Wednesday, 13 April 2011

10 sikap buruk dalam diri aku dan korang !



Salam readers,


(Entry ini berbentuk islamik setelah sekian lama aku tak menulis tentangnya. Mungkin ada kawan-kawan usrah matrik aku yang akan baca ? )


Dalam setiap diri manusia itu ada tersembunyi satu banyak sifat yang kadang-kadang mendatangkan keburukan. Benda ni ada dalam diri aku, dan benda ni ada dalam diri korang semua. Paling sedih, sifat-sifat ini akan mendapat celaan daripada Allah akibat perlakuan manusia itu sendiri. Dalam kitab Syeikh Abdul Kadir Mutalib, tasauf penawar bagi hati ada mengatakan tentang celaan-celaan ni, kalau korang rajin, cari dan bacalah untuk penerangan lanjut.


Okeh. Aku senaraikan satu persatu, dan setiap entry tu, jom kita muhasabah balik diri kita. Aku pun memang tak bagus gak. 10 celaan ini adalah berdasarkan sifat-sifat kita sendiri sebenarnya.


1. Gelojoh ketika makan.


Selalunya aku takderlah gelojoh sangat bab makan ni. Cuma pernah sekali aku ditegur ayah sebab dok makan laju sangat. Mungkin masa tu tengah lapar kot. Sunah mengatakan seeloknya kunyah 40 kali sebelum telan. Benda ni pun termasuklah dalam adab mengambil makanan, tak perlu ambil banyak-banyak, dan paling penting, berhenti sebelum kenyang. 


Aku selalu sampai dah tak larat baru berhenti. Berat-berat.


2. Banyak bercakap.


Fenomena hari ini, ramai orang suka bercakap benda-benda yang tak penting. Aku pun kadang-kadang sama gak. ==' Kebiasaanya yang aku nampak, bila seseorang itu bergurau dengan percakapan secara berlebih-lebihan, akhir sekali, mesti akan terjadi perbalahan sesama mereka. Seriyesly memang macam tu. benda-benda yang termasuk juga dalam sifat ni adalah mengumpat, mengata dan perkataan-perkataan yang menjurus kepada keburukan dan pergaduhan.


3. Suka marah-marah.


Setakat aku hdiup, tak pernah lagi aku nampak orang yang marah tapi keluarkan kata-kata pujian. Mesti marah tu akan difollow up dengan ayat-ayat makin dan cercaan sekali. Kan? Bila seseorang terlalu marah, mereka akan bertindak di luar kebiasaan batasan manusia. Lepas dah sedar, baru mereka menyesal. Contoh, dah terbunuh, baru menyesal. Dah tercederakan orang, baru menyesal. 


Apa kata bila nak marah tu, engat mak bapak kita kat rumah tu. Sian tengok depa..


4. Hasad dengki. 


Ang tengok member dapat awek baru, dengki. Tengok member markah lebih sikit dari ang, dengki. Tengok follower dia lagi banyak daripada ang, dengki. Tak pernah satu masa pun, ang tak dengki. Orang-orang macam ni sanggup lakukan apa sahaja untuk dalam bentuk kejahatan untuk jatuhkan lawan dia. Untuk musnahkan hidup orang lain.


5. Kedekut.


Bila dapat rezeki yang banyak, mereka lebih suka simpan dan simpan. Taknak berkongsi dengan orang lain. Dan akhirnya benda macam ni akan menyebabkan mereka sukar untuk melakukan sedekah, membantu kebajikan di jalan Allah, dan membantu orang-orang yang memerlukan. Tapi ! Tak semua orang yang tak bagi tu kedekut, maybe dia lagi memerlukan daripada orang yang meminta.


6. Bermegah-megah.


Hari ini,ramai orang tergila-gilakan jawatan, pangkat, dan harta. Bila dah dapat, mulalah lupa kawan, lupa orang lain. dan diorang ni bangga dengan apa yang mereka ada. Sedangkan pepatah mengatakan ikut resmi padi, maki berisi, makin tunduk menyembah bumi.


7. Cintakan dunia.


Ini, korang bole baca hadis ni. “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).


8. Ego atau sombong.


Bila dah bagus, akan ada perasaan ego. Cop-cop, kata mudahnya mula ada perasaan perasan bagus ! So, diorang takkan terima pendapat orang lain. Dan akhirnya akan rasa di yang palinggg bagus dalam dunia ni sehingga lupa adanya sang pencipta. 


9. Ujub dan bangga diri.


Ujub tu bermakna bangga. Akan wujud satu perasaan riak dalam diri mereka dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan. Korang jangan pelik bila orang yang korang rasakan banyak buat dosa, solat tinggal tapi masih berjaya. Kenapa? Itulah dinamkan istidraj. Allah bagi lagi kejayaan untuk jadikan mereka lebih sesat.


10. Sukakan pujian.


Bagi aku perkara ni tak salah,cuma bila korang terlalu suka dipuji, maka benda ni akan menyebabkan muncul perasaan ujub dan bangg diri tadi. Kan ? Dan korang akan terasa marah bila dikritik atau di kutuk untuk pertama kalinya nanti. 


So, itulah antara sifat-sifat yang ada dalam diri aku dan korang semua. Mungkin kita sedar, mungkin kita tak sedar. Apa-apa pun, jom kita muhsabah balik diri kita. mana lah tahu kita mampu buang ke sifat-sifat macam ni kan. InshaAllah.


Photobucket


P/S : Dalam diri ada segumpal daging dipanggil hati, sekira hati itu baik, maka baiklah yang lain. Walla~

19 comments:

  1. saye, banyak cakap sangat !! =) thanx for the share ~

    ReplyDelete
  2. sume aku ade .cume hasad dengki tu kurang la .HAHA .

    ReplyDelete
  3. semua betul... memang semua ada... sebab iman tu tak kuat tak besar.. sebab tu benda kecik yang kita tengok pun kita boleh kalah..

    ReplyDelete
  4. alamak semua ada dalam diri nie =.=' actually mmg tipu la kalau ada yg ckp takde semua "kualiti" kat syafiq list tu. cuma samaada kita nak perbaiki atau tak je :)

    ReplyDelete
  5. thanks buat entry ni..mmg bermanfaat..

    ReplyDelete
  6. isk2....harap2 num 4,9,7 tu dikurngkan....isk3....tak ske perngai camtu....n len2 gak....yg ade pada BL dan kwn2.....='(

    ReplyDelete
  7. ujub.takabbur.sombong.ego.
    nauzubillah..minx2 kite dijauhi dr prkare i2..mari same2 kite berusaha tuk cintakan akhirat..wallahualam

    ReplyDelete
  8. mm...isk!isk! mmg ade tu dalam banyak-banyak...thanks for reminder..^_^

    ReplyDelete
  9. bila baca no 1 tu, terkejut kejap sebab ada nama akak..heheheh...rupanya sunnah...:p

    thanks for sharing...:)

    ReplyDelete
  10. Mari2 sume..cek hati msg2..muhasabah diri..:-)

    ReplyDelete
  11. tak mau semua itu sifat..mau ubah..uhukss

    ReplyDelete
  12. huhhuu.. lpas baca ni fikir balik.. emm...ada jugak la yg sama..

    btw, ada backlink utk entry ini:
    Freemason lagi..~

    ReplyDelete
  13. aku suka makan!aku suka bercakap! aku kedekut! hahahaXD

    thankz!peringatan untuk diri aku sendiri=)


    http://www.dunialandax.com/

    ReplyDelete
  14. <------ banyak membebel dalam alam maya jek.. in realiti.. saye shy2 cat.. ahaha XD

    ReplyDelete
  15. Huhu.. Kitab ni prnah blajar kt skolah dlu. tp x abis.. dlm kitab ni sbnarnye asas dlm ilmu tasawuf jer.. tp yg asas ni kte dh bnyak kcundang.. huhu~

    ReplyDelete
  16. meh pakat2 analisis hati. moga dijauhkan dari hati yang kotor

    ReplyDelete
  17. http://sahabatnasihat.wordpress.com/2008/04/03/hadis-palsu/
    check it out

    ReplyDelete