Monday, 25 April 2011

Gunalah otak bila nak menulis blog ?


Salam readers,

Entry pertama dalam minggu exam. Sebenarnya aku dah malas nak sentuh isu blogging ni untuk masa sekarang, tapi bila tengok member-member lain asyik update je. Nak atau taknak, rasa terpanggil lak untuk update gak. Ceit, member-member memang sangat mempengaruhi.

Okeh-okeh, aku taknak bebel panjang-panjang sebab nak jimatkan masa untuk study ni. Nanti tak terusik lak buku-buku lain. Jom usha ape bebelan aku kali ni.

************

Bila aku buka topik, ramai yang mengatakan bila menjadi seorang blogger memerlukan hanya otak kanan sahaja. Sebabnya diorang dah terbiasa dengar otak kanan adalah untuk membaca dan otak kiri digunakan bagi orang-orang yang suka mengira. Betul ?


Bagi pendapat aku sebenarnya,menjadi seorang blogger, apabila korang menulis entry, ia membuatkan kedua-dua otak korang terangsang secara tidak langsung. Buktinya ? Meh den kobar kat hangpa semua.

Pertamanya, apabila korang menulis sesebuah entry yang berkaitan dengan masa sekarang dan lepas, ini menunjukkan yang korang sedang menggunakan otak kiri. Sebab otak kiri memang digunakan untuk mengingati peristiwa yang sedang dan telah berlaku. Tapi apabila entry yang ditulis itu melibatkan emosi yang sedang berlaku, maka secara automatik otak kanan akan memainkan peranan. Tengoklah blogger-blogger yang selalu menulis sambil disulam dengan emosi macam marah or sedih, maka ketika itu dia sedang menggunakan otak kanan. Faham ? Tak faham ?

Memang aku tulis nak bagi korang tak faham pun.. Okeh-okeh. Meh aku bagi contoh yang lebih mudah sedikit. Kita ambil secara logik dalam dunia blogging.

Otak kanan digunakan untuk perkara-perkara yang kreatif,  imaginasi, emosi, warna, muzik dan apa sahaja aktiviti blogging yang kreatif. Bila korang start berblogging, korang banyak gunakan otak kanan sebab nak fikir entry apa kena tulis, warna blog macam mana, nak gunakan tempalate macam mana. Bagi yang over kreatif sikit, maka widget-widget bagai yang menarik akan digunakan untuk melawakan lagi blog masing-masing.

Bila otak kiri mula terangsang ? Otak kiri akan terangsang bila korang mula start mengira unique visitor yang masuk blog korang setiap hari. Means korang mula mengira satu persatu orang yang datang melawat blog korang. Secara tak langsung, otak kiri akan mula bergerak. Tapi ! Otak kiri akan lebih terangsang dan aktif apabila korang mula mengira duit-duit nuffnang, adver, churp-churp yang masuk. =='

Masa tu dua-dua otak korang akan lebih bertenaga sebab nak cari idea untuk menulis dan berusaha keras untuk maintainkan traffic daily korang. So, bagi aku dengan berblogging ni, korang secara tak langsung akan menggunakan kedua-dua otak korang sendiri. Cuma. Cuma..

Cuma dengan berblogging ni takkan buat korang sihat, malah mungkin akan buatkan mata korang rabun. Tak boleh nak buat badan korang jadi ketak lapan sebab ia akan makin buat badan korang turun berat sedikit sebab korang akan lupa masa makan korang. Kan ? Apa pun tak rugi sebenarnya berblogging. Sebab korang akan aktifkan balik kedua-dua otak korang dengan sendirinya. Last but not least, semua benda ada pro dan kontrra, tinggal kita je nak fikir.

Chow~

P/S : Aku lebih kerap guna otak kanan, sebab tu math susah nak skor. Im sorry ! Walla~


21 comments:

  1. samalah kita. miza lebih kepada otak sebelah kanan. math memang ... tak suka math and sebarang subjek melibatkan kira-kira. hehe

    ReplyDelete
  2. ouh mcm tu ke ? otak kiri sy langsung x berfungsi hahha =.="

    ReplyDelete
  3. tu laa..aku pon selalu guna otak kanan..klo math modern ok..tapi klo calculus kene perah otak lebih banyak laa..huhu

    ReplyDelete
  4. menggunakan otak kiri
    hehehe
    :D

    ReplyDelete
  5. hikhikhik...sy pun suka guna otak kanan..bila TER guna otak kiri rasa SAKIT dua macam aje...eheheh sebab tu aku tak pandai math(sebb cikgu kata aku bodoh)

    ReplyDelete
  6. nice entry! suke2! :) thanks 4 sharing!

    ReplyDelete
  7. dua2 belah pon prnah pkai.. tp slaluny klau marah or sedih mmng xbuat entri sbb xd org nk tau ksdihan kite pon..

    jemput singgah ANASAURUS :)

    ReplyDelete
  8. hahah paham paham,
    sama beb.iqa pun lebih kpd otak kanan.
    sebab tu math faillll -.-
    seni melonjak2 markah.bahaha.
    apa pun,blogging mmg xsemua
    dpt buat dgn baik.
    kau ada idea,kau leh tarik visitor.
    kau diam,kau kalah saja. ;p

    ReplyDelete
  9. suka both.. math suka art pn suka !.. hihi

    ReplyDelete
  10. otak kiri saya lebih cergas dan cerdas dari otak kanan....LOL (nak cakap tere math la tu...sile jangan nyampah ye)

    ReplyDelete
  11. er...kedua belah otakku dah semakin konfius...adeyh,, =,=

    ReplyDelete
  12. nak guna medulum oblongata jek...erk..

    bagus lah berblogging ni, aktifkan kedua-dua bahagian otak..nice info!

    ReplyDelete
  13. oooooooooooooooooooooo..
    baru tahuuuuuuuuuuuu.. hahaa

    mybe guna kiri+kanan+tengah kot . keh3 :)

    nwy . nice entry .

    ReplyDelete
  14. masa kita bc blog org pun, 2 belah otak kita digunakan..

    unless org tu tak baca..

    haha

    ReplyDelete
  15. bagusnye maklumat ni :)

    Miss Dill^^

    ReplyDelete
  16. aku gune due due lahh. more to left brain kott. tp right pun lebih kurang jgk. so balance lahh. hehe XD

    ReplyDelete
  17. huwaa..aku tatau aku otak cmne. tp percayalah aku lebih rela masuk klas stat, algebra segala bagai dari masuk klas law. bosan dowh. dengar lecturer cite ok. bab nak jwb exam tu problem.

    ReplyDelete
  18. n gudluck 4 ur exam. aku pun tgh musim exam.

    :)

    ReplyDelete
  19. kalau menulis tak gune otak lain plak jadik nyer..hehehe..^^'

    ReplyDelete
  20. aku ske dgn p/s ko.. sebijik dgn aku.. wakaka :P

    ReplyDelete