Friday, 1 April 2011

Kenapa perempuan suka tengok drama korea ?


Salam readers,

Hari yang indah. Ops, hari ni aku bangun agak lewat sikit. Dua faktor yang menyebabkan aku bangun agak lewat. Pertama, aku main futsal sampai lewat pagi. Dan kedua, gara-gara cik awek nak test aku leh bangun subuh sendiri ke tak. So, dia dengan slumber tak kejut aku macam hari-hari biasa. Nasib baik aku sedar waktu subuh. Lepas solat, sedar-sedar dah pukul 10. terus mesej cik awek, dan dia bagitahu sambil letak icon smile yang dia memang mengaku nak test aku

Dia dah pandai bergurau manja sekarang. =,='

Borak-borak punya borak. Dari kisah malam tadi sampai pagi ni. Maka, aku cuba tanya pendapat beliau tentang filem dan drama korea. dan aku tengok reaksi dia sangat teruja. Biasalah. Perempuan kalau cakap bab-bab berkaitan dengan korea ni, mana ada yang tak teruja. Kan?

Normal juga bagi seorang perempuan untuk menjerit 'waaaaaahhhhhhh''

Selepas beberapa minit berborak, maka aku berani untuk buat beberapa point yang menyatakan sebab kenapa dan mengapa kaum wanita ni lebih suka tengok drama korea berbanding drama melayu. Ini pendapat cik awek dan ditambah oleh cik awok. He he.

1. Typical point - Hero dia hensem, kacak dan bergaya.

Seriyesly, ramai gadis-gadis malaysia. Bila bagi satu example tentang kekacakan seorang lelaki, of course dia akan cakap, "mesti depa hensem macam mamat korea. Macam Kim bum, macam Goo jun pyo. Walaupun dalam Malaysia ni ramai lelaki yang kacak, macam fahrin Ahmad atau Farid Kamil. jarang orang akan kata "mesti depa hensem macam fahrin ahmad " jarang sekali. Lagi satu, daripada pemerhatian aku, kebanyakkan kawan-kawan perempuan aku kat facebook. akan menggunakan profile pic diorang dengan lelaki kacak korea. Konon-kononya akan tu gambar pakwe diorang lah.

Ish =.=' Pening-pening.


2. Pemandangan yang menarik.

Kalau korang diberi pilihan untuk ke Korea. adakah korang nak menolak ? Kalau aku ! Confirm aku tak sombong nak tolak. Sebabnya, kat Korea diorang cukup teliti dalam bab-bab menjaga kawasan persekitaran. Paling aku nak tengok adalah pertukaran 4 musim diorang. Sebab itu, filem-filem diorang nampak menarik dan seronok untuk kita tengok.

Sampai ada orang kata, kalau tengok cerita korea, seolah-olah dia pun jadi satu watak dalam cerita tu. Betul feeling habis ni. =.='

3. Jalan cerita yang tak klise.

Kebanyakan cerita korea memang mempunyai jalan cerita yang berbeza. Kebanyakkan drama melayu, bila masuk beberapa minit terakhir, korang akan tahu dah endingnya macam mana. Kan ? Berbeza dengan drama korea, kadang-kadang korang expect happy ending, at last jadi sad ending. Kadang-kadang terbalik pulak, dan kadang-kadang, ending tu diluar jangkaan. Hu hu. Apa yang aku tertarik dengan cerita korea adalah bila masuk drama-drama yang melibatkan cinta dan kasih sayang, mesti hero dan heroin dia akan menempuh satu dugaan yang sangat-sangat teruk. Sampai korang akan rasa cinta diorang tu betul-betul cinta sejati. Tiba-tiba, air mata mengalir.

Suci betul cinta diorang. =.='

4. Mendapat rating tertinggi di Asia tenggara.

Drama korea kebanyakkanya memang diminati oleh semua orang. Tak percaya? Dalam asia tenggara, drama-drama ni mendapat vote paling tinggi sehinggakan seni lakon ni merupakan antara salah satu pendapatan utama untuk negara Korea. Hebat kan? Thats why, korang tak menyempat-nyempat nak tengok semua drama or filem. Sebab terlalu banyak sangat filem yang korang boleh tengok sampai termuntah-muntah nanti.

Fenomena-fenomena. Apa pun, aku nak tegaskan yang budaya orang Malaysia jauh berbeza dengan budaya Korea. Kat sana, diorang boleh pakai sut semart-semart sebab diorang punya cuaca yang tak panas. Pakai kot, pakai berlapis-lapis. Thats why, korang nampak semart. Kat Malaysia ? Boleh jek, tapi bila naik bus, memang berbau harum lah korang dek peluh yang melimpah-limpah.

Lagi satu, kat Malaysia, kalau ada mamat melayu yang muka macam korea. Orang akan kata dia pondan, muka jambu sangat, gay lah. Kan? Budaya tu membezakan pendapat masing-masing.

Last but not least, ni pendapat aku dan cik awek. Apa kata korang bagi pendapat korang.
Terompah is caring kan? He he.

Photobucket

First drama korea tengok tengok ! ^^

P/S : Aku ni kaki Korea gak. Tambah ade cik awek dan cik adek serta cik emak yang layan Korea. Walla~

19 comments:

  1. aku tak layan sangat.
    BOF tu 1st drama korea yg aku layan
    pastu tak dah
    hahahaha

    ReplyDelete
  2. 1st point tu agak betul jugak la.. walaupun best utk dilayan, tapi jgn ada yg tiru gaya dorang plak. nak2 laki kat korea tu berpakaian mengalahkan orang permpuan. kdng2 konpius jugak, yg mna 1 laki, yg mana 1 permpuan. hehehe

    apa2 pun, drama korea tetap best utk dilayan!

    ReplyDelete
  3. korean guy cumil..hehe..
    dyorg nye style mmg hot..
    tp jejaka melayu still plihan nom 1 la...hehe..=)

    ReplyDelete
  4. aku korea lebih kepada music la . mcm cnblue,ft island, tp kalau artis2 korea yang macam gay tu paling aku menyampah .

    ReplyDelete
  5. cite korea ni x ganas..sbb tu i suker..hehe.hero x yah ckp la mmg hensem gile..tergoda i..hehe

    ReplyDelete
  6. sume points syafiq tu betol dah. biase la perempuan suka cuci mata tengok yg comel2 neh sampai ada yang cari pakwe pun nak mcm korea =,='

    ReplyDelete
  7. haha. semua point tuh sangat tepat. tp kalau aku aku suka jalan cerita dye. un ik dan tak berbelit-belit mcm cite indon yang beratus-ratus episod. haiyaa~ tgk my girl pulak ye lepas neh ? haha

    ReplyDelete
  8. sgt setuju ngn pendapat cik awek dan cik awok.. haha

    drama kroea mmg terbaik lah !!

    feeling tu yg pnting..
    kdg2 1 kotak tisu xckop dok lap air mata tgk drama korea ! haha

    ReplyDelete
  9. yes....saya suka korea...semua pasal korea saya layan..lagu dia ke, movie dia ke..semua saya terjah!korea mmg best!

    lagi 1...body lelaki korea lawa sbnrnye..2 point penting saya suka tgk lelaki korea..lalalallaa :P

    ReplyDelete
  10. sukee tgok ikot time je korea ni. bkn forever korea. ngaaaaa~
    yg best nye kn asal cite korea je ble time scene makan2 megi pon buat org meleleh. xphm btol la.=.=

    ReplyDelete
  11. klo no. 1 tu mgkin betul pada premuan lain. tp saya bukan minat korea sbb lelaki korea hensem. sy bukan jenis yg senang mnat lelaki. hehe. saya pun tak berapa layan korean drama mnt muzik korea je. drama layan jgk la sikit2.

    ReplyDelete
  12. hahakk...memang x bley nak nafikan yg perempuan kalu tengok cite korea..mesti tngok hero dlu...hensem laa katakan....huhu...anna pun kadang2 tergoda gakk...heeeeee

    ReplyDelete
  13. layan cite korea..:)
    ending best je..tak de frust2..kelakar pun ye..hehe

    ReplyDelete
  14. layan gak k pop nie.. diorang memang ensem n cantik2.. tp semua plastik.. hehehe

    ReplyDelete
  15. aku suka tgk citer korea..awek dorg cute sngt2..luv it!!..hehe

    ReplyDelete
  16. pewwiittt suka juga tgk cita korea . sbb dilahirkan dikorea =,=" pengsan!

    ReplyDelete
  17. sbb sje nak wat diri nanges then pastu angau ngan hero nyer..haha

    ReplyDelete
  18. hehe..sy suke tgk cite korea...
    (angkat tangan...)

    ReplyDelete
  19. memang setuju beratus-ratus-peratus la..hehehehe~ citer korea ngn jepun dulu kini dan selamanya...hehehe~ sebab kalo korea dia banyak feeling.. jadik kite ley la gunakan tuk tunjukkan kasih sayang pada org yg kita syg tu..but masih lagi ikut adab kita sbg org melayu.. kalo movie jepun ni, usually dieorg ni banyak yg kelakar.. mcm my boss my hero tak silap.. nodame cantabile , hana kimi... tp tiap ceritanya ada pengajaran yg disampaikan..sekian! apa pun, segalanya atas diri sendiri kan.

    ReplyDelete