Salam readers,
Satu hari di sebuah perkampungan orang kampung, terdapat sebuah keluarga yang hidup aman dan harmoni. Si isteri selalu menolong si suami, dan si suami selalu menolong si isteri. Bila ada masa, masing-masing akan bergurau senda sama ada di dalam atau pun di luar rumah. Senang kata, mereka semua hidup aman dan damai. Dan bertambah indahnya, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang cukup cantik dan rupawan. Terdapat tahi lalat comel di dagunya. Barang sesiapa yang melihat, pasti tertawan.
Disangkakan panas hingga ke malam,
rupanya hujan di tengah hari,
Bila sampai masanya, anak perempuan itu berkenan untuk berkahwin dan teringin mempunyai suami sendiri. Seronoknya dia melihat kebahgiaan yang terjalin antara ibu dan bapanya. Seronoknya dia mengimpikan cahaya mata sendiri. Si anak ini sudah mempunyai pilihan hati sendiri. Bila dikhabarkan berita tersebut kepada ibu dan bapanya, alangkah sedihnya dia sebab permintaannya ditolak dengan sekerasnya. Rupanya, si bapa sudah mempunyai calon menantunya yang tersendiri. Anak penghulu kampung sudah lama dinantikan menjadi menantu keluarga sendiri.
Alangkah sedihnya si anak tadi. Maka, menangislah dia sehingga terkeluar semua cecair-cecair dari hidungnya. Mata membengkak kerana mengenangkan nasibnya yang malang. Malang yang tidak berbau.
Oleh kerana si anak tadi masih tidak berputus asa untuk tidak berkahwin dengan anak penghulu kampung, maka dia mencari jalan untuk menolak permintaan ayahnya tersebut. Dicarinya imam kampung. Diberitahu segala bagai masalahnya dari A hingga Z. Imam kampung yang sudah lali mendengar masalah sebegitu hanya mengangguk sambil duduk bersila dengan sopan.
Maka berkat pelajaran dan mengaji sebelum dilantik menjadi imam, si imam datang berjumpa dengan keluarga perempuan tadi. Duduk semeja dengan si bapa untuk menolong si anak perempuan tadi.
Maka bermulalah syarahan si imam kepada si bapa.
Wahai pakcik, perkahwinan merupakan ikatan antara dua insan yang saling bersetuju untuk hidup bersama sebagai suami isteri. Niat utamanya bukanlah kerana nafsu, tapi atas dasar senang sama senang. Persetujuan ini amat penting bagi memastikan bahawa perkahwinan tersebut dilangsungkan berdasarkan perasaan kasih sayang dan hormat menghormati. Oleh itu, baik menurut ajaran Islam mahupun undang-undang syariah di Malaysia menetapkan bahawa kedua-dua pasangan yang ingin berkahwin agar setuju dan rela akan perkahwinan itu. Pakcik faham ?
Si bapa tadi mengangguk tanda faham.
Pakcik, kepentingan persetujuan pihak perempuan dalam melangsungkan sesuatu perkahwinan bukan terdapat di bawah undang-undang syariah Islam semata-mata, malah terdapat juga hadis yang menyebut bahawa pihak perempuan perlu bersetuju untuk diijabkabulkan dengan seseorang lelaki sebelum perkahwinan itu dianggap sah.
Di dalam Sahih Bukhari ada diriwayatkan dua hadis mengenai perkara ini, bahawa wali tidak boleh mengahwinkan seorang anak dara atau wanita yang pernah berkahwin tanpa persetujuannya.
Untuk meyakinkan lagi si bapa tadi, si imam menambah lagi hadis yang kedua. Terdapat juga hadis dalam Sunan Nasai Juzuk II bahawa Rasulullah s.a.w. telah menawarkan untuk membatalkan perkahwinan seorang gadis yang telah dikahwinkan oleh bapanya tanpa persetujuannya. Hadis tersebut berbunyi seperti berikut:
Adalah diriwayatkan oleh Aishah r.a. bahawa seorang gadis telah datang kepadanya dan berkata bahawa bapanya telah melangsungkan perkahwinannya dengan anak saudara bapanya untuk meringankan kemiskinan pemuda itu melalui perkahwinannya.
Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar aduan gadis itu, baginda pun memanggil bapa gadis itu, dan di hadapan bapanya membenarkan gadis itu berkahwin mengikut pilihan gadis itu sendiri. Lalu gadis itupun menjawab: Wahai Rasulullah! Saya menerima pilihan bapa saya. Saya hanya mahu kaum perempuan sedar yang mereka mempunyai hak penuh ke atas diri mereka (dalam hal ini).
Berkat keihlasan si imam tadi memberi penerangan, maka si bapa mengizinkan si anak berkahwin dengan lelaki pilihannya. :)
************
Hari ini, korang kalau tak dapat kahwin dengan pasangan pilihan korang, tak payahlah nak bunuh diri, hiris tangan segala bagai. Relaks. Jodoh peretemuan itu di tangan Allah, pasti ada yang terbaik untuk korang. Ops, korang dan aku.
InshaAllah.
Kuliah agama hari ini tamat. Tettt....

P/S : Lelaki baik untuk perempuan baik. Tapi, kalau lelaki tu dulu jahat, sekarang baik, dia tetap dapat perempuan baik. Walla~
bg aiza... jika kita yakin dengan ALLAH... maka apa jua yg terjadi x kira baik atau buruk pd kita... ia adalah yg terbaik... kerana ALLAH berkuasa dilangit dan bumi... dari situ... kita boleh belajar erti redha...
ReplyDeletesetuju !! jodoh pertemuan di tgn Allah..
ReplyDeletehehe suka ayat yang last tu.
ReplyDelete"Lelaki baik untuk perempuan baik. Tapi, kalau lelaki tu dulu jahat, sekarang baik, dia tetap dapat perempuan baik"
awwwwwww... so suwit. betul3x. tak payah nak terjun kb mall ke hiris tangan ke ape... jodoh pertemuan tu kan kerja Allah.
ReplyDeleteterbaru--> SECEBIS DAGING DI MATA KAIL --> .download.
cite rekaan sendirikah ini...sweet akhirnya dpt kawen ngan plhn ati...:)
ReplyDelete