Salam readers,
Wah, semakin semangat aku nak kongsi dengan korang apa yang aku baca ni. Hopefully, korang masih tak bosan dengan tutorial -tutorial mudah ni. Nanti aku akan kongsi hal-hal yang memerlukan pendapat pulak lepas ni. Okeh, kali ni, aku just nak kongsi dengan korang cara mudah untuk tukar format pelbagai jenis file. Kadanag- kadang, dalam satu-satu masa kita perlu untuk mengubah sesuatu format file kan?
Contohnya, mengubah dari format .doc kepada .pdf. Memang banyak benda boleh membantu, dan aku akui ada cara lain. Tapi masalahnya kita hendak ubah dengan cara yang lebih cepat.
So, masalah ni dapat diatasi dengan menggunakan web browser sahaja iaitu zamzar.com. Website yang terbaik bagi aku ni boleh ubah pelbagai jenis format seperti .doc, .pdf, .rtf, .txt, .ppt, .html, .docx. Selain itu, bagi orang-orang yang suka bermain dengan gambar, ia juga membantu gambar ditukar kepada bmp, gif, ico, png, dan sebagainya.
Kelebihan lain yang aku sangat suka pada website ini adalah, ia boleh mengubah format video, audio, dan jenis-jenis compressionnya.
Terbaik kan? He he.
P/S : Aku akan cerita pendapat aku pulak lepas ni. Walla~
terimas kasih kerana berkongsi;p hehe
ReplyDeletetaiko...mintak tunjuk ajar
ReplyDeleteuyoh.. siyes nih?.. memang best lah.. tq! =)
ReplyDelete