Salam readers,
Dalam sesebuah penulisan, mesti ada kreatif, idea dan adab. Bagi aku, setiap penulisan tu memang perlu ada tiga tu, dan kalau korang tak ada tiga benda ni, meh aku extrakan satu lagi benda iaitu. "copy"
Baru-baru ni, sedang aku syok menikmati air cincau plus soya di hadapan laptop. Tiba-tiba aku tersedak lantas cecair putih dari mulut aku meluncur laju ke arah cermin laptop aku sambil pecah menjadi tompok-tompok air di situ. Dengan segeranya, aku mengambil tisu dan mengelap semula cermin tersebut.
"Masalah-masalah.."
Aku mengamati komen terbaru yang aku dapat.
"aku tengok kau punya isi-isi blog nih same ngan sorang laki tuh punye blog.walau x sebijik,tapi xkan lah byk yang kebetulan kan...wey brader,gune idea sendiri laa.x malu ke amek idea2 orang.aku pon nak tergelak2 bace.kesian kau....poin2 pon mcm lebih kurang same je disusun...kesian...."
Aku tersenyum sendirian..
Kejap bang kejap.. Oleh sebab aku taknak marah-marah, sebab ko mungkin lagi tua dari aku atau ko mungkin lagi tinggi dari aku. Maka, aku mulakan entry ini dengan jawapan
Assalamualaikum.. Semoga Allah memberkati kau.
Bang, dalam dunia penulisan. Tak kisahlah alam maya atau realiti, mesti akan ada persamaan idea bila kita bercakap tentang fakta. Aku ulang lagi sekali ea. Bila kita bercakap mengenai fakta, mesti akan ada persamaan. Sebab apa fakta memang tak boleh diubah. Orang nak tulis berita sukan, Malaysia menang Piala Dunia, semua orang akan tulis benda yang sama sebab ia FAKTA.
Dan kalau kita masuk terus dalam dunia hiburan, Ana Rafali ke, Aizat or Faizal Tahir ke menang AJL, semua orang berhak tulis benda yang sama sebab benda ni FAKTA.
Dan kalau abang rasa tak cukup, sebab aku tak bagi contoh yang guna agama, so, aku masukkan sikit supaya abang puas hati. Dalam bab-bab agama yang berkait rapat dengan fakta juga, orang berhak menulis bang Tapi kena bersandarkan lagi pada fakta. Tak kisahalah kalau huraian dia agak lawak sampai buat orang-orang muda lagi utamakan ketawa daripada isi atau terlalu series samai orang-orang tua yang baca pun tertidur sebab tak tahan mengantuk. Selagi ia bersandarkan pada FAKTA, ia masih dikira betul.
Er, jap-jap. Abang tak faham ea. Ouh, mungkin sebab abang slow baca, atau aku yang terlalus slow nak fahamkan abang. Takpe, aku bagi contoh mudah ea bang.
Okeh-okeh. Abang pernah baca surat khabar tak ? Pernah kan. Dalam negara kita ada macam-macma jenis akhbar. Aku ambil akhbar utusan Malaysia, dan akhbar Berita Harian. Bila kes Nabil terpeluk Isma Hasmie, (aku tak minat gosip-gosip artis ni, tapi sebab abang, aku crikan jugak), dua akhbar ni akan tulis benda yang sama, dan huraian yang berbeza. Ada yang series, dan ada yang tak series. So, sebenarnya itu idea siapa ?
Aku bagi abang berfikir.
Sama juga dengan aku. Setahu aku lah, bila aku menulis sesuatu benda lawak tu, aku banyak ambil point dari blog-blog bahasa inggeris. Dan abang rasa-rasalah,kalau abang tengok blog lelaki tu, adakah blog bahasa inggeris tu ambil point dari blog lelaki tu, atau lelaki tu menulis dan menculik idea dari blog bahasa inggeris tersebut sama macam aku buat dan hanya tukar huraian je ?
Aku bagi abang berfikir lagi.. Jangan kelam kabut bang. Ambil masa okeh.
So, aku nak buat kesimpulan kat sini. Senang je bang. Semua fakta adalah fakta. Semua point adalah point, tapi huraian mengikut diri masing-masing. Hari ini, aku bagi entry nota untuk anonymous yang slow. Esok ada satu blogger ambil point yang sama, dan buat huraian sendiri. Lusa, tulat, munggu, bulan or tahun depan pun, kemungkinan akan ada orang yang guna point yang sama dengan aku untuk buat entry yang sama.
Adakah diorang dianggap ciplak ? Tak. Sebab memang point untuk orang slow macam abang ni akan berkisar dalam posisi 360 darjah yang sama je.
Bagi aku blogger yang ambil point yang sama, tapi huraian lain, diorang dah buat satu usaha untuk meriahkan lagi point atau idea tersebut. Barulah ada variety. Ala, macam makan cendol, ada kedai buat letak jagung, gula melaka, ada yang letak aiskrim or jelly. Nama masih tetap cendol jugak.
Okeh bang ? Supportlah sikit member-member kan. Baru blogger malaysia maju bang. He he.
P/S : Aku dah cuba jadi kreatif plus idea dan aku letakkan sedikit adab dalam entry ni. Apa pendapat korang ?
pndapat yg kreatif..idea ada untuk dikongsikan dan adab ponn ada sbab xde prasan la plak kata2 kesat kat sini..so xde poblem psal entri ni..:)
ReplyDelete*jadi pengkritik yg xbertauliah jap..hehe*
setuju kata farhanah tuu..~
ReplyDelete=)
betol! betol!
ReplyDeleteermmm setuju gak... :)
ReplyDeletedorang komen pasal komen farhanah ke? bukan komen entry ni? hehehehe
ReplyDeletehahahhaah... sweet answer...
ReplyDeletekadang-kadang bila terjah blog orang lain memang kebetulan akan jumpa entri yang berbaur sama dengan entri kita. kalau entri sebijik seketul perkataan dan tanda bacaan memangla namanya ciplak. tapi kalau point yang sama huraian berbeza, it's ok what...kankan?
ReplyDeletemasa sekolah dulu cikgu bagi tajuk "aku sebuah televisyen" pastu kita kena hurai dengan point sendiri kan. samala kot konsepnya dengan blogging ni.
hah kan dah terlebih komen sudaahh...
jawapan yg terbaik bagi saya utk si anon tu..
ReplyDeleteyo bro..lama xjenguk blog kamu..makin hot nampak sekarang..huhu
ReplyDeletejom join ni bro : http://qalbisakinah.blogspot.com/2011/06/first-giveaway-from-cik-putih.html