Salam readers,
(Warning ! Entry ini agak panjang dan membosankan bagi orang yang tak berminat dengan isu-isu agama,)
Tarian poco-poco. Ehem, pernah dengar ? Pernah tak korang terlibat dengan tarian poco-poco ? Selalunya tarian ini ditarikan sewaktu adanya majlis-majlis besar-besar yang melibatkan ramai orang. Contoh, konsert muzik atau program-program yang melibatkan orang-orang rasmi. Tarian ini memerlukan beberapa step dan ditarikan secara serentak dan bersama-sama.
Em. Okeh-okeh. Jangan pandang aku semacam. Aku mengaku aku pernah terlibat dengan tarian ni semasa aku mengikuti program PLKN dulu. Tak silap lepas SPM tahun 2008. Baru-baru ni, mesyuarat fatwa negeri perak memutuskan bahawa tarian ini diharamkan.
(JANGAN PERCAYA APA AKU TULIS BULAT-BULAT, SILA RUJUK DENGA PARA ULAMA DAN USTAZ YANG LAIN)
(Warning ! Entry ini agak panjang dan membosankan bagi orang yang tak berminat dengan isu-isu agama,)
Tarian poco-poco. Ehem, pernah dengar ? Pernah tak korang terlibat dengan tarian poco-poco ? Selalunya tarian ini ditarikan sewaktu adanya majlis-majlis besar-besar yang melibatkan ramai orang. Contoh, konsert muzik atau program-program yang melibatkan orang-orang rasmi. Tarian ini memerlukan beberapa step dan ditarikan secara serentak dan bersama-sama.
Em. Okeh-okeh. Jangan pandang aku semacam. Aku mengaku aku pernah terlibat dengan tarian ni semasa aku mengikuti program PLKN dulu. Tak silap lepas SPM tahun 2008. Baru-baru ni, mesyuarat fatwa negeri perak memutuskan bahawa tarian ini diharamkan.
(Pendapat dari orang yang tak mahir dalam bidang agama, dan bukan mufti, tapi sibuk jugak nak bantu orang ramai untuk faham tentang isu ini)
Aku akan bagi 3 pendapat dari orang yang berbeza. Dan korang-korang yang ada akal dan fikiran. Menilai dengan menggunakan kelebihan itu. InshaAllah.
Pertama.
Mesyuarat mufti Perak.
Mesyuarat menjatuhkan hukum haram sebab dipercayai tarian ini mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama kristian dan pemujaan roh. Selain itu, tarian ini diharamkan atas sebab kaum wanita mepertontonkan bentuk badan bentuk badan mereka yang sepatutnya dilakukan kepada suami mereka sendiri. Malah, tarian ini juga haram apabila ia dilakukan secara bercampur antara lelaki dan perempuan.
Kedua.
Bekas Mufti Perlis. Dr Asri Zainul Abidin.
Beliau mengemukakan pendapat yang berbeza dengan apa yang diputuskan oleh mesyuarat mufti perak. Beliau juga menyatakan bahawa tarian ini tidak sepatutnya diharamkan kerana tiada dalil yang jelas dan kukuh untuk membuktikan perkara ini. Tarian ini sepatutnya boleh dilakukan selagi ia tidak lari daripada niat untuk tujuan bersenam. Sekiranya tarian ini diharamkan, kita juga sepatutnya mengharamkan perkara-perkara lain seperti Taekwando, Taichi dan sebagainya kerana ia juga berkaitan dengan agama.
Beliau bagaimanapun menyatakan rasa hormat beliau pada mufti perak atas pengharaman tersebut dan cuma memberikan pandangan beliau tersendiri.
Ketiga.
Gabungan pendapat daripada pertanyaan ustaz dan penceramah bertauliah.
Setiap fakta yang dikeluarkan, mesti akan ada wujud pro dan kontra. Memang fitrah benda ini. Contoh, kalau korang nampak seorang minah tu cantik, mesti akan ada yang lagi cantik, dan ada yang lagi cantik, dan ada yang lagi cantik.
Stop !
Macam itu jugak dengan pendapat. Sekiranya pendapat itu benar, mesti akan ada yang lebih benar. Atau ada satu yang benar, satu salah. Dan mungkin satu salah, dan satu lagi salah.
Kalau kita tengok pendapat dan fatwa daripada mufti dan bekas mufti. Dua-dua mempunyai matlamat yang sama untuk kebaikan umat islam. First, mufti perak menfatwakan haram kerana takut akidah umat islam akan terpesong sekaligus menyebabkan kita melakukan syirik kepada Allah. Lagipun kalau kita tengok zaman sekarang. Kebanyakkan orang yang melakukan tarian poco-poco ini adalah golongan wanita yang berumur. Setuju? Timbul isu apabila, golongan ini mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga dan lebih mengutamakan kelas-kelas senaman poco-poco ni.
Hari ini, tarian ini dilakukan dengan mencampurkan antara golongan lelaki dan perempuan. Bila bab bersenam, perempuan lebih cenderung memakai pakaian yang ketat dan padat. Kalau aku lah yang duduk belakang perempuan tadi, apa yang aku akan buat ?
Tepuk dada, tanya nafsu.
Tapi. Adakah salah sekiranya tujuan tarian tadi adalah untuk tujuan kesihatan ? Imam Ghazali menyatakan bahawa hiburan ini termasuk dalam apa yand diistilahkan sebagai Al-lahwu dan adalah harus bagi umat islam untuk berhibur dengan syarat tak berlebih-lebihan.
Meh, aku kutip info ni daripada blog Ustaz Nor Amin.
Hukum tarian dalam Islam menurut pendapat Dr. Yusuf Qoradhawi dalam kitabnya yang bernama Fatwa Muasarah :
- Tidak bertentangan dengan adab Islam dan ajarannya. Tarian yang menamppakkan aurat, yang membawa kepada kelalaian, adanya ikhtilat jelas keharamannya. Karena bertentangan dengan perintah Allah Swt.
- Memperhatikan bentuk tariannya. Tarian yang membangkitkan syahwat juga dilarang dalam Islam.
- Tidak boleh mengiringinya dengan sesuatu yang haram. Seperti meminum khamar, memperlihatkan aurat, memanggil jin dll. Apabila sudah dicampur dengan sesuatu yang haram maka tarian itupun jadi haram.
- Tidak melampaui batas dan berlebih-lebihan. Segala yang melampaui batas dan berlebih-lebihan dilarang didalam Islam.
- Berkenaan dengan yang melihat dan mendengarkan. Setiap orang yang melihat tarian ataupun mendengarkan lagu-lagu sehingga membangkitkan syahwatnya, menimbulkan fitnah dan menghilangkan akal sehat wajib dijauhinya.
Garis panduan tarian yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang bertarikh 14 Januari 2009 seperti berikut :
- Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
- Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.
- Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
- Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.
- Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.
Sekiranya tarian poco-poco dilakukan secara bersendirian, atau dalam satu komuniti tertutup dan dilakukan oleh orang yang sama jantina dengan niat untuk menjaga kesihatan. Adakah ia salah ? Setahu aku, tarian ini tak ada pun unsur-unsur kristian. Mungkin ada dari segi pergerakannya berbentuk salib. Tapi, aku ada terbaca yang pedang orang islam zaman dahulu juga berbentuk salib. Dan kalau kita tengok tentnag isu lain, selipar croc juga menyerupai kalimah Allah. Betul ? Adakah kita perlu ambil faktor ni sebagai satu isu ? Tak perlu.
Last but not least, sebagai seorang yang tak layak dan tak berhak menentukan hukum. Apa yang mampu aku buat adalah menunggu mussyawarah antara ahli mufti kebangsaan. Dan bila masa tu dah keluar hukum yang betul-betul, aku syorkan korang buang semua pendapat korang dan berpegang teguh pada hukum tersebut.
Hari ini, ramai orang rasa diri dia lagi layak menentukan hukum, sebab itu, banyak perkara buruk yang berlaku.
(JANGAN PERCAYA APA AKU TULIS BULAT-BULAT, SILA RUJUK DENGA PARA ULAMA DAN USTAZ YANG LAIN)
P/S : Kalau mufti Johor yang keluarkan, aku sebagai rakyat Johor, akan terus ikut tanpa banyaj soal.
P/S 2 : Aku macam sokong haram sebab selalu nampak makcik-makcik yang dah berumur dengan baju dan seluar ketat depa syok menari-nari tanpa segan silu. Walla~
biaselah setiap orang ada pegangan sendiri..dan itu yang membezakannya pada c.z selagi tak mendatangkan kemudaratan kepada manusia dan juga dosa....boleh diaplikasikan cuma perlu berlandaskan ajaran Islam
ReplyDeletejom baca
.:Mana Lebih Penting...Follower Ramai Atau Pembaca Setia:.
pernah buat time matrik je dulu.
ReplyDeletelama gila dah.
terkejut jugak tetiba je di haramkan kan.
hmm.
Ada sebab2 pengharamannya di Perak... mungkin di negeri-negeri lain tidak diharamkan... Setiap mufti yang mengeluarkannya juga mungkin mengambil pendekatan berbeza di antara mereka... banyak perkara yang berbeza mengikut mufti negeri-negeri... igt lagi yg EQS ke apa yg diharamkan di Kuala Lumpur... poco-poco di Perak pula... Tapi sebaiknya, mufti-mutfi pun perlu juga berbincang... kalau dapat elak rakyat menjadi keliru dalam hal-hal ini...
ReplyDeleteSedikit pandangan daripada Minda Insan. Terima kasih.
banyak lagi senaman lain yg lebih 'halal' dan menyihatkan..tepuk dada tanya iman.. :)
ReplyDeletepenah jugak juin poco-poco time skola2 dulu..lama dah...
ReplyDeleteada sebab kenapa ada isu begini...terpulang lah pada diri sendiri mana jalan yang nak ambil... yang penting niat kita tu..