sia-sia jek.
Hari ni, aku agak busy sikit. Pukul sepuluh pagi nanti, kene drive pergi seremban2,jaya jusco. Kawan aku nak pinjam hardisk pulak. Balik, ada kawan ajak teman pergi pekan port dickson ni, nak cari sponsor baju pulak. Ponat den. Haha.
Pagi yang sejuk, mulut yang membeku. Aku terus pergi pada post match tadi k? Ni apa yang aku nampak. Korang punya mata dan aku punya mata berbeza, harap korang tak sanggah apa yang aku cakap. ok ? :)
Post Match.
- Anderson main dengan agak bagus. Walaupun ada ura-ura yang dia akan dijual dan dipinjamkan, tapi sejak skor masa lawan Valencia hari tu, aku rase dia ada potensi untuk menyerlah. Ingat ! Position dia attacking midfielder, bukan defensif.
- Park Ji sung agak keletihan. Aku tak tahu kenapa, tapi skor yang dia buat sedikit sebanyak menutup aksi kurang bertenaga dia. Gol ? Yup, gol nasib. Tapi nasib pun main peranan dalam apa - apa game kan ?
- Arsenal bermain dengan agak agresif, dapat dilihat dengan arshavin, chamakh, nasri dan song dilayangkan kad kuning.
- Nani bermain dengan bagus, cuma aksinya terbatas apabila dikawal ketat oleh clichy. Yup, tapi selepas separuh dalam separuh masa kedua, clichy agak kepenatan mengawal nani. Sehingga manchester berjaya mendapat penalti.
- Rooney bermain dengan sangat sangat baik ! Cuma aksinya sedikit tercalar apabila gagal menjaringkan penalti.
- Rafael bermain d bahagian pertahanan kanan dengan sangat berkesan. Gerakan yang dilakukan arshavin disekat berkali-kali hinggakan arshavin dikeluarkan.
- Arsenal perlu mendapatkan seorang keeper bertaraf dunia sekiranya hendak memenangi liga perdana inggeris.
- Rooney agak kesorangan bermain di hadapan, sekiranya digandingkan dengan berbatov, mungkin akan ada sedikit kelebihan di bahagian depan.
- Gandingan mantap Ferdinand dan Vidic menyukarkan pemain arsenal melakukan gerakan dan hantaran pendek seperti yang diterapkan oleh arsene wenger.
- Kemasukan walcot dan van persie agak lewat. Seharusnya, walco dimasukkan lebih awal mengasak di bahagian kanan.
Apa-apa pun yang aku cakap ni, sekadar dari permerhatian mata kasar aku. Korang rasa tak betul, kita boleh discuss sama - sama. :)
Nak tengok highlight match ? Datang kat link ni Manchester Vs Arsenal . :)
Dah - dah, aku ngantok, aku nak tidur. Jadi kelawar lah aku. Aha. Nyte. Salam.
MU!!! wuuuhuuuu
ReplyDelete