Salam readers,
Erk, Alhamdulillah. baru lepas balik dari makan kat depan universiti ni. Dah lama dah aku tak keluar lepak-lepak dengan member-member kat warung mamak or kat mana-mana warung melayu pekena sedas dua roti canai. Al-maklum, final exam makin dekat. Sebagai salah seorang pelajar yang cuba nak rasa gelaran pelajar cemerlang abad ini, tumpuan aku banyak terarah kepada statistic, tekno binaan dan subjek-subjek killer yang lain.
Harap korang dapat terima alasan yang munasabah ni.
So, aku nak share dengan korang apa yang terjadi sebenarnya sepanjang aku tak update belog cap ayam ni. Actually, ramai yang dah tanye aku kat facebook tentang belog yang hidup segan, mati ta mau ni. Okeh-okeh. Jom kita usha apekah benda yang berlaku sepanjang aku tak update belog ni.
************
1. Syarikat pengiklanan Exabytes.
First of all, aku agak busy dengan urusan jual beli bersama Syarikat Exabytes. Actually, aku ditawarkan untuk pengiklanan banner syarikat diorang sepanjang 3 bulan di belog cap ayam ni secara berbayar. Alhamdulillah, nak kata rezeki anak-anak, aku tak kahwin lagi. ==' So, mungkin rezeki parents yang lahirkan aku. Thanks pada syarikat exabytes sebab sudi nak promotekan banner diorang kat belog cap ayam ni. Hopefully, akan ada tawaran-tawaran lain yang akan menyusul lepas ni.
2. Busy dengan persiapan final.
Yeah. Exam just around the corner ! So, nak atau taknak aku kena perlahankan sedikit pergerakan belog ni. Yela, takkan sebab blog, result aku haprak kan. So, minta maaf pada semua yang ternanti-nanti perkembangan terbaru belog ni. InshaAllah, aku akan kembali aktif semula lepas pertengahan bulan 5 nanti. Mungkin aku akan update perihal exam-exam aku, tu pun kalau aku sempat. Apa pun, thanks pada semua yang datang melawat blog ni dari dulu sampai sekarang.
3. Dapat buffered earning terbaru.
Rezeki kedua, alhamdulillah, sekali lagi aku dapat buffered earning terbaru dari nuffnang. Kali ni datangnya daripada syarikat KFC chicken chop. Duit yang lama aku tak cash out lagi, kalau cash out tu, agak-agak bolehlah beli sedas dua perfume body shop. Dah lame aku teringin nak beli, tapi tak dapat-dapat lagi sampai sekarang. Sob3. Takper, dah cash out nanti, aku akan cuba beli gak. Thanks pada nuffnang. Tak sia-sia aku setia dengan hangpa. He he.
4. Busy dengan blogger-blogger yang mintak tunjuk ajar.
Ops. baru-baru ni, ramai gak yang berurusan dengan aku di email. Ada yang invite ke kenduri kahwin diorang, ada yang ajak pergi gathering mereka-mereka. Thanks sangat-sangat. Aku akan cuba penuhi harapan korang tu, cuma aku harap jangan ada yang terkilan bila aku tak dapat datang. Yela, as a students. Banyak jugak kos aku nak pergi tu. Harapkan duit pinjaman tu, apela sangat kan. Doakan biasiswa yang aku mohon berjaya.So, inshaAllah, aku akan penuhi harapan korang selagi aku terdaya. Pada yang mintak tips dan petunjuk tu, aku pun akan cuba tolong mana yang mampu. Jangan segan-segan lak.
5. Dapat penulis jemputan daripada blogger lain.
Rezeki ketiga, ada gak seorang blogger yang berpangkat akak pada aku yang sudi nak share penulisan dia kat belog cap ayam ni. Syukran kak. Actually, dia nak aku sharekan entry yang dia tulis di belog ni tanpa perlu kreditkan ke belog dia. Aku rasa sangat berbesar hati sebab dia sudi nak buat macam tu. Entry tu lepas ni, aku akan update. Pada sesiapa yang berminat nak tulis apa-apa kat belog ni, aku alu-alukan. Tak kisahla korang blogger atau sesiapa pun. Just emel kat aku. InshaAllah, kalau bagus, aku akan publishkan kat belog ni dan buat backlink ke blog or facebook korang. ^^
Last but not least, Segmen "Jom join bloglist bersama terompahcaring" masih terbuka luas. Setakat ni hampir 30 orang yang dah join. Thanks-thanks. Aku akan update yang terbaru nanti. So, pada sesiapa yang nak erakan ukhuwah sesama blogger bolehlah join lagi ! Apa-apa hal, toksah malu-malu nak tanyi den okeh ?
Chow !
P/S : Rasa makin 'sedap' lak berblogging ni. Walla~
amboii. femes rupanya kawan sekolah rendah aku nih. cehcehh
ReplyDeletetahniah bro....
ReplyDeleteusaha kuat selama ni dah berbaloi la kiranya. menikmati kemanisan lps susah payah :)
ReplyDeleteMemang rezeki melimpah ruah la tu..gudluck untuk exam ye..hehe
ReplyDeletefly higher
rezeki , syukur la kan :) hehe btw , all da best utk exam !
ReplyDeletegood luck exam..
ReplyDeletemgu dpan aku pun stat exam..(^,^)
wah bz2..
ReplyDeletebtw gud luck for final too :)
good luck exam wan!! dh lme xcntct.. tke cre okay.. :)
ReplyDeletehaha.mase cuti baru bes blogging
ReplyDeleteBAB NUFFNANG TU BEST.BOLEHLAH SEDEKAH SIKIT KAT SINI LEPAS DAH CASH OUT XD
ReplyDeletegud for final exam yer :)
ReplyDeletedr budak uthm gak.. hehe