Salam readers,
Sudah lama, sudah lama, sudah lama sangat..
Sudah lama sangat aku tak update blog ni. Maaf-maaf. Sebenarnya sejak hari jumaat lepas, aku dah mula kerja dekat bangi kopitiam area Port Dickson ni. Hari ni pun akan masuk kerja pukul 4 nanti. So, agak busy di situ. Blog, twitter hatta facebook pun tak menyempat nak komen-komen dengn member-member. Ohya, kalau sesiapa yang lalu kat Port dickson, tak kisahlah nak ke melaka or nak ke Sepang, singgah-singgahlah kat sana. Boleh buat gathering sekali. He he.
Perkara kedua aku nak cakap adalah, yeyah dapat nuffnang yang ke 13. Thanks pada cik nuffnang. Tak sia-sia den setia kat hangpa semua. So, sekarang ni ada 5 buffered earning yang sedang running kat blog terompahcaring ni. Korang nak petua ? Dulu aku ada tulis, korang leh lah try cari ea.
Masa ni, satu dah jadi metered earning. :)
Dah-dah, jom pergi pada topik kali ni.
************
Ramai orang tanya, kenapa aku suka guna ganti diri 'aku' dan 'guwa'. Bagi sesetengah orang yang suka akan keformalan dan mempunyai nilai adab dan kesopanan yang tinggi, word aku dang guwa tu sebenarnya agak kasar dan tak sopan. Okeh-okeh. Meh aku terangkan satu persatu.
Dalam dunia blogger, akan ada 3 je words kata ganti diri yang blogger selalu guna. Pertama word aku dan guwa. Kedua, word saya, dan ketiga adalah pengunaan nama sendiri. Antara ketiga-tiga kata ganti diri ni. Aku sendiri lebih suka gunakan 'aku'.
Apa aku cakap ni..
Kiranya aku suka gunakan kata ganti diri aku. Sebabnya ? Word ni lebih relaks dan lebih santai berbanding dengan words lain. Cuma, pertamanya aku nak mintak maaf sangat-sangat pada blogger or readers yang lagi tua daripada aku, seriyesly, tak pernah terlintas pun niat nak kurang ajar. Dalam blog memang gunakan word aku tapi kalau jumpa kat luar, den akan gunakan word 'saya'. Okeh.
Aku ni pandai hormat orang tua sebenarnya..
Selalunya blogger yang suka gunakan word aku adalah blogger yang lebih santai penulisannya dan kebanyakkan berkisar tentang kisah kehidupan seharian mereka. Dan mereka-mereka ni tak skema sangat dan takderlah serabai sangat.Kenapa aku cakap camtu ? Sebab kebanyakkan blogger yang guna word aku adalah lelaki.
Word kedua adalah 'saya'. Sesetengah orang mengatakan word ini lebih sesuai digunakan untuk semua golongan dan nampak lebih berbudi bahasa dan sopan. Bagi aku, blogger yang macam ini lebih menjaga penulisan mereka dan target readers mereka adalah orang-orang yang berpendidikan tinggi dan lebih kepada orang yang suka kepada perkara-perkara yang kemas dan tersusun. Tak percaya ? Blogger macam ini, kalau korang tengok penulisannya mesti kebanyakkan berkisarkan tentang informasi dan teknologi. Mereka hendak menjaga ada mereka dengan readers mereka.
Yang ketiga adalah penggunaan kata ganti diri nama sendiri. Kebanyakkan blog yang menggunakan word ini adalah perempuan. Biasalah, perempuan sudah tentu sifatnya manja dan comel. So, perkara tu pun terbawa-bawa dalam penulisan blog. Bagi aku kalau perempuan menggunakan nama sendiri, mungkin tiada masalah, tapi kalau lelaki yang gunakan, mungkin ada kelucuan kat situ. Seriyesly, apa pun, benda ni terpulang pada diri masing-masing. Blog sendiri, sendiri punya suka lah nak tulis apa-apa pun.
Korang jangan risau apa pun kata ganti diri korang guna, bila blog korang dah ada loyal readers, inshaAllah, apa korang tulis hatta 'saya hendak tidur pun', diorang akan baca dan suka. :)
P/S : Aku,saya atau terompahcaring. Sama je maksudnya. Walla~
bangi kopitiam ni area mne eh??
ReplyDeletebetoi itu..sukee....:)
ReplyDeletehahaha... aiza macam2 guna... aku, guwa, awook.. Cik... nama pun ada... hehehe
ReplyDeletesetuju dgn penggunaan 'aku'. Santai je rasa :)
ReplyDeletenak guna kamek lah...boleh?
ReplyDeletebetol2.
ReplyDeleteguna aku macam lebih rapat je.
lagipon dalam doa pon guna aku jugak :)
macam entry kite yg ni http://www.miraedora.com/2011/05/aku-kau-i-you-saya-awak.html hehe lebih prefer aku kau ;D
ReplyDeletebetoi betoi betoi last sentance tu
ReplyDeleteaku perempuan, aku suke guna "aku" and kadang2 "gua"
ReplyDeletetakdehal lah.
Asalkan orang tahu hati kite macam mane. bagi aku. bahasa tidak mencerminkan diri.
perkataan 'Aku' sering di gunakan sebab selesa kot..aku memang praktikkan pakai 'Aku' or 'Kacang'..^^
ReplyDeleteMse bagi komen,prefer gune 'saya',tp mase tulis en3 gune 'aku'..pelik x?hihi
ReplyDeletesetuju sgt2..ape pun kata ganti diri yg digunakan..yg pnting ialah keikhlasan mereka dalam mnyampaikan sesuatu..=)
ReplyDeleteme, guna aku jugak dalam blog... but i'm a girl... wee~
ReplyDeleteaha . smalah saya pun suka buat entry guna 'aku' tapi kalu ckp dengan org kebanyakan saya guna 'saya' . haih ..:D
ReplyDeletetak kisah kata ganti nama tu..yg pnting blog santai dan ada informasi :D
ReplyDeletetq singgah blog MDT :D
terharu mak!
tak reti nak guna nama sendiri. huhu. jadi yg selalu digunakan ialah aku. agak kasar jugak la. jadi kadang2 guna sya jugak. hehe :D
ReplyDelete