Wednesday, 6 April 2011

Terompahcaring, Bro Framestone, Mel Romeo dan UTHM Blogger !


Salam readers,

First of all, aku ingin ucapkan ribu riban thanks kepada Bro Framestone dan Mel Romeo atas kesudian diorang menjayakan seminar buat julung kalinya kepada Blogger-blogger Uthm sempena Karnival kerjaya yang dianjurkan oleh Kelab Kaunseling. Yeayh. Anda berdua memang sangat-sangat terbaik ! Ini first time aku handle majlis, so agak kelam kabut sikit. So, untuk kesempatan ni juga, aku minta maaf pada penceramah dan semua peserta. Sebab ada beberapa masalah-masalah teknikal yang tak dapat dielakkan last minute.

Apa-apa pun korang memang terbaik !
Sebab mampu buat aku jadi seorang yang bajet pemalu. =.='

Macam biasa. Dalam mana-mana seminar pun, mesti akan ada tajuk depa tersendiri. Untuk seminar ni, kami cuba cari satu kelainan dengan mengetengahkan tajuk "Blogger, Untung ke? " First round, Mel romeo beraksi dengan menerangkan satu persatu tentang keistimewaan menjadi seorang blogger. Daripada jenis-jenis blog yang ada dalam dunia blog, sebab korang semua berblogging hingga pada platform-platform yang selalu blogger-blogger gunakan. Memang terbaik !

Rugi korang tak datang. =.='

Second round, microfon diberikan pulak kepada Bro Framestone. Maka, bermulalah aksi beliau. He he. Kali ni, kiteorang diterangkan tentang perniagaan dan duit yang boleh dijana daripada blog itu sendiri. Kiranya banyak jugak selain nuffnang dan heartbeart. Aku tertarik untuk bab menyewakan iklan personal kat blog. Memang ada terfikir nak buat macam tu dulu. Cuma, aku tak yakin yang aku mampu raih ramai penyewa. Blog cap ayam macam ni, agak-agak ada? So, aku tangguhkan dulu niat untuk sewa menyewa. Untuk masani, aku lebih fokus jana duit daripada nuffnang sebab setakat ni tak sia-sia aku setia dengan dia. Hehe. Duit sekarang pun dah nak dekat ratus-ratus.

Alhamdulillah. Rezeki anak-anak.. ^^

Kesimpulan yang aku dapat dari ceramah dua orang blogger ni, jangan cepat giveup dengan apa yang kita dah usahakan. Paling penting, jangan menulis mengikut emosi dan jangan menulis benda-benda yang salah. Hari ini, ramai blogger baru yang aku nampak cuba cari satu publisiti murahan dengan menulis entry-entry yang membuatkan diorang bertambah musuh, bukan kawan. Ya, memang betul korang boleh raih beribu riban follower dalam masa tak sampai setahun. Tapi, apa kata korang tengok balik penat lelah dan pengalaman blogger-blogger terdahulu kan?

Tak salah kalau kita cuba baca balik sejarah..

Apa-apa pun, aku ucapkan thanks sangat-sangat pada semua blogger yang terlibat tak kira secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ni. Ohya, rasanya aku dah mula kenal sorang-sorang blogger Uthm. He he.  Dah-dah, jom layan gambar ~

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Uthm Blogger formal.

Photobucket

Uthm Blogger candid !

Iqbal hakimi - Aku rasa ramai yang kenal dia ni. sikit punya hebat kot.
Pezol stylez - Hari ni, baru aku berpeluang jumpa dia. Dia pun sangat hebat !
Salem aziz - Aku selalu dengar nama dia, cuma hari baru nampak muka. :)
Haikal blank - Bagi korang yang suka dengan gaya penulisan yang style, boleh usha belog dia. ^^
Zulsyamin - Antara blogger UThm yang dah pakai domain. Hebat kan?
Khairul Azkar - Blogger photography yang mantap. Dengarnya dunia photography, dia sangat hebat ! He he. Credit untuk dia pasal gambar-gambar ni.


P/S : Aku macam nak buat proposal untuk wujudkan Kelab Blogger lak kat UTHM ni. Tak apa, pelan-pelan kayuh kata orang. Walla~

10 comments:

  1. yeah...lepas ni kita aktifkan lagi..blogger2 ni..

    ReplyDelete
  2. nice bro..haha
    aku suka proposal kelab blogger UTHM tuh. syle! :D

    ReplyDelete
  3. haha hangguklah kau punya style..kah3...aku punye blog xstyle mana. xde follower ribuanita bagai macam kau! hahaha
    tapi tadi memang syok gak r dgr seminar tadi. hepi kot...:D

    ReplyDelete
  4. buat je proposal tu aku setuju sangat!

    ReplyDelete
  5. betul..ko try la wat proposal tuk kelab blogger uthmm...mesti byk yg join....;p

    ReplyDelete
  6. nk softcopy pic ni...boley..haha

    ReplyDelete
  7. wooo,ramainye yg join!jeles2.hu3

    ReplyDelete
  8. owh,,bagusnye
    siap ada event utk blogger uthm

    *jap, belum explore.

    ReplyDelete
  9. blog dah mantap~tukar domain lah =)

    http://www.dunialandax.com

    ReplyDelete