Salam readers,
Dari pemerhatian mata kasar aku, semakin ramai orang yang menceburi bidang blogging. Macam cendawan yang tumbuh lepas hujan pulak rasanya. Bagus ! Persepsi aku, dengan berblogging, diorang dapat kurangkan masa untuk buat benda-benda sia-sia kat luar tu, dapat saving duit. Er, yela, bila dah mengadap laptop, makan lupa,saving, nak keluar ngan awek pun sekali sekala, saving jugak. Betul tak? So, korang tak adalah salurkan duit pada perkara yang sia-sia. He he.
Tapi ?
Bila dah jadi blogger, korang akan jumpa dengan orang sejenis dengan korang. Blogger juga. Betul ke bila jadi blogger korang perlu jadi baik? Adakah korang perlu pandai beradab. Er, macam mana, bagaimana, mengapa? Jangan pening-peninglah. Sini, aku cuba huraikan satu persatu.
************
1. Pastikan maklumat ditulis bukan pakai hembus.
Okeh, bab ni sangat penting. Bila hendak tulis sesuatu perkara, pastikan korang dapat dari sumber yang betul, sahih dan disepakati oleh penulis-penulis blogger lain dan berita terkini. Contohnya, Ana Rafalli menang AJL, dan korang yang memang suka duduk bilik ni tak suka baca akhbar dan tak tengok tv. Input yang datang pada korang, satu-satunya sumber dari blog. First blog korang buka, penulis tu menulis tajuk " Faizal Tahir menang AJL" sebab dia taknak mengakui kemenangan Ana Rafalli. So, tanpa melengahkan masa, korang pun mengarang tentang kemenangan Faizal Tahir, walhal info tu salah. Akhirnya, post tu menambahkan rasa dosa pada blogger lain. Sebabnya diorang akan memaki dan marah dengan info tersebut. Kan? So, memang sangat penting info yang betul.
2. Elakkan plagiat dan copycatdog.
Benda ni selalu terjadi pada blogger-blogger newbie dan kadangkala kepada blogger baru hatta aku sekalipun. Yup, plagiat akan dibenarkan sekiranya korang buat backlink kepada blog yang korang dapat sumbernya tadi. Tak ada masalah. Sharing is caring, but get the permission first from the writer. Okeh?
3. Mengarang blog bukan macam menaip Sms.
Aku pernah bahaskan isu ni sebelum ni, dan anwarhadi pun pernah bahaskan isu yang sama. Ops, bahasa mat rempit dan bahasa perasan comel tu. Dalam menulis blog, apa yang penting, info yang kita tulis tu sampai kepada readers yang membacanya. Okeh? Contoh.
Macam ni,
- Hari ini, aku akan cuba kupaskan tentang isu....
Bukan macam ini,
- Hri ni, aq akn cube kupskn tntg isu....
See,ada beza kan?
4. Jaga sensitiviti orang.
Okeh, sebagai rakyat negara demokrasi, korang nak jadi blogger yang menyatupadukan rakyat Malaysia atau memecahbelahkan perpaduan antara kaum? So, hati-hati dalam mengutarakan pendapat dalam sesuatu isu. Tak kisahlah isu itu memang sepatutnya ditulis tentang sensitiviti sekalipun, kalau boleh dielakkan, korang wajib buat. Okeh?
5. Jadi perasan diri terlalu bagus. Ini wajib!
Contoh mudah aku ambil, korang dah jadi domain, sedangkan ramai kawan-kawan lain masih pakai blogspot. Bila korang rasa korang bagus, maka korang pun cakap, " Ala, domain ni lagi bagus daripada blogspotlah. Korang yang pakai blogspot tu noob ! " No, no, no. Aku tahu domain lagi bagus, but pada masa sama korang tak boleh jatuhkan impian dan matlamat orang lain. Kan? Mana tahu korang mampu, diorang tak mampu.
6. Jangan segan untuk mintak maaf.
Bila bab menulis, adakalanya kita terlepas pandang dalam sesuatu perkara. Korang tersalah tulis, korang tersalah isu. Ada dua situasi dalam perkara ni. Memaafkan dan dimaafkan. First, mungkin korang berada dalam situasi seorang pesalah, dan satu lagi situasi seorang disalahkan. Sekiranya boleh, dan aku memang aku galakkan, minta maaflah dengan ikhlas. Kadang-kadang, kita rasa kita betul, tapi kita salah sebenarnya. Ingat, walaupun kita tak salah, maafkanlah. Kita tak rugi pun.
.
7. Last, jangan gunakan isu remeh, untuk upkan traffic.
Macam ni lah, blogger A berselisih faham dengan blogger B. Maka sebab korang rasa traffic korang suam-suam kuku, maka korang pun hangatkan pergaduhan diorang dengan menulis post tentang pergaduhan tersebut di blog korang. Ceh. Apa kata kalau korang yang jadi hero, pergilah leraikan diorang. Komen pun dah memadai. Kan? At least, korang dah majukan industri blogger secara damai.
P/S : Aku penulis blogger, kalau tips cinta, aku takkan hurai panjang macam ni. Walla~
Info yang sangat berguna , sebagai blogger baru , aku akan try untuk follow2 intructions kat sini
ReplyDeleteterima kasih :)
ReplyDeletenais! good job buddy. mungkin aku akan jadi hater ko cause what i wrote. :)
ReplyDeleteEntri Terkini : Realiti Kehidupan: Pengemis Lebih Kaya Dari Kita
nice tips untuk nelly .
ReplyDelete=)
sangat setuju.. paling setuju dengan tips cara penulisan. pelik betul cemana orang bole paham bila tulis so shortform macam tu. musykil. apa pun, thanks for the tips and happy blogging!
ReplyDeletetips yang sangat baik.
ReplyDeletesuka2.. terima kasih atas perkongsian ini..
ReplyDeletesalam syafiq..good info..thumbs up~ :)
ReplyDeletemekasih tok tips nieyh... :)
ReplyDeleteinfo yg berguna utk newbie cm aku. 1 lg yg aku perasan, skg ni trend tulis balik berita-berita semasa yg ada dlm suratkhabar. mcm dh xde idea nk tulis
ReplyDeletewhoaa nice tips abg syafiq. especially tang num 2 dgn 3 tu. best :)
ReplyDeletesetuju2! (^^)
ReplyDeletestuju sangat2..thnx for sharing ;)
ReplyDeletethx .tips yg bagus .
ReplyDeletetips yang bagus...nice one
ReplyDeletethanx atas tipsnye...
ReplyDeletenice bro..
ReplyDeletebacklink tu ape?
ReplyDelete