Salam readers,
Dulu, aku selalu dengar tentang peribahasa ni. Al-maklumlah orang kampung. Dibesarkan dalam suasana kampung, mana ada ayat-ayat "relaxlah bro" ataupun "benda da lepas bro, nak cakap banyak pun tak guna". Semuanya benda-benda yang lebih mementingkan adab dan budaya. Aku ingat lagi dulu masa kecik-kecik, time hingus meleleh pun disedut masuk mulut. (Sedap rasanya) Nenek selalu cakap bila aku ada terbuat benda-benda yang salah. Contoh macam terpecahkan pinggan or mangkuk ke.
"Dah lepas dah, tak payah nak pikiaq ea."
Lepas tu, nenek terus menyanyikan lagu Allahyarham tan sri P. Ramlee.
Kiranya maksud dia lebih kurang lah dengan peribahasa tersebut. Masa tu aku hanya terkebil-kebil dengar nenek cakap dan cuba menghayati serta mencari kesalahan nyanyian nenek sekiranya ada salah part pitching or vokal. Kiranya cam fahamlah padahal sepatah haram aku tak faham.
La ni, bila dah besar lak.Aku menonton rancangan Maharajalawak. Salah sebuah kumpulan kegemaran aku membuat lawak menggunakan peribahasa tersebut.
"Barang yang lepas jangan dikenang"
Zapp. Tiba-tiba aku teringat pada arwah nenek. Kalaulah maharajalawak ada pada zaman arwah nenek hidup, mesti dia bangga sebab peribahasa pun mampu dijadikan alat untuk membuat lawak. Mesti dia kata
"Kreatif betul anak-anak muda zaman sekarang ni"
Sebut pasal peribahasa ni, kalau dengar sekali imbas je, korang mesti ketawa sebab teringat-ingat lawak Sepah tempoh hari, tapi cuba korang hayati balik maksudnya. Er. aku pun tak ingat sangat maksudnya. Jap, aku cari balik dalam google.
(Sibuk mencari maksud, dah jumpa, tapi tambah cari kat buku adik aku darjah 6 untuk kepastian)
Maksudnya lebih kuranglah. benda yang dah lepas, toksah nak hengat. Ops.. ingat.
Banyak benda dah lepas dalam kehidupan korang dan aku yang sepatutnya dah tak perlu diingat. Contoh aku bagi, masa dulu aku ni buduh tahap gaban. Er, jap-jap. Teruk benor bunyinya.
Tak,tak, Kiranya aku tak pandai sangatlah. Dalam kelas tu, ranking nombor mesti rangenya 30-20. Tak pernahnya dapat no 1. Padahal aku dah cuba semangat studynya, Entah mana silapnya tak skor-skor jugak. Lepas Spm, dengan result Spm yang tak seberapa, aku lebihkan doa dan solat. Tu petua yang mak aku bagi.
At last,aku dapat masuk matrikulasi. Kat sana baru aku praktikkan peribahasa ni.
"Barang yang lepas jangan dikenang"
Dan Alhamdulillah,dapat gak wat degree kat u. Apa lagi, kenduri tujuh hari tujuh malam kat kampung aku. He he.
Tapi ada satu hari, watu aku mintak hutang dengan member aku. Masa tu memang aku dah kering habis dah. Kalau setkat 20 sen tu cukup-cukup untuk aku beli air Ro water Tu pun siap masukkan kepala je dalam mesin tu sebab aku takder bekas nak tadah.
"Mat, aritu ko pinjam aku duit kan. Sekarang ni ada duit lebih tak, aku nak pinjam baliklah." tanya aku dengan nada berkias. Kata orang melayu.
"Ouh, boleh bro. Tapi.."
"Tapi apa ? "..
"Barang yang lepas jangan dikenang bro. Kira halal jela hutang dulu ea. Ha ha"
"Kepala hotak ang!"
Agak-agak korang, apa aku perlu buat kat member aku tu. Hati aku dah berasap ni. Mahu tak masak kalau letak telur dalam hati.
P/S : Untuk cik awek guwa, kalau orang kata awak berubah macam mana pun, awak tetap cik awek yang guwa kenal. Cewah. Guwa dah mula merenyam ni. Walla~
haha.. tapi apa kaetan tajuk ni dengan p/s kt cik awek tu?
ReplyDeleteulasan:
ReplyDeletesuka . suka . dan suka . sekian
benda lepas.. rasa bersalah bila x dpt tebus kesalahan,.. but wht could we do? :)
ReplyDelete