Tuesday, 14 June 2011

Pertama kali aku tengok wayang.


Salam readers,

Teringat pulak zaman aku pertama kali kenal apa itu wayang. Tak silap aku sekitar tahun 2000 an. Masa aku form two. Al-maklum, budak asrama. Kalau waktu hujung minggu tu, mesti akan ada tiga kategori jenis budak yang mendominasikan hari-hari minggu ni. Budak pertama tak lain tak bukan adalah kaegori yang kaki balik rumah. Pantang hujung minggu je, mesti nak balik rumah. Kebiasaanya adalah budak-budak perempuan. Bila ditanya, jawabnya homesick. Padahal rumah sebelah sekolah je. Tiap-tiap petang, mak ngan ayah depa datang tengok siap bawak makanan lagi. Aku tak paham betoilah.

Kategori kedua adalah budak-budak yang kaki belajar. Diorang ni pagi-pagi lagi dah bangun dah. Pergi basuh baju. Ish, aku tak masuk dalam kategori ni. Sebab aku upah budak form bawah yang basuhkan atau coutim ngan makcik dobi untuk basuhkan baju aku. Kadang-kadang bila baju banyak samapi terkeluar bakul, aku pandai ajak makcik tu boak-borak. Nak ambil hati katanya. So, dari isu asrama, sampai isu semasa pun aku borakkan. Last sekali, aku akan akhirkan perbualan dengan.

"Makcik, saya pergi dulu ea. Kejap lagi nak sambung belajar" dengan buat muka suci.

Makcik tu tak bodoh, dan dia da masak dengan perangai aku. Lastly, dia akan jawab,

"Aik dah tak ada topik nak bincangkan lagi ke ? " sambil tersenyum.

"Hehe, takder makcik.." terus blah dari situ.

Ha, kategori ketiga ni confirm kategori aku and the gang. Pagi-pagi lagi dah bangun dah. Tapi bukan nak study or basuh baju bagai. Kiteorang lanyak main futsal sampai pukul sepuluh pagi, bila dah habis main tu, ramai-ramai pergi lepak kat dewan makan dengan badan berpeluh-peluh. Seksi gila rasa macam tu. Fuh, rasa macam heaven je kalau hari itu namanya sabtu dan ahad. Apa kata filem P.Ramlee tu.

"Dunia ini ana yang punya"

Lepas habis, masing-masing akan buat hal sendiri. ada yang sambung tidur balik, ada yang lepak bawah kipas nak sejukkan badan. Kalau ada kesedaran yang tinggi sikit, akan mandi dan bukak buku untuk study. Oleh sebab kesedaran aku terlalu tinggi, aku pun akan mandi jugak, tapi dalam kepala hotak aku awal-awal lagi dah set. Wayang !
*************

Seingat aku filem pertama aku tengok adalah filem Rock. Lakonan Hasnul Rahmat, Que Haidar dan Khir Rahman dan filem ni antara filem terawal arahan Mamat Khalid.


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Kalau korang tengok balik filem ni, memang nosalgia tu. Zaman-zaman imej rock kapak 80 an dan 90 an. Masa tu aku baru je lahir, takder lah terikut-ikut sangat. Tak silap aku zaman awal 2000 an ni, banyak budak-budak remaja plessing baju hiphop. Yela, zaman tu kan malique and the gang memnonopolikan fesyen. Kalau korang keluar rumah, pergi mana-mana mall pun, mesti akan nampak budak-budak pakai baju besar ngan seluar besar. Kasut pun taknak kalah masing-masing, confirm kasut-kasut katers jadi mangsa. Aku ?

Aku pun tak terkecuali gak. Biasalah, budak-budak lagi. Masa tu, aku pun konfius nak bezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Sampai kalau aku pakai baju besar tu, ada jiran sebelah rumah kata kat mak aku,

"Anak ang tu pakai baju suami ang ke ? "

Dengan slumber mak akan cakap,

"Ala budak-budak, nak berfesyenlah kononnya. Tak padan dengan kecik. "

Aku pun tersenyum je, Karang kalau aku buat backflip depan makcik tu. konfirm dia kata aku kurang hajar. Tu belum aku usha gaya turtle, handstand atau downrock. Konfirm kalau dia tak hambat aku, mak aku yang hambat. Yela,zaman dulu orang-orangnya kan melebihkan budaya.

Balik pada filem rock, oleh sebab aku ni suka mencuba, lepas tonton filem tu, aku nekad untuk pakai seluar bookat. Ala, line-line kecik bawah. Ya, sampai sekarang aku masih pakai lagi, tapi aku kecikkan seluar cotton la, takder pasal aku nak kecikkan seluar jean. Cam kelakar je. Ditambah pulak dengan baju rock metal dan jaket singkat jeans. Punyalah fenomena masa tu. Orang lain dok sibuk pakai baju besar seluar besar, aku lak lawan arus pakai baju ketat seluar kecik.

Bila aku dah dress up camtu, aku ingat ayah aku akan support aku. Yela, anak kesayangan bapakla katakan. Rupanya ayah aku tak suka, habis disuruh aku tanggalkan semua tu. Tapi dia cakap baik-baik, dia ambil semua baju ngan seluar tu, dia simpankan. Dia cakap, dah besar nanti, baru boleh pakai macam tu. Itu pun bila dah kerja dan ada duit sendiri.

Oleh sebab aku kanak-kanak naif dan suci, maka aku bersabar sampai sekarang.

La ni, bila aku dah besar, aku baru perasan. Ceh, badan aku dah tak muat dah dengan seluar dan baju tu. Punyalah naif dulu percaya. Sekarang pun, walaupun dah ada duit, taknak aku pakai macam tu, ditengok jiran-jirang, dikatanya aku buang tebiat. Lagipun, sekarang ayah aku imam kat taman ni. Gila kau kalau aku pakai dressup ala-ala rock, keluar dengan ayah aku yang pakai jubah dan berkopiah serta berserban.

Malu oi muka aku. Biarlah.

Zaman dah berubah. Kih3.

P/S : Zaman sekarang ada ke filem yang fesyen-fesyen ? Aku tak tawulah kalau ramai remaja sekarang cita-cita nak jadi gangster lepas tengok filem KL gangster. Walla~

Wednesday, 8 June 2011

Barang yang lepas jangan dikenang.


Salam readers,

Dulu, aku selalu dengar tentang peribahasa ni. Al-maklumlah orang kampung. Dibesarkan dalam suasana kampung, mana ada ayat-ayat "relaxlah bro" ataupun "benda da lepas bro, nak cakap banyak pun tak guna". Semuanya benda-benda yang lebih mementingkan adab dan budaya. Aku ingat lagi dulu masa kecik-kecik, time hingus meleleh pun disedut masuk mulut. (Sedap rasanya) Nenek selalu cakap bila aku ada terbuat benda-benda yang salah. Contoh macam terpecahkan pinggan or mangkuk ke.

"Dah lepas dah, tak payah nak pikiaq ea."

Lepas tu, nenek terus menyanyikan lagu Allahyarham tan sri P. Ramlee.



Barang yang lepas jangan dikenang
Kalau dikenang tentu menangis OOOO??..
Barang yang lepas jangan dikenang
Kalau dikenang meracunlah diri


Kiranya maksud dia lebih kurang lah dengan peribahasa tersebut. Masa tu aku hanya terkebil-kebil dengar nenek cakap dan cuba menghayati serta mencari kesalahan nyanyian nenek sekiranya ada salah part pitching or vokal. Kiranya cam fahamlah padahal sepatah haram aku tak faham.

La ni, bila dah besar lak.Aku menonton rancangan Maharajalawak. Salah sebuah kumpulan kegemaran aku membuat lawak menggunakan peribahasa tersebut.

"Barang yang lepas jangan dikenang"

Zapp. Tiba-tiba aku teringat pada arwah nenek. Kalaulah maharajalawak ada pada zaman arwah nenek hidup, mesti dia bangga sebab peribahasa pun mampu dijadikan alat untuk membuat lawak. Mesti dia kata

"Kreatif betul anak-anak muda zaman sekarang ni"

Sebut pasal peribahasa ni, kalau dengar sekali imbas je, korang mesti ketawa sebab teringat-ingat lawak Sepah tempoh hari, tapi cuba korang hayati balik maksudnya. Er. aku pun tak ingat sangat maksudnya. Jap, aku cari balik dalam google.

(Sibuk mencari maksud, dah jumpa, tapi tambah cari kat buku adik aku darjah 6 untuk kepastian)

Maksudnya lebih kuranglah. benda yang dah lepas, toksah nak hengat. Ops.. ingat.

Banyak benda dah lepas dalam kehidupan korang dan aku yang sepatutnya dah tak perlu diingat. Contoh aku bagi, masa dulu aku ni buduh tahap gaban. Er, jap-jap. Teruk benor bunyinya.

Tak,tak, Kiranya aku tak pandai sangatlah. Dalam kelas tu, ranking nombor mesti rangenya 30-20.  Tak pernahnya dapat no 1. Padahal aku dah cuba semangat studynya, Entah mana silapnya tak skor-skor jugak. Lepas Spm, dengan result Spm yang tak seberapa, aku lebihkan doa dan solat. Tu petua yang mak aku bagi.

At last,aku dapat masuk matrikulasi. Kat sana baru aku praktikkan peribahasa ni.

"Barang yang lepas jangan dikenang"

Dan Alhamdulillah,dapat gak wat degree kat u. Apa lagi, kenduri tujuh hari tujuh malam kat kampung aku. He he.

Tapi ada satu hari, watu aku mintak hutang dengan member aku. Masa tu memang aku dah kering habis dah. Kalau setkat 20 sen tu cukup-cukup untuk aku beli air Ro water Tu pun siap masukkan kepala je dalam mesin tu sebab aku takder bekas nak tadah.

"Mat, aritu ko pinjam aku duit kan. Sekarang ni ada duit lebih tak, aku nak pinjam baliklah." tanya aku dengan nada berkias. Kata orang melayu.

"Ouh, boleh bro. Tapi.."

"Tapi apa ? "..

"Barang yang lepas jangan dikenang bro. Kira halal jela hutang dulu ea. Ha ha"

"Kepala hotak ang!"

Agak-agak korang, apa aku perlu buat kat member aku tu. Hati aku dah berasap ni. Mahu tak masak kalau letak telur dalam hati.

Photobucket

P/S : Untuk cik awek guwa, kalau orang kata awak berubah macam mana pun, awak tetap cik awek yang guwa kenal. Cewah. Guwa dah mula merenyam ni. Walla~

Tuesday, 7 June 2011

Mak cakap orang zaman dulu bercinta lain.


Salam readers,

Teeeettt.. Teeeett....

"Awak, saya mengantuklah...Boleh tak saya tidur kejap, lepas awak balik nanti, awak kejut saya" satu mesej dari cik awek sampai di tangan aku.

Dengan ditemani air plum ambra juice di tangan, aku membalas mesej tersebut tanpa menghiraukan kedatangan customers yang lalu lanag di depan aku. Ni kalau bos nampak ni, mahu tak kena potong gaji aku. Takper, demi cik awek, apelah sangat seploh ringgit tu.

"Baiklah. Awak banyakkan berehat ea. Kejap lagi saya balik, saya kejut awak.. "

Begitulah kebiasaan aku setiap hari, kadang-kadang memang takder masa untuk kiteorang berborak. Aku busy dengan kerja. Dan bila dia bangun pagi, aku masih terbongkang atas katil besi sambil ditemani bantal busuk pemberian arwah atuk aku 10 taun dulu. Bila aku balik kerja malam, dia pulak dah terbongkang sambil ditemani patung bunny pemberian ayah dia. Padah masing-masing kuat tidur.

Ada ke orang bercinta macam ni ea. Korang ?

***********

Balik tadi, aku bersihkan diri. Lepas solat semua, aku cuba sandarkan badan ke dinding. Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Aku cuba luruskan kaki. Fuhh, letih betul hari ni. kalau tiap-tiap hari macam ni, boleh patah kaki aku. Erm..

"Cinta orang zaman dulu dengan zaman sekarang lain"

Tiba-tiba, terngiang-ngiang suara mak berceloteh kat aku pasal benda ni satu ketika dulu.

Flashback.

"Apa yang lain mak ? " tanya aku konfius.

"Dulu kalau orang bercinta, mana ada dating-dating ni. Datang rumah biler masing-masing dah bersedia je nak kahwin. Hari ni, kalau ang tengok, tak bersedia agi nak kahwin, tapi dah keluar selalu, macam manalah tak cepat berpisah" celoteh mak aku panjang.

Ada betul jugak apa cakap mak tu.  Hari ni, ramai orang keluar termasuk aku sendiri. Kononnya dating lah dulu, nak kenal hati budi, then cari keserasian lah bagai. Last-last, berpisah jugak.

"Toink"

"Opocot mak kau ! " jatuh seekor cicak atas kepala aku.

"Cilakok punya cicak, pi la men jauh-jauh. Ang ni kacau aku nak mengelamun jela. Nasib baik hari ni hari jumaat ang tau. Kalau tak, dah lama aku letak ang, lastik ang dari jarak dekat"

Kacau mood betul.

Bersambung..

"Dulu masa mak kahwin dengan ayah ang, mana ada dating-dating ni. Akak ayah ang, auntie tu bawak akak jumpa nenek ang (mak ayah aku) direct"

"Amboi, speaking nampak mak. Haha "

"Ingat mak tak pandai speaking ke ? ==" jawab mak sambil mengerutkan muka.

"Okeh mak, okeh. Sambung pleasee.. " jawab aku sambil cuba membuat pipi kembung dan mata merayu.

"Masa zaman dulu mana ada pakai mesej-mesej macam ang zaman sekarang ni. Paling hebat pun pakai surat tau. Sebab tu lah terjaga sikit hubungan tu."

"Kenapa pulak mak?"

"Yela, sekarang, pakai hp je, dah boleh sent gambar,video lah, Sekarang tu, siap boleh buat call 3g lagi. Tengok muka depan-depan kan"

Betul jugak cakap mak aku ni. Kalau aku undang dia jadi penceramah jemputan dekat selamat pagi malaysia, mesti topik ni dapat sambutan hangat. Aku cuba membayangkan.

"Tahu tak kenapa ramai orang bila putus cinta, terus bunuh dirilah, hiris tanganlah ? "

Aku mengeleng-gelengkan kepala. Nak jawab, takut salah dan takut nak dikata tunjuk pandai.

"Sebab dia tak utamakan apa yang dia buat. Dia utamakan cinta dia."

"Betul betul betul" jawab aku sambil membuat gaya upin dan ipin.

"Kau jangan jadi macam tu. Kalau putus cinta, ta payahlah nak bunuh diri ke, apa ke, chill je okeh ? " nasihat seorang mak kepada anak dia yang sengal.

"Mak macam nak ajar saya jadi playboy ke"

"Haisyh. Mak bukan nak suruh ang jadi macam tu, mak nak suruh ang jangan dok semangat sangat bercinta sampai jadi macam tu je." mak mengecilkan mata sambil mngeleng-gelengkan kepala.

"Yela mak. InshaAllah, saya takkan buat macam tu. " jawab aku dengan semangat.

"Ang pernah keluar dating tak ? "

"Er, tak lagi.. tapi dalam perancangan. "

"Haip, ta payahlah. Ang ta payah dok jumpa dia sampai kahwin. Senang cerita. " jawab mak sambil beredar ke dapur.

"Er, saya cuba ea......"

***********
Tetttt... Tetttt...

"Awak dah tidur ? "

Alamak, aku dok berangan samapi terlupa nak kejut cik awek. Cepat-cepat aku balas mesej dia.

"Ops, maaf. Saya sakit perut tadi. Baru lepas buang air. " Fuh. maaf cik awek.

Kata orang bohong sunat boleh. Korang jangan bagitahu dia pulak aku tengah berangan tadi.

Ha ha...

Photobucket

P/S : Aku taknak keluar dating lagi sampai kahwin. Korang agak aku mampu ke? Walla~

Monday, 6 June 2011

Nota untuk anonymous yang slow.


Salam readers,

Dalam sesebuah penulisan, mesti ada kreatif, idea dan adab. Bagi aku, setiap penulisan tu memang perlu ada tiga tu, dan kalau korang tak  ada tiga benda ni, meh aku extrakan satu lagi benda iaitu. "copy"

Baru-baru ni, sedang aku syok menikmati air cincau plus soya di hadapan laptop. Tiba-tiba aku tersedak lantas cecair putih dari mulut aku meluncur laju ke arah cermin laptop aku sambil pecah menjadi tompok-tompok air di situ. Dengan segeranya, aku mengambil tisu dan mengelap semula cermin tersebut.

"Masalah-masalah.."

Aku mengamati komen terbaru yang aku dapat.

"aku tengok kau punya isi-isi blog nih same ngan sorang laki tuh punye blog.walau x sebijik,tapi xkan lah byk yang kebetulan kan...wey brader,gune idea sendiri laa.x malu ke amek idea2 orang.aku pon nak tergelak2 bace.kesian kau....poin2 pon mcm lebih kurang same je disusun...kesian...."

Aku tersenyum sendirian..

Kejap bang kejap.. Oleh sebab aku taknak marah-marah, sebab ko mungkin lagi tua dari aku atau ko mungkin lagi tinggi dari aku. Maka, aku mulakan entry ini dengan jawapan 

Assalamualaikum.. Semoga Allah memberkati kau.

Bang, dalam dunia penulisan. Tak kisahlah alam maya atau realiti, mesti akan ada persamaan idea bila kita bercakap tentang fakta. Aku ulang lagi sekali ea. Bila kita bercakap mengenai fakta, mesti akan ada persamaan. Sebab apa fakta memang tak boleh diubah. Orang nak tulis berita sukan, Malaysia menang Piala Dunia, semua orang akan tulis benda yang sama sebab ia FAKTA.

Dan kalau kita masuk terus dalam dunia hiburan, Ana Rafali ke, Aizat or Faizal Tahir ke menang AJL, semua orang berhak tulis benda yang sama sebab benda ni FAKTA.

Dan kalau abang rasa tak cukup, sebab aku tak bagi contoh yang guna agama, so, aku masukkan sikit supaya abang puas hati. Dalam bab-bab agama yang berkait rapat dengan fakta juga, orang berhak menulis bang Tapi kena bersandarkan lagi pada fakta. Tak kisahalah kalau huraian dia agak lawak sampai buat orang-orang muda lagi utamakan ketawa daripada isi atau terlalu series samai orang-orang tua yang baca pun tertidur sebab tak tahan mengantuk. Selagi ia bersandarkan pada FAKTA, ia masih dikira betul.

Er, jap-jap. Abang tak faham ea. Ouh, mungkin sebab abang slow baca, atau aku yang terlalus slow nak fahamkan abang. Takpe, aku bagi contoh mudah ea bang.

Okeh-okeh. Abang pernah baca surat khabar tak ? Pernah kan. Dalam negara kita ada macam-macma jenis akhbar. Aku ambil akhbar utusan Malaysia, dan akhbar Berita Harian. Bila kes Nabil terpeluk Isma Hasmie, (aku tak minat gosip-gosip artis ni, tapi sebab abang, aku crikan jugak), dua akhbar ni akan tulis benda yang sama, dan huraian yang berbeza. Ada yang series, dan ada yang tak series. So, sebenarnya itu idea siapa ?

Aku bagi abang berfikir.

Sama juga dengan aku. Setahu aku lah, bila aku menulis sesuatu benda lawak tu, aku banyak ambil point dari blog-blog bahasa inggeris. Dan abang rasa-rasalah,kalau abang tengok blog lelaki tu, adakah blog bahasa inggeris tu ambil point dari blog lelaki tu, atau lelaki tu menulis dan menculik idea dari blog bahasa inggeris tersebut sama macam aku buat dan hanya tukar huraian je ?

Aku bagi abang berfikir lagi.. Jangan kelam kabut bang. Ambil masa okeh.

So, aku nak buat kesimpulan kat sini. Senang je bang. Semua fakta  adalah fakta. Semua point adalah point, tapi huraian mengikut diri masing-masing. Hari ini, aku bagi entry nota untuk anonymous yang slow. Esok ada satu blogger ambil point yang sama, dan buat huraian sendiri. Lusa, tulat, munggu, bulan or tahun depan pun, kemungkinan akan ada orang yang guna point yang sama dengan aku untuk buat entry yang sama.

Adakah diorang dianggap ciplak ? Tak. Sebab memang point untuk orang slow macam abang ni akan berkisar dalam posisi  360 darjah yang sama je. 

Bagi aku blogger yang ambil point yang sama, tapi huraian lain, diorang dah buat satu usaha untuk meriahkan lagi point atau idea tersebut. Barulah ada variety. Ala, macam makan cendol, ada kedai buat letak jagung, gula melaka, ada yang letak aiskrim or jelly. Nama masih tetap cendol jugak.

Okeh bang ? Supportlah sikit member-member kan. Baru blogger malaysia maju bang. He he.

Photobucket


P/S : Aku dah cuba jadi kreatif plus idea dan aku letakkan sedikit adab dalam entry ni. Apa pendapat korang ?

Sunday, 5 June 2011

Ini sebab kenapa aku tak suka pondan.


Salam readers,

Petang itu sungguh indah. Di dalam keramaian orang, kelihatan beberapa orang kanak-kanak kecil sedang khusyuk menikmati hidangan air batu campur bercirikan aiskrim strawberi. Dari riak muka mereka, ternyata mereka sangat teruja dengan hidangan tersebut. Di sudut yang lain pula, kelihatan sepasang suami isteri sedang berbincang mengenai menu di depan mereka. Mungkin sukar untuk mereka membuat pilihan hinggakan mereka terpaksa berjuang untuk menahan nafsu makan kerana terdapat banyak list makanan yang hendak dirasa. Begitulah keadaan di bangi kopitiam tempat aku kerja sekarang ini. Masing-masing datang hendak makan tanpa memikirkan keadaan pekerja-pekerja yang sedang menahan lapar demi perut-perut customer.

"Fuh. baru hari kelapan, dah terasa nak tercabut kepala lutut ni." gumam aku dalam hati.

Aku cuba mengetuk-ngetuk kipas di depan kaunter pembayaran. Selalunya aku memang malas nak layan customer. Lagi-lagi waktu cuti sekolah macam ni. Perangai masing-masing. Kadang-kadang aku terasa macam nak mencarut je, tapi demi kerja yang mulia ni, aku tahankan juga perangai pelanggan.

Bayangkan dalam ramai-ramai customer, mesti ada yang terlewat sampai ordernya. Biasalah adat kat kedai makan. Staff ada 3 je, yang datang hampir 300. Baru lewat 15 minit, dah mengamuk. Kutuk semua staff.  Itulah padah,dulu aku selalu gak merungut bila order sampai lambat, sekarang sendiri sudah kena.

"Padan muka ang", tiba-tiba muncul kelihatan seekor kucing melihat aku. Munngkin itu yang dia kata.

***********

"Bang,order pleasee.." kelihatan 2 orang awek cun memanggil aku.

"Wah, masa-masa camnilah leh tunjuk hero" dengan penuh confident, aku berjalan terus ke sana.

"Ye dik, apa yang adik nak ?" tanya aku acuh tak acuh.

"Berikan saya chicken chop and chips dua, ipoh white coffee cold dua ya" jawan dia dengan tersenyum-senyum simpul sambil disulami suara-suara serak-serak basah. Sekali dengar macam ella. Dua kali dengar macam sakit tekak.

Dengan pantas aku memasukkan semua list order tadi dalam komputer sebelum dihantar terus ke dalam mesin order di dapur. Selepas selesai, aku kembali duduk berhampiran dengan kipas tadi.

"Fuh.. Boleh tahan jugak awek tu. Haish. Nasiblah badan ni dah berpunya"

Tett tetttt.. Mesej masuk.

"Jaga diri baik-baik ya awak. " cik awek kesayangan yang bagi mesej.

Aik, macam tahu-tahu je aku tengah teringat kat dia.

"Em, Cik awek, awat hang tak datang makan kat sini. Memang aku bagi kaw2 punya layanan. Nak roti portugis, mee kari special, rojak muhibbah ke, semua den payung. Silap-silap hang balik, mesti mak ang dah tak kenal dah" Aku cuba bergurau dalam hati. Gurau jela mampu, nak jumpa, jauh bebenor.

Tepat jam 3 petang. 1o minit selepas pasangan awek-awek tadi balik. Tiba-tiba kawan aku datang.

"Der, der ! " Tergesa-gesa dia datang

"Apahal kau ni ? Ada customer kejar kau ke ? " tanya aku risau. Yela, benda ni dah pernah terjadi.

"Takderlah der. Ni memang pasal customer, tapi bukan sebab kena marah."

"Haik, ni pasal apa ? " jawab aku cuak tak cuak.

" Ko engat tak ada pasangan couple datang tadi. Ala yang dua orang perempuan tu. Dia mintak no ko la " kata member aku dengan seriyes.

" Er, ko biar betul ? =='  Awek cun tu mintak no aku ? "

"Iye, dia memang mintak no ko. Tapi..."

"Tapi apa ? " aku dah mula ragu-ragu dah masa ni.

"Tapi dia bukan awek...."

"Dia bukan awek ? maksud kau ? "

"Dia pondan..."jawab member aku dengan slumber

"Er..."

Seiring dengan itu, kelihatan semua staff kat situ melihat aku dengan tangan di mulut. Saat itu, aku cuba beredar ke toilet dengan langkah yang paling pantas. Dalam kepala otak aku, sudah terfikir. Esok.lusa atau sebentar lagi, semua staff mungkin akan panggil aku..

"Pondan....pondan....pondan..."

Sebelum melangkah masuk ke dalam tandas, aku sempat ternampak ramai member-member aku yang dah terguling-guling atas lantai. Ouh.

Sabarlah wahai hati..

Photobucket

P/S : Suara itu bukan suara ella,tapi abu bakar ella. Ceh. Walla~

Wednesday, 1 June 2011

Persahabatan, percintaan. Dua-dua hiasan penting dalam kehidupan manusia.


Salam readers,

Ketika Malaysia dilanda demam Hari Belia tempoh hari, aku terlibat dengan program rakan muda yang terletak di UPM. Kat sana, aku sempat berbalas email dengan seorang insan yang meminta pendapat aku mengenai percintaan dan persahabatan. Beliau tanya aku samaada percintaan dan persahabatan, manakah lebih penting. Oleh sebab aku takder idea masa tu, maka aku keluar berjalan di sekitar putrajaya menyaksikan ramai orang menunggu ketibaan jejaka-jejaka Korea di perkarangan Putrajaya. Fuhh.. Ramai sangat-sangat sampai aku pun tak tahu nak jalan ke mana. Selepas menyaksikan konsert kat sana, telah terlintas beberapa idea untuk menjawab persoalan tersebut.

Jom kita usha apa jawapan yang terlintas dalam kepala hotak aku ni.

Dalam hidup ni, ada dua je orang yang akan percaya kat korang. Pertama, kekasih hati korang, dan kedua sahabat korang.Tak percaya ? Cuba buat masalah, dan bila masalah tu datang, Korang tengok, siapa yang akan tolong korang.

Dalam sahabat dan kekasih ini, ada dua jenis orang yang betul-betul ikhlas becinta dan berkawan dengan korang. Okeh, kita ambil dari segi kawan dahulu, ada orang berkawan sebab nak ambil kesempatan. Korang orang kaya ? Duit korang akan jadi mangsa. Korang jenis pak turut, perangai korang akan jadi mangsa. Sukar zaman sekarang nak cari kawan yang betul-betul kawan. Berbalik pada kekasih hati pula, tak semua suka dan sayang korang sebab perangai korang. Mungkin.. ada yang suka korang sebab duit, sebab nama, dan mungkin sebab korang terkenal.

Ada orang kata persahabatan lagi penting daripada percintaan. Aku agak tak setuju dengan benda ni. Sebabnya ? Bagi aku dua-dua ada perkaitan dan dua-dua sangat penting dalam hidup ni. Cuba kita perhatikan sama-sama roda kehidupan ni, awal korang mula kenal kehidupan ni mesti dengan kawan. dan akhirnya korang akan meninggalkan dunia dengan kekasih hati. Betul ?

Berlaku pertukaran kepercayaan ni adalah pada pertengahan umur korang. Mungkin umur korang masa tu antara 20-30 tahun, akan berlaku pertukaran kepercayaan. Ini bermakna umur korang dari 1- 20, korang hidup dengan kawan, dan 30 - mati, korang akan hidup dengan kekasih hati. InshaAllah. Selalunya begitu.

Nampak tak perkaitan dia. Apa yang aku nak tekankan bila watu berlakunya pertukaran kepercayaan tadi. Ramai orang kata pada korang waktu ni, " Ala, mentang-mentang ada awek, lupa memberlah tu." Betul tak ? Dan benda ni akan terjadi kepada member-member yang berlainan jantina.

Benda ni pun terjadi pada aku jugak. Seriyesly, sebenarnya takder niat kat hati pun nak lupakan member-member. Aku ambil contoh diri aku. Sebelum kenal dengan cik awek, aku memang ramai kawan perempuan, tapi bila dah kenal, aku masih contact dengan kawan perempuan lagi, tapi ! tak sekerap dulu. Kenalah jaga perasaan orang tersayang. cewah. Tapi hubungan aku dengan kawan-kawan lelaki still mantap macam dulu, takder masalah pun.

Dulu single, kita kongsi masalah semua dengan kawan, tapi sekarang bila ada masalah, kita kongsi dengan kekasih hati. Ada beza kan ? Jangan kata aku alim, ada orang bercinta lepas kahwin, ada orang bercinta selepas kahwin. Jangan risau, masing-masing akan ada reason sendiri. Reason aku ?

Hanya aku,dia dan tuhan saja tahu.

Last but not least, dua-dua penting bagi aku. Seriyesly. takder istilah persahabatan lagi penting dari percintaan. dan takder istilah cinta lagi penting dari sahabat. Okeh dude ? Settle satu soalan.

Photobucket

P/S : Cik awek aku seorang yang penyabar. Sangat penyabar dengan perangai aku yang huru hara. Thanks dear. Walla~

Review | Karak VS Seru.


Salam readers,

Dah lama rasanya blog ni tak dihias dengan review filem-filem tempatan hatta luar negara sekali pun. Dan dah lama juga blog ni tak dihias dengan rentetan review-review berkaitan dengan blog orang lain. Kenapa ? Sebab aku rasa kalau aku update pun, tak ada orang nak baca.

Tapi ?

Ramai yang suruh aku update gak blog ni kat facebook. Ouh, agak terharu di situ sebenarnya. Maaf sangat-sangat. Sebab aku sekarang sedang dihantui dengan kepenatan bekerja dan kemalasan untuk update blog. Sebut pasal dihantui.

Hantu ?

Hari ini, banyak filem seram dibuat. Apa yang aku nampak, rakyat malaysia kebanykkanya menyukai hanya 2 genre filem, Pertama filem seram dan kedua filem aksi. Dan paling penting dalam filem tu, ada unsur-unsur humor. Confim akan tarik ramai orang ke panggung. Kali ni, aku nak share dengan korang 2 filem seram yang baru masuk panggung. Aku dah tengok dah dua-dua filem ni, dan ini adalah apa yang aku nampak dari pendapat aku.

Jom.

***********

Photobucket

Sangkaan awal aku filem ini sangat-sangat menarik. Aku dah tengok sebulan awal dia punya trailer dan aku rasa sangat-sangat menakutkan. Kata orang, jangan letak harapan terlalu tinggi, nanti bila tak capai,kita akan kecewa, dan itu yang aku rasa.. Pada awalnya, aku letakkan harapan yang terlalu tinggi. Lagi-lagi bila yang buat filem ini adalah KRU. Ternyata sangkaan aku meleset.

Filem ini mengisahkan tentang 4 orang pelajar yang tersekat dalahm highway karak, dan mereka mengambil jalan untuk melalui jalan lama. Rupanya, segala misteri telah menanti mereka di sana.

Sebelum tu, aku taknak komen macam orang yang faham filem komen. Aku just komen dari sudut logik akal dan dari pemikiran orang-orang biasa yang tonton filem ni. Pertama, ada part yang aku tak boleh terima. Scene kencing pada waktu malam, scene mandi pada waktu malam, dan scene ending, ketika roh shahir nak masuk dalam badan dia semula. Kadang-kadang, aku terfikir sama ada filem ni adalah filem seram cinta atau fully seram sepenuhnya.

Apa pun, keseluruhan filem ni masih mampu buat aku tutup muka, Ada juga part-part yang seram dan menakutkan. Cuma ada juga part yang aku mampu tergelak bila tengok hantu tersebut. KRU boleh tingkatkan lagi usaha untuk filem seram mereka, sebab standard diorang sebenarnya lebih bagus sebelum ni. Apa pun, filem ni masih boleh dikatakan terbaik !

***********

Photobucket

Seru dikeluarkan sekali dengan penunggu istana. Actually, aku memang nak sangat tengok filem penunggu istana, tapi tertengok filem seru lak. Apa yang aku nak komen, filem ni adalah filem seram terbaik setakat ni. Sebab pengarah membawa filem ni lain daripada yang lain. Jalan cerita tak klise seperti jalan cerita filem seram yang lain. Filem ni adalah seperti filem lost tape yang telah direkodkan siap-siap.

Filem ni mengisahkan sebuah krew produksi yang sedang membuat shooting tentang filem seram mereka "Jangan bernafas" dalam sebuah hutan. Filem tergendala kerana seorang demi seorang ahli krew dirasuk dan dibunuh. Dari situ, plot mula dikembangkan.

Bagi aku filem ni agak seram seriyesly. Sebab dia buat macam live camera, so, korang akan terasa macam dibawa sekali bersama dalam filem. Masih terdapat beberapa kelemahan sebenarnya, tapi secara keseluruhan ia merupakan satu karya yang yang best dan tak rugi untuk ditonton. Watak yang memainkan peranan dengan baik,dialog yang sempoi dan kelam kabut membuatkan lagi filem ni nampak hidup.

Last, filem ni memang tak rugi ditonton. Aku boleh berbangga kerana filem ni agak lari dari kotak pemikiran perfileman seram negara kita.

Ohya, rating-rating. Er.. karak aku bagi 3/5. dan seru 4/5. He he.

P/S : Supportlah industri perfileman negara. Kalau filem luar lagi best, layan jugak. Walla~