Monday, 14 February 2011

Salam Maulidurrasul ! Hari ini 15 Februari, bukan 14 Feb.


Salam readers,

Ratusan dicekup Ops cegah maksiat hari kekasih. Biar betul ?
Pagi tadi aku baca tentang berita ni di akhbar. Rasanya masih tak cukup lagi kempen yang dibuat oleh kawan-kawan blogger hatta pihak yang bertanggungjawab kat luar tu unutk membendung gejala ni. Tak apalah, kami dah jalankan tanggungjawab kami. Korang yang kena tangkap tu,  rasalah dikaunseling oleh badan-bdana dakwah tu. Harap-harap hari  ni, tak ada couple yang delay khalwat.

By the way, hari ini adalah 15 haribulan, bukan 14 haribulan.
So, kita tinggalkan kekasih dunia kita, apa kata kita fokus pada kekasih Allah.
Ala, sekejap jela. Boleh la ea? Yes ! Bagus-bagus.

Hari ni sambutan ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Apa yang korang akan buat pada hari ini? Bagiaman kita nak zahirkan kasih sayang kita kepada nabi. Aku akui, zaman sekarang aku sendiri pun banyak mengutamakan hal-hal dunia. Sikit je masa aku luangkan untuk berselawat ke atas nabi. Korang tahu kelebihan berselawat?

Sheikh  Abdul Qadir Jelani dalam kitabnya Al-Safinah Al-Qadiriyah menyatakan terdapat 42 kelebihan berselawat ke atas nabi. Ops, aku takkan tulis 42 tersu, tapi aku akan bagi 3 dahulu.

1. Mudah ingat perkara yang lupa.
Korang selalu cakap "Aku lupaaa", so, bacalah selawat, InshaAllah, hilang penyakit lupa tu.

2. Mendapat syafaat daripada Rasulullah.

3. Segala doa akan diperkenankan.

So, bacalah selawat seberapa mampu yang boleh. Ingatan kita pada nabi bukan sekadar 15 haribulan sahaja, but seharusnya diingat setiap hari. Macam pos aku sebelum ni, kasih sayang ditunjukkan setiap hari, bukan sekali setahun. Begitu juga ingatan kita kepada nabi, diingati setiap hari, bukan sehari setahun. Okeh?

Last but not least, aku nak ucapkan Selamat menyambut Maulidurrasul kepada seluruh umat islam. Mudah-mudahan kita semua dirahmati Allah hendaknya. ^^

Photobucket
P/S : Dulu masa tadika, apa yang aku suka buat masa ini adalah membuat perarakan sambil berselawat dengan kuat. Aku paling suka duduk depan sebab aku akan pegang mikrofon. last, aku akan dapat makanan yang banyak. Walla~



10 comments:

  1. masyaALLAH.... salam maulidur rasul...

    ReplyDelete
  2. pastu mkn sampai x larat nak jalan..haha

    ReplyDelete
  3. lawak la pulak ayat last tu.

    ReplyDelete
  4. salam maulidur rasul. ^^

    adeh, berarak sbb dpt mknn. haha! XD

    ReplyDelete
  5. Salam maulidur rasul..
    Sesungguhnya Hari Kekasih adalah hari ini kan?
    Kasih kepada junjungan besar s.a.w

    ReplyDelete
  6. salam maulidur rasul:)
    hehe tadika waktu akal pun x panjang lg :)

    ReplyDelete
  7. salam maulidur rasul :)
    nice entri

    ReplyDelete