Friday, 18 February 2011

Salah ke lelaki menangis wahai kaum wanita ?


Salam readers,

( Aku cuba jadi lelaki sejati dalam entry ni, aku tahan air mata dari keluar, dan aku cuba kuatkan otot-otot aku supaya bila orang nampak aku, dia tak ejek aku lelaki kuat nangis )

Salah ke seseorang lelaki menangis ? Kenapa bila lelaki menangis, akan ada segolongan orang yang berlainan jantina berkata.

" Er, kelakarnya lelaki menangis"
" Eh, macam pondan lah dia tu menangis"
" Adoi, kuat tacinglah laki macam ni, hati tisu betul"

Kenapa dan mengapa? Sebagai melakonkan watak seorang lelaki yang berotot sasa dan bermuka bengis, aku cuba kupaskan satu persatu.

Dan aku tengah tahan air mata ni...
Sambil tunggu panggilan dari mak aku.

*************
Kisah pertama.
Sekitar tahun 200+, sewaktu aku kecik lagi. Aku balik dari sekolah. Masa tu jam menunjukkan lebih kurang pukul 2 petang. Ouh, penatnya belajar. Sampai di rumah, baru je aku buka pintu, tiba-tiba ayah aku berkata pada aku dengan nada yang kelam kabut.
"Cepat siap, kita kena balik kampung sekarang"
Aku rasa pelik. Penat balik, dah kena bersiap pergi sana. Aku ikutkan saja dengan muka yang masam dan mulut yang mengomel. Tapi aku terfikir, apa yang berlaku sebenarnya sampai ayah aku.

Sampai di kampung, baru aku tahu nenek aku telah meninggal dunia. Al-fatihah. Menyesal pulak buat muka masam mencuka sepanjang perjalanan tu. Dan masa tu, aku perasan ayah aku menangis sepanjang perjalanan. Paling sedih bila sampai di kampung dan semasa ayah aku menjadi imam kepada jenazah nenek. Sedih. Di sebabkan sedih tu, aku pun ikut menangis, walaupun aku cuba cover dengan berulang alik ke bilik air.

Aku tak faham kenapa perlu menangis, dan aku tak faham kenapa aku menangis. Maka, aku pergi mengesot ke arah mak aku. Mengesot bukan sebab aku sakit kaki, but sebab ramainya orang dalam rumah tu. Sampai, aku bertanya mak aku, kenapa ayah menangis. Ayah tak malu ke orang lain tengok?

Apa mak aku cakap?

"Lelaki akan menangis bila kehilangan orang tersayang"


Dan aku cuba menganggukkan kepala tanda faham. walaupun aku sebenarnya tak berapa nak faham.

*************************

Kisah kedua.
Seorang kawan aku baru putus cinta. Dan dia meluahkan pada aku dalam keadaan hingus meleleh-leleh. Nangis punya pasal, comot pun tak menjadi masalah. Kisah dia sayangkan perempuan tu, dah belikan macam-macamlah, dah jumpa parentslah. Masa tu, aku tak ada kawan perempuan lagi dan sebagai seorang single sejati, aku buat endah tak endah masa dia cakap. Aku terfikir, apa jenis lakilah, nangis sebab perempuan. Yup, perempuan je kot. Kan banyak perempuan akhir zaman ni. Pilih jela.
Dijadikan kisah, selepas beberapa bulan, aku pula mengalami situasi macam dia. Dan aku jumpa dia dengan keadaan hingus yang lagi banyak meleleh berbanding dengan dia dulu. Aduhai. Malu.

Kenapa aku menagis sampai tahap macam tu? Bila aku tanya orang yang berpengalaman, diorang cakap?

"Lelaki akan menangis bila kehilangan orang tersayang"


*************************

Lelaki sangat ego untuk menangis. So, bila kiteorang menangis, orang perempuan patut melonjak kegembiraan, mungkin boleh buat satu majlis kecil untuk raikan benda ni. Kan? Beryukurlah wahai orang wanita. Lelaki menangis, bukan patut diperkatakan bukan-bukan, bukan patut dikutuk-kutuk belakang, tapi lelaki pun kadang-kadang hendakkan perhatian dari yang tersayang. Lelaki nak zahirkan perasaan diorang tu. Faham kan?

"Boleh pandang-pandang"
"Jangan pegang-pegang" 
"Duduk renggang-renggang"
"Bertambah sayang"
 ( Bunyi ringing tone)

Ops, mak aku dah telefon. Pergi dulu ea. Rindu pulak mak.

Photobucket


P/S : Lelaki bertukar perempuan, ada lebihan kat dada or jalan ala-ala kucing dikecualikan dalam hal ini. Walla~

33 comments:

  1. x slh pon..tp seboleh-boleh nye jgn lh tnjuk tngisn d khlyk rmay..tngisn laki adlh 1 klmhn laki...

    o_0 v

    ReplyDelete
  2. saya xpenah pndng rendah pada lelai yg menangis..lagi suka lelaki menangis ada la..2 mknenya dorg masih lagi mempunyai perasaan sedih..tp xde la nak cakap lelaki yg xmenangis 2 xde perasaan sedih..mgkn dorang ada..cuma ego punya pasai dorang tak mau nangis..hehe..betol x?

    ReplyDelete
  3. well... i used to cry too... even till now... lelaki akan menangis bila kehilangan orang tersayang... i agree with the saying... if x nanges... cam xde prasaan lak mnusia nie... cmne ne sifu??? am i right???

    ReplyDelete
  4. nice entry syafiq~ lepas ni kalo de lelaki menangis, ok, saya tak gelak lagi dah...:D

    ReplyDelete
  5. x slh llki menagis...
    sy ske llki yg x cover2 macho nih^^
    luah jewp ap yg trpendm...
    apa2 un, sy salut org cm kamOo snd2 :)

    ReplyDelete
  6. wah, best entry bro..

    aku juga seorang lelaki, kadang2 manangis bila kehilangan org tersayang!!!

    ReplyDelete
  7. xsalah...touchin bila lelaki nanges...ase nak nanges gak...

    ReplyDelete
  8. x salah utk lelaki menangis...air mata adlh anugerah dr ALLAH..lelaki sinonim dgn sifat ego krn itu mmg penciptaan ALLAH keatas kaum adam. dlm keegoaan seorang lelaki masih ad kelembutan..dlm ketegasan seorang lelaki masih ada belas kasihan..

    ReplyDelete
  9. bkn sng nk tgk laki ngs nihh.. hihi

    ReplyDelete
  10. for me.. lelaki yg sejati tulah yang x malu nk nanges.. bukti korng pun ade perasaan jgk.. bukan hati kering je..

    ReplyDelete
  11. x salah lelaki menangis.. lelaki ni pon manusia yg ade hati dan perasaan tipula kalo ckp ade org yg x penah nangis seumur hidop dia....
    chill ok :)

    ReplyDelete
  12. xsalah pun.. lelaki pun ade perasaan jgak kan... so.. xkisah sgt la..

    ReplyDelete
  13. best entry.... tacing abis. kipidap~ =)

    ReplyDelete
  14. agreed. lelaki menangis bila kehilangan orang yang tersayang.

    semua org pun tau lelaki mmg susah nak menangis. tapi lelaki pun ada hati and perasaan. sy rasa tak salah kalau lelaki menangis. :)

    lelaki menangis bukan tanda dia lemah/lembut, tp dia kuat sebab berani tunjuk yang dia juga ada sisi lemah dalam diri dia.

    ReplyDelete
  15. perempuan klu tgk laki nangis mst dia nk nangis gak .tp aku klu nangis aku sorok2 .HAHA .

    ReplyDelete
  16. lalalalala...haha..

    ReplyDelete
  17. pernah tengok ayah menangis buat kali pertama time ayah sakit. time tu ayah mabuk ubat then bila ayah da sehat saya ty ayah, kenapa ayah nanges time tu, ayah cakap

    "ayah menangis sebab ayah fikirkan kematian, dan amalan yang akan dibawa"

    ReplyDelete
  18. nangis teresak2 maybe nmpk pelik especially dpn org tapi nangis takat kuar air mata itu comel....hey u guys got feeling also....just show off, xpyh nk tunjuk macho je.... :)

    ReplyDelete
  19. betul2..dr pendam dalam hati bek luah kan dgan tangisan..xske laki yang ego sgt..

    ReplyDelete
  20. kisah pertama : memang sedih,al-fatihah kat arwah nenek syafiq .. CL nk ngis bce yang first.. CL pkir perasaan ayah syafiq mse kehilangan orang tersyg kan.. nsib tahan je niey , kalau tak , meleleh jugak kan..

    kisah kedua:bila baca yang kedua, errkk... ngis sbb pompuan,?? oke la , betol la tu kan menangis bila kehilangan orang tersayang .. msa niey la laki nak nangis kan..

    last~ alahai,ksian nye syafiq niey,mak tepon da ngis,msti rindu sangat dak?? bgus syafiq :)

    komen CL jadi terpanjang plak. ahaha.. btw,nice entry,nice info . tu yang panjang je komen :p

    ReplyDelete
  21. lelaki menangis???Owh...so cute..xsalah lelaki menangis...jelas terbukti s`org lelaki yg nangis tu masih ade ati dan perasaan bukan jenis yg ati kering..!!

    ReplyDelete
  22. x salah untuk lelaki menangis.. tu menunjukkan lelaki tu peka n sensitif dgn org di cc n plg bagus..dia x terlalu ego. sbb bukan mudah nk tgk lelaki menangis ok.. tp bertempatlah... mcm situasi di ats tu,mmg patut pun lelaki menangis.. n 1 lg slalunya lelaki akan menangis saat melihat isteri berdepan dgn detik kelahiran...:)

    ReplyDelete
  23. adik!!!!!akk still remember both of dia 2 cerita...ble kte sygkn seseorg,kte akn menangis ble kehilangannya..biala org laen nk ckp kte llaki x macho ble menangis ke,gembeng ke,ape ke,bg akk,ble lelaki menangis,itu adala perasaan mereka yg sebenar...n,rse2,dua kali dh awk menangis mse col akk,heehhehehe, :)..
    its ok,expression of feeling,show that,u really2 care n love dat person...

    ReplyDelete
  24. it never a sin for a man to cry..
    menangis tu kan tanda orang tu hati dia lembut..and lembut kat sini bukan bermaksud pondan..and hati yg lmbut lebih sng terima nasihat/pandangan dan hati yg lmbt dekat dengan Allah berbanding hati yg keras cam batu..~

    ReplyDelete
  25. ingt senang ke nak tgk laki menangis..

    dah la ego depa2 semua stok tingi...

    so klu drg nangis sebb seorg perempuan .. tht means drg syg prmpuan tu..

    sekian...

    ReplyDelete
  26. bagi nelly , tak salah ...
    sebab bila nangis , perasaan boleh reda . .

    ReplyDelete
  27. tak salah..lelaki pun manusia juga..
    ada hati n perasaan..

    menangis la puas2... :
    http://jarijemariemas.blogspot.com/2011/02/menangis-la-puas2.html

    ReplyDelete
  28. xde salah kat mana2 pun kalau lelaki menangis. cuma kadang2 orang lelaki je yg egonya terlampau kuat.. konon2 nak tunjuk macho.. =)

    ReplyDelete
  29. tak salah pun lelaki menangis. it shows that die berani nk tnjukkan emosi die. lagipun lelaki pun manusia yang ada perasaan jugak :)

    ReplyDelete
  30. tak lah lelaki menangis sangat sweet, touching tgk sbb diorng jrng nak nangis~

    ReplyDelete
  31. menangis dalam keadaan macho tak pe dengan reason yg kuat takpe..tapi kalau lelaki menangis manja dengan reason yang hampeh...sunggok burok rupenye dan mmg kompom kene kutuk

    ReplyDelete
  32. setuju sangat dengan statement ''lelaki akan menangis bila kehilangan orang tersayang''. tu la yang perempuan tak faham tentang lelaki.lelaki tu bukannya lemah kalau menangis. manusia kan semua ada perasaan. takde dalam dunia ni manusia yang hati batu sampai tak boleh menangis. tak kira lelaki ke perempuan ke, semua ada hati yang bukan batu betul tak? ;)

    ReplyDelete
  33. bile lelaki menagis depan perempuan? ape yang perlu dibuat ye??

    ReplyDelete