Salam readers,
Dalam hidup ni, tak semua orang akan suka dengan korang. Ops, sama dengan aku juga, Kalaulah korang buat survey secara personal, daripada 100 responden, mesti akan sangkut satu dua yang tak suka dengan korang. Seriyesly akan begitu. Contohnya aku berblogging, tak semua kawan aku yang suka. Ada yang dok kutuk terang-terang, dan mungkin ada yang kutuk belakang-belakang kan. Who knows ?
So, apa yang korang boleh buat depa ni semua adalah diam. Dan suka untuk aku cakap, adakah kutukan itu sebenarnya melemahkan korang untuk membuat sesuatu, atau dia bagi korang perangsang untuk terus maju ? Kalau korang bercakap dengan orang-orang alim, selalunya diorang akan suka bercakap macam ni. "Kami tak sukakan pujian, kerana pujian itu hanya membuatkan kami menjadi lalai". Pernah tak ? Aku selalu dengar macam tu.
Tapi, aku bukan orang alim pun..
Bagi aku, sebagai umat akhir zaman yang minat nak berblogging, aku suka dikutuk gak. Yup, tapi takder lah sampai aku taknak dipuji. Bohong je orang-orang yang suka dikutuk tapi tak suka dirinya dipuji kecuali dia memang alim tahap gaban.
Seingat aku,awal tahun 2008, masa aku baru buat blog, ramai yang dok datang blog aku, kutuk, kata gaya penulisan ke laut, entry merapu, template macam bagus. Masa tu, aku tak kenal lagi mana-mana blogger macam sekarang. Dengan sorang-sorang nak survive, agak-agak korang, apa aku rasa masa tu? Kalau ikutkan hati, memang nak cari button delete dan terus delete blog cap ayam ni. Tapi, bila fikir-fikir balik, takkanlah aku nak hancurkan benda yang aku dah usahakan dari awal.
Atas sebab itu, aku cuba buat balik blog ni perlahan-lahan. Dari bawah sampai sekarang. Sekarang, terompahcaring bolehlah dikatakan ada yang kenal. =.=' Dah mula perasan bagus.
Sama jugak dengan korang, bila ada orang datang pertikaikan benda betul yang korang buat. Just diam dan cuba cari balik benda yang positif daripada kutukan tu. Kebiasaanya,orang akan marah bila dikutuk. Aku pun macam tu gak. Tapi, apa kata kita muhasabah diri sama-sama.
Bila korang dikutuk, maknanya ada benda dalam diri kita yang masih tak mampu puaskan hati orang. Kadang-kadang akan ada wujud dalam diri kita sifat perasan bagus. Contoh, korang rasa blog koranglah paling bagus. Koranglah otai dalam dunia blogger. Koranglah yang bantu ramai blogger baru. Tapi korang tak sedar yang korang sebenarnya dikenali kerana korang hanya diperalatkan. Sekadar tempat untuk blogger-blogger baru menempek link, or sekadar tempat blogger baru untuk upkan traffic diorang.
Okeh?
Bila dikutuk, mula korang melenting, Keluar hujah tu, keluar fatwa ni. Padahal korang tak sedar yang korang sedang ada perasaan perasan bagus. Tak boleh nak terima pendapat orang.
Realitinya dalam kehidupan normal, ramai orang macam ni. Perasan bagus. Muka hensem, kawan ramai, rasa dialah paling berkuasa. Rasa dialah paling hebat. Muka kacak, tinggi lampai, badan ketak-ketak, dialah paling bagus. Tak boleh orang tegur sikit, ada je yang dipertikaikan. Mentaliti orang kita zaman sekarang kebanyakan macam ni.
Aku tak kata pujian tu negatif. Pujian tu pun perlu ada, untuk korang makin bertambah semangat. Tapi ! Bial terlalu banyak sangat pujian, bila terlalu over sangat pujian. Maka, korang akan dapat penyakit tadi. Perasan bagus !! Sebab korang tak nampak kesalahan dan kekurangan korang.
So, pleasee..
Kita sama-sama muhasabah diri masing-masing. Perlukah pujian diutamakan? atau kutukan didahulukan?
Chow~
P/S : Kalau dapat pujian tapi pujian tak ikhlas, usahlah nak bangga sangat. Hati orang, siapa tahu kan? Walla~
bukan ko buat blog 2009 ke? haha
ReplyDeletesemuanya berbalik kpd diri sendiri jugakk :) mcm mna nak terima situasi pujian utk berduka, kutukan utk senyuman :)
ReplyDeletekalau kita kene kutuk, bkn bmkna kite la manusia paling teruk dalam dunia ni. Maybe, kite kutuk ada sebabnya. (tp slalu kalau dunia blog ni, yg kene kutuknya sebab satu point je, orang DENGKI. pendengki tuh x de apa yang kita ada)
ReplyDeleteIgnore je la bnda2 negative, benda2 n kutukan yg boleh mmbina, kite amik as postive :)
peace! ^^
betul tuh.. kejayaan bukan datang bergolek..perlukan masa dan usaha yang keras.. Semoga terus maju berblog..
ReplyDeletewhoaaa !! chiLLax TC..xsemua orang sukee kite..Lame2, TC akan biase =)
ReplyDeletepuji salah. kutuk pun salah . tapi rasa kutuk lagi better utk bagi kita perbaiki diri :)
ReplyDeleteFeel free to visit my blog ♥ ; Belog Yang Sangat Gelimat
tapi sindiran lagi berbisa..haha
ReplyDeletesaye memang kenal TC. haha..
ReplyDeleteemm.. aku belom kene kritik. tapi xtaw la ade yang mengate belakang en..
btw, kutukan dengan pujian dua2 penting.bende ni motivator, jadi penting la kan? ye dop? :)
yes,noona setuju tu.. noona keerap terima kutukan..mybe lebih baik lau dikatakan sebagai kritikan kot.. samapi kdg2 noona rse down,sdih sgt,sbb noona jdi sasaran.. padahal noona blogger baru.. ade jgk rse mls nk tulis entry lgi.. kecewa la katakan.. tapi bila noona dha muhasabah dri,bru noona fhm,kritikan tu membantu noona.. thnaks bgi yg byk mbntu noona tu.. thanks jgk sbb bt entry tntg nih..gud job!
ReplyDeleteouch hurts! susah bila dah selalu kena puji then bila tiba-tiba kena kutuk akan melenting. yg selalu kena kutuk bila sekali dipuji akan jd kinda inspiring for them la. walau apa pun kena seimbangkan kutukan dan pujian. >.<
ReplyDeletethink positive !! ganbatte :)
ReplyDeletelagipun, kita sendiri pon tak sempurna. sedangkan Rasulullah pon dibenci, apatah lagi kita manusia biasa.
ReplyDeleteHaa, kan dah ceramah. hehehe
btw,nice entry :D
ALHAMDULILLAH SO FAR TADA.TAPI PASNI CONFIRM ADA.WOO T_T
ReplyDelete