Tuesday, 1 February 2011

Isu sebenar pergolakan di Mesir | Kita? Bersyukurlah.


Salam readers,

Sebagai seorang student dan penduduk Malaysia, korang perlu sentiasa kata, "Oh bersyukurnya, negara aku aman, walaupun parti X, parti Y, gaduh, perang mulut, bla, bla, bla, bla, tapi dari segi lain, aku dapat hidup aman, tiada rusuhan walaupun tak suka itu, tak suka ini" Okeh?

Dan walau macam mana aman pun korang kena prihatin dengan saudara seagama yang lain.
Bukan tengok raja lawak ketawa, tengok bola menjerit, tidur lambat bergayut..

Semua tu peringatan untuk diri aku jugak.

*****************

Krisis di Mersir bermula pada 27/01/2011 di mana penunjuk perasaan berkumpul bagi menuntut Presiden diorang bernama Hosni Mubarak menamatkan jawatannya yang sudah dipegang selama 30 tahun. Apa yang aku dengar, benda ni berkait rapat dengan kebangkitan rakyat kat Tunisia beberapa hari sebelum tu.

Apa yang membuatkan aku terkejut ialah, beribu-ribu penduduk tak kisah bertempur dengan hampir 30 000 angot polis sambil melaungkan slogan 'Rakyat mahu rejim disngkirkan !". Tunjuk perasaan ini dikatakan yang terbesar sejak bantahan subsidi roti pada tahun 1977.

Sehingga semalam, sekurang-kurangnya hampir 4 orang terbunuh, selain 700 telah ditahan dan polis yang cedera dianggarkan kira-kira 85 orang. Hampir separuh dariapda 80 juta penduduk Mesir tinggal di bawah atau pada garis kemiskinan yang ditetapkan oleh PBB. Kemiskinan, pengangguran yang semakin teruk mengancam rejim pemerintahan Mubarak.

Korang kenal siapa mubarak?
Photobucket


Mubarak sekarang ini berumur 82 tahun. Dia sudah memerintah Mesir sejak Presiden Anwar Sadat dibunuh pada 1981. Sejak itu Mubarak tidak melantik sebaran timbalan dan membuatkan ramai orang menganggap beliau sedang melatih anaknya Gamal Mubarak untuk mewarisinya. Walau bagaimanapun, anaknya itu dikatakan melarikan diri bersama isterinya ke Londin selepas tercetusnya tunjuk perasaan.

Kerajaan Mesir mengeluarkan amaran bahawa mereka yang menyertai bantahan akan ditangkap dan dihukum manakala aktivis pula menyeru orang ramai menyertai protes pada masa seterusnya.
Bekas Ketua Pengarah agensi Tenaga Atom Antarabangsa yang pernah memenangi Hadiah Nobel 2005 berkata "Masyarakat Mesir sudah berjaya memecahkan tembok ketakutan mereka. Sekali ia pecah, tiada siapa dapat menghalangnya"

Israel?
Israel laknatullah lebih berminat untuk melihat Mubarak kekal. Sekutu Mubarak bekas duta Israel ke Mesir, Gideon Ben-Ami berkata, dia berharap kerajaan Mesir akan berjaya melumpuhkan bantahan.


Tunisia?
Kira-kira 1000 penunjuk perasaan dari sebuah kawasan luar bandar tiba di ibu negara mereka bagi mendesak kerajaan semenatara Tunisia meletak jawatan pada ahad lalu. Kumpulan penunjuk perasaan yang datang dari sebuah wilayah pertanian miskin, kawasan bermulanya pemberontakan menentang pemerintahan Presiden Tunisia Zine El Abidine Ben Ali sehingga membawa kepada pengulingannya pada bulan lalu kini mendesak kerajaan sementara turut meletak jawatan.


Pelajar Malaysia?
Seramai hampir 11000 pelajar Malaysia dikatakan selamat dan tidak terlibat dalam tunjuk perasaan tersebut. Aku tak tahu sama ada isu rogol dan pecah masuk rumah tu betul or tak. ada blogger kat SB kata tak benar, dan aku sebenarnya masih cuba contact kawan-kawan aku yang berada kat sana. InsyaAllah, kalau ada perkembangan terbaru, aku akan beritahu.


Faktor lain ?


1. Internet dan telefon bimbit disekiat.
2. 500 banduan terlepas dari penjara.
3. Keadaan kacau bilau di semua tempat.


So, bila tengok raja lawak, fikirlah kejap tentang Mesir, tengok Manchester lawan, habis je match, fikirlah sikit, dan bila lepas gayut tu, fikirlah kejap.


Photobucket


Photobucket



P/S : Moga apa yang korang fikir, jadi doa, dan doa tu dimakbulkan. Walla~

23 comments:

  1. baguslah hosni mubarak tu kena mcm ni. sejak dia sekat bekalan makanan ikut terowong ke palestin tu, aku mmg geram btol kt dia

    ReplyDelete
  2. tahniah pd rakyat Mesir yg telah bangkit menuntut hak mereka...
    kita sebagai rakyat Msia ni bler pulak nk sedar??

    ReplyDelete
  3. hmm..tak dapat kesahihan yang pasal rogol tuh kan.. xperla.. kite doakan sume rakyat m'sia selamat yer

    ReplyDelete
  4. my sis 1 of student yg trkndas kat sane. kat mansoura. doakan yg baik2 ye.. =)

    ReplyDelete
  5. ermm...lpas bace artikel yang saudara tulis ni..terpikir jugak...sebab selama ini rakyat Mesir..hidup dlm aman..tiba2 perkara yang tidak disangka2 ini terjadi keatas tanah Islam....

    jika ada sebarang maklumat lagi....saudara tmpilkanlah lagi.. :)

    ReplyDelete
  6. sama²lah kita berdoa utk keselamatan mereka semua.

    ReplyDelete
  7. smuge mereka selamat di sana..aminnnn

    ReplyDelete
  8. Salam new blogger

    nice blog...hehehe

    jom singgah blog saya

    http://zubir5588.blogspot.com
    \segala komen dan cadangan adalah amat dialu-alukan...tq

    ReplyDelete
  9. doakan mereka selamat..aminnn..

    ReplyDelete
  10. dewd.. just nk kepastian..
    aku rase jumlah banduan yg terlepas tu adalah 6000, bukan 500..
    itu berita yg aku dapt dr org kat sane la..
    btw, nice entri..

    ReplyDelete