Sunday, 13 February 2011

Penyakit baru pengguna mukabuku ?!


Salam readers,

Semakin hari, semakin ramai pengguna facebook yang bertambah. Perkembangan ini kadangkala mengundang pelbagai aspek positif dan tidak kurang juga aspek negatif. Bobhensem merupakan salah seorang jejaka yang kacak lagi tampan. Dia tidak  pernah ketinggalan dalam mengikuti perkembangan gajet-gajet semasa. Sekiranya ada widget baru keluar, esoknya confirm dah ada benda itu kat tangannya.

Dijadikan cerita, satu hari, 2 orang rakan baiknya Azrikacak dan YunusMacho berbual tentang satu laman sosial network de depannya.

Azrikacak : Der, semalam aku jumpa awek baru kat mukabuku. Perh, dari muka dia, aku rasa mesti bagus perangai dia. baik, sopan santun.

Yunusmacho : Ala der, cakap je tak gunalah, ko dah tegur dia ke belum?

Azrikacak : Aku baru add. Tunggu dia approvelah, baru aku boleh usha dia macam mana. He he.

Yunusmacho : Weyh, bobhensem, ko punya mukabuku apa cerita?

Bobhensem : (terpinga-pinga) mukabuku? Er..

Yunusmacho : La, buat-buat tak tahu lak. Ko kan market kat u ni. Takkan mukabuku pun tak tahu.

Bobhensem : Er, tahulah. Takkan aku ni slow sangat tak tahu kan. (dalam hati, satu benda pun tak tahu) weyh, aku kena balik ni, nak basuh baju, nanti hujan tak sempat kering lak. Okeh der, chow.

************

Sampai bilik, bob dengan semangat mencari apa itu mukabuku. cari punya cari kat pakcik google, akhirnya fahamlah dia. Mukabuku tu merupakan satu fenomena baru dalam laman sosial.

Oleh kerana masih baru dalam bermuka buku, maka bob cuba mencari satu jalan dan cara untuk memarketkan dirinya. Dia mengadd semua jenis orang berdasarkan kepada paras rupa dan mula melancarkan kata-kata manis.

Penyakit yang dilalui bob ini juga dialami oleh aku dan para pengguna muka buku yang lain. Antara penyakit-penyakit lain adalah.

Add pengguna muka buku yang tak kenal, asalkan dia ?

- Cantik@hensem atau seksi ! 
- Banyak persamaan, contohnya suka dengar muzik yang sama genre.
- Popular. Kawan yang ramai dan ribu riban.
- Sporting dan suka melayan.

Selalu approve, antara yang diapprove?


- Suka approve application, walaupun tak main sangat lepas masuk tu.
- Jawab kuiz-kuiz walaupun sebenarnya tak ada kepentingan sangat.
- Event ! Walaupun event kat sabah or kedah dan tak mampu datng.
- Group ! Walaupun tak tahu group tu berkaitan dengan apa.


Betul tak pengguna mukabuku yang sedang baca ni? Jangan tipu, aku pun sama kes macam bob ni. He he.

Photobucket
P/S : Penyakit ni ada ubat tak ? Nak carilah kat klinik kerajaan. Dapat free. Walla~

14 comments:

  1. LOL! fb tuk memarketkan diri.
    6ketol sringgit, mari-mari! camtu ke?
    haha! adeh! =PP

    ReplyDelete
  2. hantuk kepala sendiri kt dinding 10x...

    ReplyDelete
  3. mujur takde mukabuku.. hehe

    ReplyDelete
  4. salam syafiq..dulu macam tu la...sekarang dah tau macam2 dah..tak wat gitu da..:)

    ReplyDelete
  5. aku tak.. hoho~
    approve if mmg aku knl or kwn kepada kwn..
    application game mmg xmen lgsg..
    tp kuiz2 tue aku rajin.. ngee~

    ReplyDelete
  6. selalunya org lawa2 nih smua blagak2 kcuali kita rapat dgn dia la

    ReplyDelete
  7. ada betulnya ape yg awk ckp tu..tp xsemua org mcm tu.. =)

    ReplyDelete
  8. wow. nasib xde la smpi mcm tu skli. ini dh btul2 addicted dgn fb dah ni.. nahas3.. haha

    ReplyDelete
  9. hahahha... cam kenal je watak2 tu... ksian si bob nie... jd bahan...

    ReplyDelete
  10. kadanng2 dorang berhati2...tu pasal dorang nak approve pikir 2-3 kali..^^'

    ReplyDelete