Monday, 2 May 2011

3 ustaz a.k.a penceramah yang aku kagum !


Salam readers,

Alhamdulillah, makin rasa semangat lak bila nak berblogging bila exam nak semakin habis. Banyak sebenarnya faktor lain yang membuatkan aku makin semangat. Antaranya makin ramai blogger yang aku kenal dalam dunia blogger ni. Hubungan ngan kawan-kawan dan orang-orang sekeliling pun makin bagus. He he. So far, thanks to Allah. Dan thanks pada hangpa yang support belog ni dari dulu sampai sekarang.

Tibe-tibe guwa rasa nak tacing lak.

Okeh-okeh. Hari ni, aku baru lepas study statistic yang memyenakkan kepala otak lagi-lagi bagi orang macam aku yang memang tak minat mengira. =.=' Lepas study tadi, tiba-tiba terdetik nak update blog yang dah bersarang ni . Kali ni, aku just nak kongsi dengan korang semua terutamanya remaja-remaja tentang beberapa orang ustaz yang aku dan kawan-kawan aku kat u ni selalu tengok. Seriyes, terbaik habaq hang. Bila aku ada masalah berkaitan agama, ustaz-ustaz ni lah antara tempat-tempat yang aku akan rujuk dulu selepas Al-Quran dan hadis.

 Jom usha..

1. Ustaz Kazim Elias.




Korang pernah dengar tentang Ustaz Kazim Elias ? Ceramah-ceramah dia ? Aku rasa nakal macam mana seseorang tu pun mesti dia pernah dengar pasal ustaz ni. Jom, aku terangkan biodata tentang ustaz ni. Al fadhil Ustaz Mohd Kazim Bin Elias Al Hafiz adalah merupakan seorang pendakwah bebas di negeri Perak sejak tahun 1990. Beliau banyak memberikan ceramah-ceramah berkaitan dengan perkahwinan, motivasi, hari kiamat dan sebagainya. Kenapa aku tertarik dengan ceramah beliau ? Sebab ceramah beliau sangat sempoi tapi sangat-sangat bermanfaat. Walaupun usia beliau dan aku sangat jauh, tapi gaya penyampaian dia sangat diminati oleh remaja-remaja seusia aku. Paling aku suka adalah loghat utara yang kadang-kadang keluar. Ha ha

2. Ustaz Azhar Idrus.




Pernah kenal dengan Ustaz yang berasal daripada terengganu ni? Korang kalau jenis yang sukar faham bahasa terengganu mungkin agak sukar nak faham apa yang  dicakapkan oleh ustaz ni sebab kebanyakkan ceramah-ceramah beliau disampaikan dalam bahasa terengganu. Jom usha biodata beliau. Berasal daripada Kuala Terengganu. Pernah jadi seorang pemuzik pada tahun 1985. Belajar talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun. Penyampaian beliau lebih kurang sama dengan Ustaz Kazim Elias sebab ada unsur-unsur humor dalam penyampaian beliau. Dan ternyata memang awesome !

3. Ustaz Akhil Hayy.


Ustaz Akhil Abdul Hayy yang lebih senang namanya dibunyikan sebagai 'Aqil, bekas vokalis kumpulan rock D'Riyadh yang mewarnai persada seni tanah air sekitar penghujung 1980-an. Transformasi daripada kehidupan sebagai penyanyi kepada pendakwah menjadikan perjalanan kisah hidupnya menarik perhatian terutama di kalangan jemaah yang setia mengikuti setiap ceramah agama beliau. Aku tertarik dengan cara Ustaz Akhil Hayy memberi ceramah yg lebih mesra remaja di samping banyak diselitkan dengan lagu-lagu berbentuk dakwah. Dan kehebatan beliau dalam berzanji dan mengalunkan lagu-lagu nasyid membuatkan aku terus jadi pengikut setia beliau.

Apa lagi, jom usha video-video mereka di youtube. Confirm korang akan tertarik. :)

P/S : Guwa tak pangkah bendera hijau waima biru jugak. Walla~

9 comments:

  1. Assalam...suka dgn ustaz azhar idrus...mmg sempoi habis...utz azhar straight forward jer...mmg jelas point2 beliau ceramah

    ReplyDelete
  2. he3..same r macam aku..aku pom suka jgk ustaz2 nih..tapi kalau kt kelantan sana, ramai jgk la ustaz yang aku suka lagi..

    ReplyDelete
  3. eyka tak suke akhil je awak..yg lain okei kot ;)

    ReplyDelete
  4. suke2 dengor ceramoh ustaz azhar...jujur..memang kalau bukan org ganu n kelantan ssh sikit nak faham

    ReplyDelete
  5. kite tak pernaj dengar ustaz akhil hayy punya ceramah. hee. sebab tak berapa nak minat. ustaz2 lain tuu mmg minat la!

    ReplyDelete
  6. sangat10ox! suke ngar ceramah ustaz akhill...., :)

    ReplyDelete
  7. ustaz kazim dgn ustaz azhar best.. tpi ustaz akhil hay.. ta minat ah.. =P

    ReplyDelete
  8. xsuka akhl hayy sbb kes dy dgn wahda. err, patut tak? hee

    ReplyDelete
  9. ustaz azhar best...bkn takat ceramah ja yer tahu, photograpy pon yer mahir gop....
    ustaz kazim pun best...
    kedua2 byk ilmu...
    yg lg 1 no komen....dop au mende2 pom pasal yer...

    ReplyDelete