Tuesday, 15 February 2011

Etika berblogging ? 8 Tips dalam memberi komen ! (Part 2)


Salam readers,

Dengarnya, blog terompahcaring ada silent readers sendiri. Betul ke? Er, Aku dah mula perasan dah ni. Korang yang kat luar tu, jangan malu-malu nak mengaku pulak. Siapa mengaku, aku belanja makan. Makan apa? Hah, itu kita tak tahu. He he. Apa- apa pun, aku ucapkan terima kasih kepada semua yang masih membaca blog ni dari awal sampai sekarang. Sokongan korang sangat-sangat bermakna bagi aku. Thankslah.

Ada orang tanya aku " Salam. bro, dah berapa lama buat blog, Thanks atas segala tips yang bro bagi. Sangat berguna untuk blogger newbie macam saya."

Aku menjawab. " Salam bro. Er, Actually, dah lama aku masuk dalam bidang blogging. Since tahun 2009. Kiranya dah hampir 2 tahun aku berblogging. Untuk tips tu, sama-sama. Sharing is caring kan. ^^

Tapi, aku masih jauh lagi nak dibandingkan dengan otai-otai lain....

Dan aku pun kadang-kadang perasan "muda" dalam blogging ni

*************

Sebelum ni, aku pernah post tentang Tips dalam  menulis. Macama mana dan bagaimana kita hendak pastikan penulisan kita sampai kepada pembaca. Kali ni, aku akan kongsi beberapa tips untuk pastikan komen korang tu dapat diterima dan dapat buatkan traffic blog korang meningkat dengan sedikit.

Ingat meningkat dengan sedikit. Bukan banyak. Kenapa sedikit, sebab kalau banyak, orang tak update entry, orang akan update komen. Er, so, jangan tanya aku kenapa traffic korang tak meningkat dengan banyak.

Aku dah cakap. Okeh?

1. Ubah diri menjadi pengomen tegar.
Okeh, point first ni, aku ajar korang supaya menjadi seorang pengomen tegar dalam mana-mana blog yang korang minat. Contoh, kita ambil blog Fatin Liyana. Korang tak boleh jadi silent readers sahaja, berikan komen mengikut apa isu yang dibahaskan. Apa pun, korang mesti ada sedikit idea tentang isu tu, jangan main pakai hembus. Nanti susah bila ramai orang yang pertikaikan komen korang tu. Elok-elok niat baik, dah jadi lain.


2. Beri komen yang bernas dan membina.
Yup ! But bukan bernas jenama beras tu, ni bernas.... Er, macam mana nak cakap. Means komen yang bagus dan membina. Kalau korang tak suka sangat gaya penulisan seseorang blogger tu, beradablah dalam menegur. Jangan tunjuk yang korang macam sangat bagus. Ingat ! Tak perlu cari publisiti murahan ni yang bertahan untuk sehari dua je. Bila kita tegur orang dengan cara yang baik, satu hari nanti, akan ada orang lain tegur kita dengan cara yang sama. Kan?

3.Selak komen orang lain dulu.
Point ni aku suka. First ! Korang kena baca dahulu komen-komen kat atas. Benda ni sangat penting, terutamanya bagi blog-blog yang mempunyai peminat dan pemberi komen yang ramai. Kenapa? Kadang-kadang, apa yang korang nak komen or sampaikan tu dah ditulis oleh orang lain kat atas. Contoh, kes isu di Mesir. Korang nak bagi pendapat tentang isu tu, but kat top komen, dah ada orang lain yang tulis info yang sama macam korang nak cakap. Itu baru sorang, kalau ramai? Means dalam berbelas orang. Er...

4. Letak url blog.
Update profile korang dengan meletakkan url blog. So, program jejak kasih boleh dilakukan. Sistem komen bagi blogspot selalunya meletakkan user dan url bagi setiap komen yang diberikan. Lagipun, bila orang lain datang komen, mungkin, dia akan baca komen korang yang bernas tu dan pergi pada blog korang tadi. Dah dapat 1 visitor kan.

5. Promotekan blog. Letakkan link yang berkaitan.
Semalam banyak blogger menulis tentang sambutan Maulidurrasul. Korang pun tak terkecuali menulis isu yang sama. Kalau info yang korang tulis tu, tiada dalam penulisan blogger tu, letakkan link entry korang tadi pada komen. So, orang lain yang datang boleh get more extra knowledge daripada link korang letak tadi. Mungkin penulis isu tu tak tahu ataupun tak dapat ternagkan isu tu dengan jelas. Kita bantu membantulah kan?

6. Pastikan komen diberikan bukan komen orang ting tong.
Maksud aku, komen yang diberikan kena dengan situasi dan mood penulis tadi. Bila isu tu berkaitan dengan gagal ujian memandu, or sedang gagal dalam putus cinta. Cuba dan cuba selami mood tadi dan memberi komen dalam keadaan yang sama macam tu. Jangan entry putus cinta, korang bersorak macam Safee Sali jaringkan gol. Betul tak betul tu?

7. Jangan dan jangan bagi komen-komen murahan untuk kontroversi.
Kadang bila korang rasa isu tu tak relevan lagi, dan korang memang menyampah tahap gaban dengan penulis tu, ditambah penulis tu masih baru dalam bidang blogging dan korang dah ada ribu riban follower, korang pergi letak komen kontroversi untuk downkan moral blogger tadi. Korang tunjuk korang bagus dan pandai. Macam mana dunia blog nak berkembang bila wujud bloggre macam ni.

8. Janganlah cuba jadi spammer yang suka suki.
Hari ini spam ,esok spam, lusa spam, at last, hari-hari spam. Janganlah. Tak bagus letak benda-benda macam ni. Tak dapat faedah pun, dapat cacian dan makian adalah. Aku selalu dapat benda-benda macam ni, tapi tu lah. Nak marah pun, bukan budak kecik lagi, kalau budak kecik, tak pandai nak spam-spam ni. Haisyh.

So, sebenarnya dalam memberi komen pun ada kelebihan tersendiri. Up traffic, dapat jalin dan bertukar pandangan dengan blogger lain. Dapat semaikan sifat rendah diri dalam diri korang jugak. Yelah, bila blogger macam korang yang ada ribu riban follower memberi komen kepada blogger yang hanya ada sekitar 3-4 follower kan. Bagus sebenarnya.

Semoga tisp ini dapat membantu. Aku tulis, korang baca, korang sebarkan. Okeh. Hu hu.

Photobucket

P/S : Korang nak tips apa lagi berkaitan blogging ? Kalau dah tak ada, aku nak buat isu tentang pengalaman aku pulak. Kata blog personal. Mesti nak coretkan sikit kisah hidup. Walla~

11 comments:

  1. thanx tok tips nieyh..
    brgne tok new blogger cm sye nie.. :)

    ReplyDelete
  2. yup dgn komen secara tdk lansung dapat menaikkan traffik blog...
    tapi pastikan komen anda komen yang brmakna bukan spam hihihihi...

    si Tokei : RM350 hanya dengan BlogWalking

    ReplyDelete
  3. i like..

    heheh.. bende ni yg ramai tak sedar lagi...

    tapi ade org dok komen tu kire oke dah le tu kan..

    cume mintak2 la dijauhkan komen2 yg tak best aka
    mengutuk mengeji
    bersifat hasad dengki... =(

    ReplyDelete
  4. bagus tips2 ni. semua point2 tu mmg ptt ada pada kriteria nk komen. bagus2 :)

    ReplyDelete
  5. Takde silent reader sgt. Apa-apapun sy suka dgn komen yg membina tu.

    Janganla sekadar " ok.setuju"
    itu dipanggil komen ke? err..

    ReplyDelete
  6. nice info... IEB klu nak komen ikut entry yang derang tulis..

    ReplyDelete
  7. tips yang bagus bagi newbie macam saya... sangat2 membantu...

    thanks a lot..

    ReplyDelete
  8. certain blogger kadang2 terkumen byk2. kdg2 line tenet die slow. bile die asyik klik2 dan klik maka kumen tu jd byk la. kalau yg da setting moderate kumen takpe la. kalau yg x setting jd la spam kumen byk2. eh tu kire spammer gak ke :)

    ReplyDelete
  9. Tips berguna :)
    Especially untuk budak-budak baru berbelog :)

    ReplyDelete
  10. wah! terima kasih utk tips ini. sgt berguna.. insya ALLAH akan dimanfaatkan.. :D

    Saya Seorang Pelancong (5): Kundasang War Memorial

    ReplyDelete
  11. wahhh,,,stail2,,aq ikut ckap sifu,,haha,,(^^,)

    ReplyDelete