Salam readers,
Tadi lepak-lepak sat dekat blog abang sedare aku, Suterablogger yang aku anggap otai antara otai dalam dunia blogger ni. Dari dia lah, aku berjaya sampai tahap macam sekarang. Thanks bro, nanti bulan 5 ni, lepak makan nasi minyak kat batu pahat okeh.
Actually, aku tertarik dengan entry dia berkaitan dengan sahabat dan kawan. Tak silap aku, aku pernah gak buat entry pasal benda ni dulu. Mungkin ? Aku pun dah lupa. Kali ni aku just nak share dengan korang macam mana nak cari kawan sejati dari dulu sampai sekarang. Memang betul kawan dan sahabat tak sama. Kawan bila senang je ada, sahabat lak masa susah dan senang.
Persoalannya. Macam mana nak dapat sahabat ? Kawan memang ramai. Tapi sahabat masa susah dan senang memang sukar nak cari. Bagi aku persepsi orang pada sahabat memang berbeza. Ada gengster yang suka kawan dengan gengster, so dia akan anggap member dia tu terbaik. Ada orang yang kawan dengan budak surau, so dia anggap kawan dia tu sahabat dia.
Cuma sejauh mana kita tahu yang dia akan bersama dengan kita masa susah dan senang ? Jom aku senaraikan antara ciri-ciri orang yang boleh dipercayai dan dibuat sahabat.
1. Boleh kongsi apa sahaja.
Bila korang ada masalah, dan dia ada masalah. Tiba-tiba, masalah korang akan selesai dulu baru dia. Tapi depends pada keadaan jugak, kalau masalah dia lagi besar dari diorang dan perlu didahulukan, so jangan nak anggap korang belum jumpa calon yang sesuai. Sahabat macam ni selalunya pandai simpan rahsia, dan dialah tempat korang nak share all the problems.
2. Memahami.
Setiap apa yang dia nasihatkan, or pendapat yang dia utarakan, korang takkan rasa sikit pun tak percaya. Korang boleh terima segala apa yang dia cuba sampaikan.Nasihat yang dia berikan gak boleh masuk akal. Bukan sekadar curahan negatif dan bercampur baur dengan emosi. Orang macam ni, confirm perlu dijadikan sahabat.
3. Matang.
Jap-jap. Ni aku huraikan je. Kadang-kadang bersifat kebudak-budakkan tak semestinya tak matang. Cuma ada certain tempat dia akan macam tu. Bila ada masalah dengan orang sekeliling or masalah berkaitan dengan keluarga, dia akan berikan pendapat yang positif disertakan sekali dengan perkara susulan yang korang perlu buat. Maknanya dia tak sokong sebelah pihak je dan tak biarkan korang usaha cari idea sendiri untuk selesaikan masalah.
4. Jujur.
Susah nak tahu sama ada seseorang itu jujur atau tak. Tapi mungkin korang boleh cuba dia dengan soalan-soalan yang korang dah tahu awal jawapannya. Bila korang dah jumpa orang jujur macam ni, cubalah berkawan dengan dia.
5. Pandaikan gembirakan korang.
Bila korang sedih, dia takkan tikut bersedih dengan korang. Cuma dia akan pastikan korang kembali gembira. Teringat lak masa aku zaman sekolah, bila aku putus cinta, member-member aku ni bawak aku pi makan kat kantin. Apa rasionalnya aku pun tak tahu. Tapi dari situ, aku tahu yang diorang ambil berat pasal aku.
Zaman sekarang susah nak cari kawan yang betul-betul bagus. Kalau ada pun tak ramai. So, usahalah cari kawan yang terbaik. Aku pernah terbaca satu hadis ni, untuk korang tahu sama ada dia tu betul-betul boleh jadi sahabat korang, korang kena keluar bermusafir dengan dia selama 3 hari berturut-turut. dari situ, bila terjadi apa-apa, korang akan tahu perangai dia yang sebenarnya.
P/S : Bila dah kahwin, sahabat sejati korang adalah isteri korang sendiri. Walla~
Teringat pulak lagu nasyid teman sejati..hehe
ReplyDeletehaha..lawa gambar..
ReplyDeleteyups
ReplyDeletememang susah nak cari
sebab tu bila dah jumpa kena jaga betul2
Blog Rollo De Pelicula
i love my 'sahabat' .. lucky to be friend with her..
ReplyDeletetol ker??? cam tak logik jer...patut tambah ble dah rapat akan musuh lepas tu...mmg tobat la malas nk cari kawan sejati...menyakitkan hati..
ReplyDeletesahabat yang baik menegur bila kita buat salah dan rasa bersalah jika tidak menegur kesalahan kita.
ReplyDeleteyang menyokong kita walaupon kita salah itu cuma main politik dan tidak jujur.
susah nak dapat sahabat beb... Kawan ramai tapi adakah diorang rela kamikaze untuk kita bila kita susah? wah dem itu susah nak jumpa
ReplyDeletemencari kawan itu mudah..namu sukar skli bertemu seorang sahabat..=) _WADi
ReplyDelete