Sunday, 13 February 2011

Sejarah blogspot ! Tahu tak usul asalnya ?



Salam readers,


Wah, semakin hari semakin ramai blogger-blogger baru yang aku jumpa. Dari apa yang aku nampak, masing-masing datang dengan idea dan pembaharuan tersendiri Congratz aku ucapkan. He he. By the way, sebelum ni, aku pernah post tentang kenapa dan mengapa kita berblogging dan apa kaitan ikhlas dengan blogging, so, kepada semua blogger baru, korang kena pastikan niat korang betul dan ikhlas. Okeh.


Bukan sebab nak tunjuk hebat depan awek, bukan sebab nak dapat duit ribu riban, bukan sebab nak tunjuk yang korang fofular.


Er, dulu, awal-awal aku pun macam tu juga.


***************


Korang tahu asal usul pembentukan blogspot ? Sebab diorang korang dipanggil blogger. Sebab diorang, korang dapat income walaupun tak banyak. Sebab diorang, nuffnang boleh bagi duit kat aku kan. Hi hi. Jom, kita tengok sama-sama.


Blogger dibina di sebuah tempat kecil terletak di San Francisco, bernama Pyra Labs, pada bulan ogos 1999. nama pengasanya adalah Evan Wlliams. Semasa di San francisco, Evan bersama dengan 3 orang kawannya lebih banyak fokus kepada dunia internet berbanding lepak di kelab-kelab. Banyak web yang dibuat unutk mereka cuba masuk dan memperkenalkan diri dalam dunia internet.


Semasa blogger dicipta, idea itu dikatakan datang secara spontan dan dibina pada awalnya secara sederhana, dan akhirnya membesar secara berperingkat. Evan telah mula mendapat wang walaupun sedikit. Kemudian laman web sepeti dot com mengalami kejatuhan, dan wang yang ada telah habis begitu sahaja.


Evan merasakan yang blogger akan tamat begitu sahaja. Walaupun begitu, blogger masih diteruskan secara perlahan dan dibangunkan kembali. Semua berjalan dengan baik sejak tahun 2002. Blogger telah mempunyai ratusan ribu users, walaupun pada masa itu tidak dikira banyak. Dan seperti mimpi, goggle menawarkan untuk membeli blogger. Evan sangat teruja dan gembira. Evan menerangkan tentang idea blog dan persetujuan telah dicapai. 


Sekarang, Evan merupakan satu kumpulan kecil di google yang menolong mereka memiliki suara mereka sendiri dan memberi pendapat dan pandagan dari sudut dunia dan hidup personal mereka.


Pada October 2004, Evan telah meninggalkan Google, untuk mewujudkan satu syarikat podcasting Odeo. Pada akhir tahun 2006, Evan bersama rakannya mewujudkan Obvious Corp bersama Biz Stone dan bersama beberapa bekas pekerja Odeo. Obvious Corp, sendiri telah mengendalikan laman sosial terkenal iaitu Twitter.


So, sekarang twitter dan blogging adalah saudara mara. Sekarang ni pun, siapa yang ada blog, rata-ratanya mempunyai akaun twitter tersendiri. Kan? He he.


Photobucket


P/S : Twitter ? Aku baru je buat. -,-' Walla~

5 comments:

  1. blogger dan twitter tidak dpt dipisahkan :)

    ReplyDelete
  2. oh? mcm tu..sy takde twitter, Facebook pun dah cukup gila nak uruskan, hehehhe...

    ReplyDelete
  3. xde twitter....
    ape y best..
    fb ni pun mdah melalaikn aku..
    tulun...

    ReplyDelete