Salam readers,
Wah, agak ramai yang komen entry aku sebelum ni. First time aku tulis macam tu. Jap-jap. Bukan first time, rasanya masa aku baru nak naik pun, memang gaya penulisan aku berbentuk macam tu. Ingat, ini blog personal, dan bukan blog yang ada ilmu tinggi di dada. Okeh. So, bila aku menulis dengan gaya kanak-kanak 7 tahun, or gaya seorang kekasih yang gedik. Itu mungkin satu transformasi yang aku cuba buat.
Dan aku masih single..
Sokonglah aku..
Sebab aku budak baru belajar..
*************
Soalan :
Salam Bro, apa pandangan bro tentang menulis blog dan menulis diari. Ada persamaan ke? Tolong huraikan dengan lebih jelas.
Jawapan :
Salam bro. Aku cuba jawab mengikut pandangan aku. So, ko tak boleh percaya benda ni bulat-bulat dan yakin serta berpegang teguh pada pendapat ni. Malah menyebarkannya macam hadis dan menulis di mana-mana blog atau artikel sampai orang lain pun amalkan. Nope.
Ini sekadar pendapat aku.
Bagi aku, menulis blog boleh diibaratkan seperti diari tapi tak semua sama. Jap, aku ulang balik, tapi tak semua ! Yup. Tak semua kita boleh anggap macma menulis diari. Menulis blog mempunyai satu perkongsian yang secara santai, but mesej yang korang tulis tu mesti difahami dan dikongsi bersama dengan orang lain. Pening? Memang aku nak bagi korang pening pun.
Sini, aku bagi contoh mudah. Okeh.
Hari ini aku tulis kat blog, " Aku ternampak seorang awek yang hidungnya mancung berbaju merah, walaupun gaya berjalannya agak kengkang, tapi hati aku berasa berdebar-debar. Adakah ini dikatakan cinta?"
Gaya penulisan korang kena jelas, terang dan nyata. Maknanya takder satu unsur keraguan yang membuatkan orang mengerutkan dahi, or terus pangkah blog korang dari awal hingga akhirnya.
Contoh kedua.
Hari ini aku tulis kat blog, " Target awek hidung mancung tadi. Baju warna merah. Jalan kengkang. Hati aku berdebar-debar. Cinta ke?
Korang nampak perbezaannya ? Penulisan diari pula lebih personal, ringkas serta santai.
Er, janganlah kerut dahi..
Aku memang tak ada bakat jadi cikgu..
Hari ini, ramai blogger suka cakap. " Gua punya blog, gua punya sukalah nak tulis apa" Totally wrong bro! Lagi bila diorang cakap "Kalau lu tak suka, sila jangan baca". Ini yang aku pening sebenarnya. Korang awal-awal dah halau pengunjung, then kenapa berblogging? Lebih baik korang pergi Kedai Rm 2, then belilah buku tulis ada mangga dan kunci comel, tulis dalam tu sesimple mungkin, siap je tulis, kunci dan simpan bawah bantal. Okeh kan? Come on. Jangan perasan kita bagus.
Ingat filem kongsi, "Lu langsi lu mati".
Kenapa perlu halau pengunjung. Korang promote iklan, tapi taknak orang datang. kenapa kupas sesuatu isu kalau taknak orang komen. Kenapa bagi tips, kalau taknak orang datang kan? Lebih baik korang tulis semua tu dalam diari je. Lagi selamat, lagi terjamin. Toksahlah dok semangat cerita kisah cintan cintun korang kat blog, then bila orang kata gedik. Mulalah melenting sana, melenting sini.
So, bagi aku. Berblogging sebenarnya korang berkongsi sesuatu yang memberi manfaat. Tak kisahlah apa-apa pun. Asalkan ada manfaat. Bukan manfaat mengutuk minah X, memperli mamat Y, menghembus tauke Z, tak, bukan semua tu. But manfaat yang bagus dan memberi bantuan pada orang lain.
Faham bro?
betul2 !
ReplyDeletesaye sokong ^^
aku suka entri ini. bagi aku ini pandangan yang tepat. kalau menulis blog untuk diri sendiri yang baca, silalah privatekan blog itu.
ReplyDeletetugas untuk blogger adalah menyenangkan pengunjung, maka bahasa dan gaya penulisan harus dijaga =)
setuju ! blog bukan macam diari . tapi kadang kadang terselit jugak unsur unsur penulisan macam diari :)
ReplyDeletethanks atas pendapat anda. saya suke. tapi kat belog i, memang banyak tentang perasaan i.. mean i, My Life.. ;))
ReplyDeletehehhehe..
ReplyDeleteske ngan cara kamuu..sye sndiri un xske ble org sllu kte nie blog aku,ske atie aku la nak tlis ape..!!
ergghh,ase cm nak bce blog dye un jdi mlas..hhehee..just my opinion..
=)
nais! gua suka gaya ni. hahaha!
ReplyDeleteEntri Terkini : Antara Fatwa Lain Perlu Dikuatkuasa Secara Serius Oleh JAKIM
watever u said..
ReplyDeletemy blog is still my diary..
lalalalaaaa..
yup. blog ni tmpt kongsi apa saje. wlupon cter itu kite suke atau tidak. jgn kate buat blog sbb nak popular sudah ler kan.
ReplyDeleteyeah mmg i like!!
ReplyDeletehaha.. mls btol nak bw kat blog yang suke mara2 pembace. -__-
ReplyDeletehmm awk. sy bru bukak emel pg tadi. sy pengguna maxis tau. nak bg topup ae? yeay. topup free lagi. hee
^^
betul tu..
ReplyDeleteoh sangat totally setuju dengn entri ni tahap dewata raya! banyak gak terjumpa blog yang bertulis 'tak suka, sila jangan baca' atau 'ni blog aku, sukati aku la nak tulis apa'.. cemana orang nak suka baca kalau awal2 lagi dah kena halau? haisyyy.. tak baik tulis gitu, terasa blogger2 lain macam tak dihargai bila blogwalking. sob sob
ReplyDeleteblog adalah satu medium untuk berhubung jugak.. :)
ReplyDeletebest la entry kali ni.. mmg mberi sedikit sebanyak ilmu pada blogger baru mcm sy... thanx byk2 junior.. hihi...
ReplyDeleteyayaya ~ betullahh tu. sstengah blog banyak gune harsh word or pekataan2 generasi baru yg ergghh. lgsung x phm.
ReplyDeletebagus aku suka entri ni
ReplyDeleteSalam~
ReplyDelete1 semangat untuk entry ni~
owner terompah caring semakin mantap dalam menulis dari hari ke hari~ syabas! ;)
blog hak peribadi..
ReplyDeletekita boleh tulis apa je..
cuma perlu jaga bahasa penulisan sbb ramai yg baca..stuju tak??hehe
jom komen tajuk ni..
http://qasehraihan.blogspot.com/2011/02/dilema-boyfriend-lebih-muda.html
sokong kamu terompahcaring...=)
ReplyDeletemakbed setuju sebulat-bulatnya dgn entri kamu.
ReplyDeleteaku tulis blog ikut suka, bahasa pun tunggang langgang..keh3
ReplyDelete