Monday, 31 May 2010

Millatfacebook ??



Salam,

Baru-baru ni, ketika sedang sibuk mencari filem-filem baru untuk di download, aku terbaca tentang sebuah laman sosial yang baru. Actually, apa yang membuatkan laman ni agak menarik dan istimewa bagi aku kerana ia di buat oleh orang yang sefikrah dan seagama dengan kita. Wow! Hebat bukan? Hehe... Ingat orang barat je boleh hasilkan laman web hebat macam tu. Kita pun boleh kalau kita nak.

Millatfacebook ini ditubuhkan membabitkan 6 orang rakyat Pakistan yang mahir dalam bidang IT. Sebab paling utamanya ia dilancarkan adalah kerana laman Facaebook sendiri telah menyiarkan karikatur melukis Nabi Muhammad (kafir laknatullah)  dan juga telah mengwujudkan satu saluran baru yang melawan propaganda islam.Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarah sekatan ke atas Facebook selepas satu laman Everyone Draw Mohammed day(Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.
Dipetik daripada laman web itu.

"“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Setakat ini, Millatfacebook telah berjaya mempunyai 4,300 orang ahli selepas hanya tiga hari dilancarkan, kebanyakannya adalah warga pakistan yang fasih berbahasa inggerisdalam linkungan usia 20-an.

Jadi apa lagi tunggu ? Jom sertai kawan-kawan muslim yang lain..(^^,)

P/s : Aduhai,teringin juga nak buat laman sosial sendiri. Hehe.



Sunday, 30 May 2010

Hendak letakkan blog anda di Blog Bicara Sempoi ?


Salam,

Wah..agak lame sungguh Abang terompah tak mengupdate blog dia.( Abang ? walla~ ) Haha.. Baru-baru ni, aku agak busy sikit (bukan busy body ya). Salah seorang makcik yang berada di Johor akan menunaikan umrah, insyaAllah pertengahan tahun ni. Oleh kerana tu, kami saudara mara mengadakan majlis doa selamat untuk beliau.Opss..


2. Buat Posting Review Tentang -Club Blog Bicara Sempoi- Diblog anda


Teruskan kepada matlamat asal..
Actually,entry kali ni sekadar ingin berkongsi beberapa laman yang of course aku baru tahu walaupun dah terlibat dengan blog ni sejak setahun yang lalu. Antara salah satunya adalah Blog Bicara Sempoi. Apa yang aku tertarik dengan blog ni bukan saja kerana ia merupakan sebuah laman yang menghubungkan blogger-blogger untuk saling bertukar pendapat, malahan kita boleh mendownload apa-apa sahaja yang berkaitan dengan agama di sini. Menarik bukan ?

3. Sedikit Ulasan Apa Tujuan Anda Buat Blog?

Actually,tujuan asal aku pada mulanya adalah untuk menjadikan blog ni sebagai medium untuk aku meluahkan masalah-masalah (kira macam diari jugak) . Bila makin lama terlibat dalam bidang ni, aku rasa aku juga ingin berkongsi pengalaman dan pendapat dalam sesuatu isu semasa. Tak kisahlah berkaitan dengan apa sekalipun, asalkan ianya perkara yang bermanfaat.(^^,)

So,apa lagi? Jom-jom join komuniti ni..Moga kita semua mendapat manfaat yan banyak. Hehe.




Er...Tag kedua berturut- turut..?


1) apa yang bermain di fikiran you all sekarang?
erm..sebentar lagi nak ronda-ronda satu Negeri Sembilan, tengah cuba nak budget masa ni. Agak-agak berape lame ea?=)

2) apakah nama samaran you all?
Copeq ~ Mat ~ Apit ~ Wan .

3) berikan 3 orang yang you all sayang?
My parents..My siblings..My special friends..

4) panggilan untuk si dia?
- rahsia-haha

5) hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa?
solat jemaah bersama-sama .

6) blog mana yang you all suka visit?
ada tiga : 
1.keretamayat.
2. suterablogger.
3.benashaari

7) tag kan kepada 15 blogger you all
-> orait..skung nak tag kan hadiah istimewa ni kepada rakan2 blogger yg terpilih..terima yer..

2. iqin
7. rini
10. sarah
15. - hehe..

Pada sesiapa yang di-tag,sekiranya ada kelapangan, jawablah ya.. (^^,)  By the way,tiada paksaan tau.

P/s : er..akan ada lagi tag untuk aku ke?

Saturday, 29 May 2010

Wah..hehe..di-tag lagi..(^,~)?

Salam.

First of all,credit to dyana sujak coz want to tag me..=)


Rules: It's harder than it looks! Copy to your own blog, erase my answers, enter yours, and tag five people including the person who tagged you. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real.. nothing made up! IF the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.


1..2...3...go !!!!
 
 
What is ur name : Mohamad Syafiq Ridhwan Bin Noorhijas
 
A four letter word : lOve..(^^,)
 
A boys name : Hazwan Yahaya..(member dunia akhirat!)
 
A girl's name : Noraazipah. (ehem-ehem,ahaks)
 
An occupation : Muslim students.
 
Something you'll wear : Kopiah (in da future) , sweater !!
 
A type of food : Halal food~ Nasi Ayam my mom ~
 
Something found in the bathroom : Sabun tangan..hehe
 
A place : Anak jati Johor. Musafir di Negeri Sembilan.
 
A reason for being late : Bangun lewat..hehe..
 
Something u'd shout : Serang!~
 
Something you drink : Soya bean~ sedap3..
 
A musical group : All nasyid indie and mainstream group ~
 
An animal : Er...hamster kot..tapi geli plak..
 
A type of car : Mini Cooper.
 
A type of fruit : Epal ~ Durian ~ Semua yang xmasam ~
 
Tag : hehe..cukup sampai di sini ya..=) saye mematikan tag ni..
 

Thursday, 27 May 2010

Ku rindu belaiannya..( untuk ibu tercinta )


Waktu kecil ku dia menjadi teman..
setiap air mata ku di tahannya agar tidak jatuh berguguran..
setiap rengekan ku di pujuknya tanpa rasa lesu..
waktu tidur ku, di hiasi dengan dodoiannya..
agar aku rasa selesa dan selamat..
agar setiap mimpi ngeriku menjadi indah..

ku rindu suara itu..
yang mengajar ku bertatih..
yang memujuk ku sewaktu aku merajuk..
hampir setiap masanya, sentiasa bersama ku..

aku rindu akan belaiannya..
tangan lembut dan lemah membelaiku..
mengucup pipiku sebelum tidur..
mengusap kepala ku di waktu aku tidur..
hampir tiada masa untuk dirinya..

aku rindu akannya..
aku rindu dan sentiasa rindu...

Permulaan isi hati ?


 Penaku pantas berlari..
mencatit setiap idea yang utuh..
dari dulu hingga kini...
ku cuba mengenali diri agar lebih selesa berdiri...
bahkan aku akan lebih pantas berlari..

sorot mata ku kecil dan pedih...
merenung tajam ke arah hitam..
tapi samar kerana kelam...

dan ku berpaling..
untuk cari cahaya putih..
tapi sinarnya bagai menarik tenaga ku..
ku dimana??
hitam atau putih??

apa beza hitam mahu pun putih??
ap baiknya hitam??
ap bagusnya putih?? 

nukilan : sasterawan kimia.

Wednesday, 26 May 2010

Award yang keempat. Syukran-syukran. Haha.

Salam,

Selama berkecimpung lebih kurang setahun lebih dalam bidang blogging ni. Alhamdulillah, untuk kali ni dah masuk kali keempat aku dapat award.  Terharu-terharu, Walla~ By the way, Thanks a lot pada saudara  Arif putra kerana sudi memberi award ni untuk blog yang tak seberapa ni. Maka,atas sebab itu juga, semangat aku untuk memberi yang terbaeek pada blog ni meningkat dengan bertalu-talu dan hampir mencapai tahap infinity. Opss ~ termasuk math pulak ( diam-diam,math hang dah la terok )

Aku tak rasa blog ni cantik. Aku tak rasa blog ni menarik. Actually, pada awal aku buat blog ni hanyalah sebagai satu medium untuk meluahkan apa yang aku suka + geram + marah + tak puas hati + puas hati dan sebagainya. Huhu. Er, taknaklah bebel panjang-panjang. Thanks again untuk saudara arif ya.


Er..ingat kena tag je kena jawab soalan. Rupa-rupanya nak ambil award pun kena interview jugak. Haiysh. Hehe.. Okeh! Meh aku jawab.



************

1) Ucapan terima kasih dan link kan kepada orang yang sudi memberi anda award ini:
  
Em,Ucapan pendek je ea? Masa diberi tak banyak ni. Hehe..Syukran kepada saudara arif kerana sudi nak bagi award kepada aku. Lihatlah dunia! Walla~ Haha.

2 ) Berikan award tersebut kepada 5 orang blogger yang blognya hebat dan fantastik:

Er.ada tiga gak yang aku rasa sangat menarik,tertarik,memang da bomb. Nah, blog TUAN PUNYA +++ FITRI JOHARI +++  IQIN ..

3 ) Beritahu kepada mereka yang bertuah:

Hehe. Udah deh. Blogwalking je..


4 ) Nyatakan 7 fakta tentang diri anda secara ringkas:

1. Suka baca buku~ Hobi terbaek yang pernah aku ada.
2. Suka menyanyi. Kalau dalam bilik air tu. Er, at least 12 lagu la. Complete satu album. Walla~
3. Suka tidur lambat.
4. Paling suka baca sirah-sirah perjuangan para sahabat. Kisah seram ke. Kisah cinta. Opss~
5. Suka baca info sukan kat paper. Info pelik gak kat kosmo.
6. Jadi pendiam kat tempat bising,dan bising kat tempat pendiam.
7. Makan snickers. Sedap3.


Huhu,so, setakat tu jela. Apa yang anda nak tahu lagi ? Just ajukan soalan di tepi kotak box tu ya. Hehe, InsyaAllah,akan di balas. Chow2..


Salam Alaik..

Tag yang istimewa.haha..(^^,)

Salam,

Hehe,untuk kali ke berapa nampaknya aku di tag lagi.Apa yang istimewa untuk tag kali ni ya ?
Actually, aku rasa tag kali ni istimewa sebab ada 2 orang yang men-tag aku dengan soalan yang sama dan juga pada waktu yang sama. ( Wah..terasa macam makin ramai peminat..Walla~)
Hah,terasa je k. Bukan betul-betul, masih jauh lagi aku nak jadi macam blogger-blogger hebat yang lain.
Antara blog yang paling kerap aku berkunjung dan paling aku tabik spring adalah

+++keretamayat +++ benashaari ++++ suterablogger..

Hehe..ni lah antara banyak-banyak blog yang paling kerap aku berkunjung.memang terbaek!
By the way,berbalik pada tag tadi,sebenarnya aku di tag oleh 2 orang wanita ( cewah ) iaitu 2 orang kawan matrik aku. Thanx untuk ana dan bila kerana kerap berkunjung dan sudi untuk memasukkan nama aku dalam senarai orang yang di-tag~hehe.
Nah,aku try jawab ya..harap-harap memuaskan hati.( kalaulah aku jujur..walla~)

***************

Nama dalam inbox saya.
1. Azey
2. Husairi
3. Iqbal
4. Azizi
5. Kak Najibah
6. Kak Mieda
7. Hazwan yaye
8. Udeen Zaidi
9. Hafiz (comel)
10. Hazwan khalid (mokjam)
11. Uzair Johan
12. Faiz Nordin
13. Hanafi Haris

Actually,yang no 1 tu, memang banyak kali aku contact. Selalu share masalah dengan aku. Huhu.  No 2 sampai 5 tu pulak,antara kawan-kawan usrah aku sewaktu di kolej dulu. Alhamdulillah,masih contact lagi sampai sekarang. No 6 ni, aku dah anggap macam akak aku sendiri. Selalu bagi support dan nasihat yang berguna untuk aku.Last,tujuh sampai 13  tu, kawan-kawan baik aku dari form 1 sampai sekarang.=)

Ringtone utama dekat phone.
Hehe..yang ni,aku suka pakai lagu Feelhoney - Kisah cinta (nasyeed underground)

Apa yang saya buat tengah malam tadi.
Membaca buku sin chan + menonton dram nur kasih + message  dengan kawan-kawan.

Orang terakhir bersama saya.
Mama dan adeq bongsu ( hantar dyorang pergi sekolah ..)

Warna t-shirt saya pakai sekarang.
Er..ni pun boleh jadi soalan ea?=) purple! Baju t-shirt sekolah menengah~

Benda terakhir saya buat.
Siapkan dan jawab tag ni. Hehe.

3 perkara yang anda suka buat tiap-tiap hari.
Sarapan kat kedai mamak + online + cari idea untuk update blog.

Duit yang ada dalam poket.
Er..hehe..rahsia..ada lah yang penting. InsyaAllah,xmeminta orang.

Camne hidup ?
So far,alhamdulillah..lagi baik dari dulu. =) Anak-anak pun sihat ( #$%$^&(%(&; ) haha.

Bila kali terakhir jumpa mak anda.
30 minit yang lepas.

Mak saya kat mana ?
Kat sekolah. Beliau kan cikgu.

Malam tadi,orang terakhir cakap dengan saya.
Azey. Hehe..bukan malam,pagi tadi.

My Bf ?
erm..ada tujuh..dan tujuh2 aku da tulis pada soalan pertama tadi..=)

Apa rasa sekarang.
Sakit perutlah.Aduh!

Nak share dengan siapa ?
Er...agak-agak ?

Siapa tahu rahsia saya ?
Hanya Allah yang tahu.=)

Diorang simpan rahsia tu.
 -

Nak tag ke ?
Setakat ni,biar aku amek sekadar 3 orang dulu ya ?
Bagi siapa yang ada kelapangan masa, boleh request kat aku. Aku akan tulis nama anda.
1. arifputra.
2. fareez.
3. colourmaster

Last but not least,thanx pada ana dan byla again~=)

Monday, 24 May 2010

IP Man 2..Apa kaitannya dengan aku ?

Salam,

Akhirnya,dapat juga aku khatamkan satu movie semasa cuti ni. Hehe. Peningkatan yang amat bagus untuk diri aku.. Actually,aku baru lepas download Movie Ip Man 2 selepas member aku suggestkan semalam. Aku tertarik pun selepas dia kata yang filem ni ada unsur-unsur pergaduhan dan ada elemen kungfu. Wacha! Hehe,dah macam Yasmin Hani pulak. Apa-apa pun, segala cerita yang mempunyai elemen kunfu memang aku minat sejak kecik lagi.( Adakah aku keturunan jackie chan? Walla~ ) Kenapa cerita kunfu menjadi pilihan aku berbanding genre-genre filem yang lain ?

Bagus korang tanya. ( haha ) . Actually,cerita-cerita kungfu cina ni kebanyakan menerapkan ciri-ciri atau nilai tradisional yang mewakili budaya diorang masa zaman dahulu lagi. Kiranya, apa yang ada pada diorang, diorang pandai gunakan nilai tradisional tu untuk sesuaikan dengan keadaan moden sekarang.

Contoh ? Filem Ip man ni, dia menggabungkan perlawanan antara dua jenis seni bela. Aliran seni kaum cina dan american Boxing. Siapa lagi handal ? Apa kata anda yang lihat sendiri. (^^,)

Moga terhibur..hehe..


P/s : Agak-agak..kalau Master Yip lawan Kunfu panda..siapa menang ea?

Wacha~!!!

5 Jenis solat yang bermakna..Kita ditahap mana ?


Salam,

" Syafiq,bukan macam tu..macam ni,cuba tengok faiz sujud macam mana.."

Hehe,teringat zaman tadika dulu sewaktu ujian amali untuk solat. Aku mesti sangkut bab-bab sujud ni.Sebab apa ea? Aku tak suka hidung aku cecah ke lantai. Haha. Oleh kerana tu, bila sujud je, mesti aku akan angkat muka tu, just dahi je cecah ke lantai. Menarik dan terbaik bukan ?

Sebut tentang solat ni,ada pelbagai jenis solat yang kita boleh kategori kan..Dari anda layan perkara yang tidak berfaedah,apa kita luangkan masa 5 minit je untuk fahami dan amalkan apa anda baca kat sini..(^^,) kan-kan? heh..InsyaAllah..

***************

1) SOLAT ORANG JAHIL

- Solat yg dilakukan oleh org yg tiada ilmu tentang solat
- Tidak tahu rukun dan sunat dlm solat
- Solatnya ditolak malah berdosa kerana tidak belajar

2) SOLAT ORANG LALAI

- Solat yg sempurna zahirnya tetapi hatinya langsung tidak hadir dalam solat
- Dari awal hingga akhir solat hatinya langsung tidak mengingati Allah
- Solatnya tidak mendapat pahala malah dibalas dgn neraka wail..Nauzubillah

3) SOLAT ORANG YG SEPARUH LALAI SEPARUH KHUSYUK

- Solat yg di dalamnya berlaku tarik menarik dgn syaitan
- Ada waktu lalai,ada waktu khusyuk
- Tidak berdoda,tidak juga berpahala..dimaafkan..wallahualam

4) SOLAT ORANG KHUSYUK

- Sepanjang solatnya itu penuh ingatan kpd Allah dan kpd apa yg dibacanya.
- Solat begini menghapuskan dosa,menguatkan iman dn lebih dkt kpdNya
- Dianugerahkan pahala dan syurga penuh kenikmatan.

5) SOLAT NABI-NABI DAN RASUL

- Khusyuk mereka sgt luar biasa.
- Mereka benar-benar nampak Allah dgn mata hati,solat seakan2 berbual-bual dgn ALLAH


Er,di mana tahap solat kita ya ? mudah-mudahan di tahap yang paling atas..ameen~


p/s : Kalau tak ada pengurangan solat semasa nabi diisra' mikrajkan..Agak-agak kita mampu buat 50 rakaat? Er....

Sunday, 23 May 2010

Tag kali kedua..(^^,)

Salam..

Aku tak tahu kenapa aku rajin untuk mengupdate entri sejak dua tiga menjak ni. Untuk malam ni,buat kali keduanya, aku tergerak untuk menjelajah ke semua blog-blog kenalan yang lain. Sampai di satu blog, tiba-tiba kelihatan name terompah caring di tag. Haha, aku masih tak paham objektif,misi dan visi permainan ni, tapi aku rasa aku dah cukup mahir untuk memainkan permainan ini. =) So,ape lagi jom tengok jawapan-jawapan spontan dari hati aku yang seputih salju ni (walla~)

Ohya,thanx pada saudari Nabilah kerana sudi mentag aku~hehe..

3 Nama samaran kamu.

Actually ada bnyak,tapi dah nak tiga kan..ni hah..
1. Syafiq (common)
2. Copeq (kawan-kwan sekolah)
3. Wan / Apit (kawan-kawan matrik)

5 tarikh penting dalam hidup kamu.

1. 3 April ( ummie burfday )
2. 11 November (abie burfday )
3. 23 March ( Aq punye daa...haha )
4. 30 Sepember ( Azey burfday )
5. 20 March

5 Perkara yang kamu buat semalam.

1. Main football manager 2010 ( haha,level manager aku dah naik )
2. Pergi kerja kawen sedare kat selangor. ( sangat panas cuacanya )
3. Message dengan kawan-kawan termasuk yang teman istimewa.haha.
4. Makan dengan banyaknya..Sebab sedare aku datang rumah.( walla~ )
5. Shopping pergi beli seluar. Seluar banyak dah koyak. Sob3..

5 Perkara akan buat anda gembira.

Haha,ni macam lebih kepada impian jek..
1. Dapat buat reunion dengan kawan-kawan sekolah lama. Lama agie..
2. Karaoke lagu-lagu nasyid dengan kawan-kawan.ahaks..ada ke?
3. Dapat buat family aku gembira.
4. Er,dapat skor masa main futsal. lagi-lagi kalau keeper bajet hebat~walla~
5. Keluar bersama azey and the gang~(^^,)

5 drama kegemaran.

1. Boys over flower. ( aku memang rasa citer ni paling terbaik! hehe )
2. Nur Kasih ( menitis airmataku keharuan (lirik kagu unic)...haha..)
3. My girl ( yang ni pun terbaek gak..hehe )

Er...apa lagi? Jarang tengok tvlah..hehe..ni pun semua didownload lepas ada member suggest~

5 hobi kamu.

1. online facebook~
2. update blog.
3. karaoke. (lagu-lagu nasyid )
4. message. 
5. bace novel ( terbaru cinta sufi ) hehe..

5 tempat percutian.

1. Kota esfahan ( Iran )
2. Taj Mahal  ( India )
3. Cape town ( Afrika selatan )
4. Petra ( Jordan )
5. Seoul ( Korea )

5 sebab kamu menjwab soalan ini.

1. Saudari nabilah yang bagitahu~hehe
2. Sebab masih alam mood menupdate blog.
3. Bosan tahap karma.
4. Kekenyangan selepas makan.
5. Hari ni nak tido lambat~

5 orang yang hendak di tag.

1.tulip putih
2.hidup yang putih
3.Quratu
4. Kak Syafiqa
5. syaiza

hehe..rasanye setakat itulah ya..nak update entry baru ni..salam~

Sarung telefon kulit babi..Awas!



 
Salam.

Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.

Actually,aku dapat emel ni dari seorang sahabat...Sila check betul-betul box hp. aku tak pakai box cam ni. ok. Sekadar renungan



To All My Friends,



Tolong berhati hati bila membeli phone cover kulit. Tolong check that cover carefully. Kalau nampak 3 titik segitiga di kulit itu. Jangan beli. Itu adalah kulit babi. One of my friend beli phone cover ni di Jalan Pasar. Selepas 2 hari memakainya baru dia perasan yang kulit di bahagian dalam phone cover tu ada 3 titik segitiga. Sahihlah ianya dari kulit babi. Beliau membelinya dengan harga RM18. Beliau cuba mencari phone cover lain di KL Sentral dan terkejut, bila jurujual itu menunjukkan phone cover jenis yang sama seperti beliau beli di Jalan Pasar.



Dari situ, bolehlah kita membuat andaian bahawa, phone cover kulit babi ini dah meluas dipasaran. Di harap kawan-kawan dapat mengelakkan diri dari membeli phone cover jenis kulit ini .... Sebar sebarkan berita ini kepada umat Islam yang lain supaya kita tidak terjebak dengan membeli barangan dari kulit Babi ....


P/s : orang kafir takkan berputus asa untuk memerangi umat islam..apa akan jadi kalau kita bersatu ?

Friday, 21 May 2010

Menutup aurat bukan sekadar pakai tudung ? So ?


Salam,

Walla~penat sangat hari ni..ada lagi sebulan lebih untuk aku habiskan sisa-sisa cuti sebelum berangkat ke universiti (insyaAllah)..Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa, (^^,) memang agak terbatas aktiviti di dalam rumah ni. So, dengan ketepuan otak tahap maksima, aku keluar untuk menenangkan otak yang tepu ni.. haisyh!

Oleh kerana rumah aku berdekatan dengan pantai je, so,memang dah tak ada tempat lain yang nak dituju selain tempat ni..Masa dok termenung kat tepi pantai tu , tiba-tiba,mata aku terpaku pada satu keindahan ciptaan tuhan~Opss~walla~haha..korang tahu kan apa dia kalau sekumpulan perempuan mandi-manda di tepi pantai? bagus..teruskan berimaginasi..tapi jangan lepas ni korang cari pantai dan cari apa yang aku cakap ni..

Bagi aku zaman sekarang ni,memang banyak persoalan-persoalan agama yang sering dijadikan isu.. Antara yang aku nampak, pasal hukuman hudud dan sebagainya. Huh! aku tak paham..pelik-pelik..

Berbalik pada tajuk utama tadi, menyebut tentang isu aurat ni..teringat pulak aku masa minggu orentasi pelajar baru matrik aku yang lepas..ada segelintir yang tanye pada aku,

" salam bang,boleh terangkan pada saya tentang aurat wanita dengan lebih lanjut? "

Ada gak yang tanya,

" Boleh saya tahu selain bertudung,apa lagi yang perlu seseorang perempuan tu jaga? "

So,dengan ilmu yang tak seberapa, aku cuba huraikan satu persatu ya..berkat dari artikel dan rujukan ustaz dan ustazah.. InsyaAllah,moga dapat membantu..(^^,)

**************

Jendela Hikmah: Menutup aurat bukan sekadar pakai tudung

SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.

Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.

Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.

Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?

Aurat berasal daripada bahasa Arab, �Aurah� yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut :



1. Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.

Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).

Allah berfirman yang bermaksud: �Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.� (Surah al-Nur, ayat 31)

Firman Allah lagi yang bermaksud: �Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.� (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.



2. Pakaian yang longgar.

Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.

Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: �Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain �qubtiyyah� (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: �Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu.� Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: �Dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).�

Menurut Ibn Rusyd, �qubtiyyah� ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.



3. Pakaian yang tidak jarang.

Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: �Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya.�

Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.



3. Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).

Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.

Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: �Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka.�


4.Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.

Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: �Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.�

Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.

5. Tidak bertabarruj.

Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.

Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: �Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).� (Surah al-Ahzab, ayat 33)

Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.




Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya ilmu Islam sebenar.

(Dipetik daripada laman Jendela Hikmah bertarikh 1 Jun 2007)


Sebarang kemusyikilan,tanyala ea ?
Semakin banyak soalan,semakin banyak jawapan yang diketahui..Semakin maju agama..

P/s : hehe.."engkaulah wanita istimewa.."

(^^,) Anda hendak kahwin umur berapa? (bagi yang single)



Salam,

Sekadar entry pendek je..

1. 18-20...kenapa?

2. 21-25..kenapa?

3. 26-30..kenapa?

4. 31 ke atas..kenapa?

Hehe..pendek kan entry ni..aku tak memungkiri janji aku~
So,beritahulah ya..InsyaAllah,mudah-mudahhan dapat membantu..

s

Thursday, 20 May 2010

Seksaan untuk kaum wanita? Hem....=(


Salam,

Baru-baru ni,adik aku mengalami sakit gatal-gatal badan. Oleh kerana aku merupakan ni seorang abang yang prihatin, aku merajinkan diri hantar dia ke klinik 24 jam.(mak aku yang suruh hantar sebenarnya ).=)

Sampai aku di sana, buka je pintu kereta, tiba-tiba aku terdengar suara perempuan bertekak. Ingatkan ada penggambaran filem terbaru David Teoh ke, Prof razak ke, boleh aku tumpang munculkan diri, mana tahu ada rezeki terpijak ke..Haha..Rupa-rupanya ada adegan tarik menarik rambut kat situ.
Fuh..dah ,macam adegan dalam filem pulak. Aku pun tekejut gak tiba-tiba..memang dasat lah..nasib baik ada 2 orang brother yang tetap cool menahan perempuan tadi..adoyai akak, malu cek taw..apolah nak digaduh-gaduhkan sampai tarik rambut..nabi xajar kita macam tu pun..huh!

Sebut pasal perkara ni,pakcik kedai makan depan sekolah agama aku pernah cerita..(beliau dah meninggal,al-fatihah..) apa yang dia cerita?apa kaitan dengan kisah kat atas? Jom..check local listing~haha

****************

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat.Renungan khususnya
untuk para wanita dan diri sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah
menangis manakala ia datang bersama Fatimah . Lalu keduanya bertanya
mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat
perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan.
Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang
dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat
tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya
dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam,
memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,
dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar
dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan
kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu
kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar
dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api
neraka,"kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung
rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup
rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.


*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat
tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak
taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan
perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk
lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.


*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka
karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain tanpa kepentingan serta
bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan
muhrimnya.


*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya
diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi
tidak mengamalk! annya dan tidak mau mandi junub.


* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar
ialah tukang umpat dan pendusta.. Perempuan yang menyerupai anjing
ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu,
Sayidina Ali dan Fat imah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan...renungkan,serta amalkanlah segala yang baik..=)

p/s : "wanita hiasan dunia..seindah hiasan adalah wanita solehah"..teringat pulak masa aku nyanyi lagu ni kat pertandingan di plkn dulu..=) juara!

4 golongan lelaki yang ditarik ke neraka?aku ke?




Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka
oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada
wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya
di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar
solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
menutup aurat.Dia membiarkan anaknya bergaul bebas hingga terjerumus di kancah kemaksiatan.

Tidak cukup kalau dengan hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak
perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup
aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka
bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahanam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaulbebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untukpandangan
kaum lelaki yang bukan mahram,merelakan dirinya disentuh bukan mahramnya sesuka hati. Apabila suami mendiamkan diri walaupun
seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh,
puasanyanya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya
bersama-sama ke dalam neraka.

(p/s; Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri
tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau
menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau
akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke
bahu abang- abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya
mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran
Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.


(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga
amalmu, dan jangan ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabk an
di akhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat... dan
tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,
mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an
di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika
tersalah atau terlupa... kerana ibu juga insan biasa... tak lepas dari
melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika
tidak, kau juga
akan ditarik menjadi penemannya.)

Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana
bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... ."

 P/s : jalankan tanggungjawab kita sebaiknya..(^^,) besar tanggungjawab orang lelaki ni..

Wednesday, 19 May 2010

Rasulullah juga romantik.. (^^,)


Hari ini,ramai orang dalam masyarakat kita hari ini tertanya-tanya,bagaimanakah cara yang sesuai dan dianjurkan dalam islam untuk melakukan perkara-perkara yang menyenangkan pasangan.(cakap macam dah kawen,walla~haha..)

Contoh yang paling kuat dan sepatutnya kita contohi..siapa? =) sudah tentu nabi kita sendiri...

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang
mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya.. Disebutkan
satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) bagindayang paling disayangi".
Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiapseorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Bagindaberpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalusuatu hari,mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama.Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yangkuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puaskerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin danmerasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untukmendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yangbermaksud:
"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akankeluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selaluberpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah.
Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, danmengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikutundian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kitatauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Padasuami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri andasetiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga padaisteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskansegala dosa-dosa. Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlahmendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjaminanda kesyurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlakRasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, danserikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinyawajah orang-orang beriman..."
Ameen..


p/s : hehe..aku pun romantik gak..kan miss bon2..?haha..cuma masih berbatas~

Fitnah ibarat api !! Siapa fitnah siapa?


 Kemajuan teknologi hari ini membuatkan perhubungan antara kita semakin mudah. Suami boleh menghubungi si isteri, anak boleh menghubungi ibu bapa, majikan boleh menghubungi pekerja, dan aku boleh menghubungi korang semua..walla~hehe..Namun begitu,ada segelintir masyarakat yang melakukan penyebaran aktiviti yang tidak benar melalui pelbagai cara.. Antaranya blog,media masa,media cetak dan paling banyak berlaku menggunakan khidamat pesanan ringkas (sms).

Walaupun dari segi logiknya,ia tampak begitu kecil,namun sebenarnya ia merupakan satu fitnah yang amat berbahaya, Mengenai fitnah, Allah berfirman " Dan fitnah itu lebih besar daripada pembunuhan " (surah Al-Baqarah : 191 )

Rasulullah juga bersabda yang bermaksud " Akan muncul suatu ketika di mana ilmu islam dihapuskan,muncul pelbagai fitnah,berleluasa sifat kedekut,dan banyak berlaku jenayah ".(riwayat muslim)

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Sebagai muslim dan muslimah sehati,kita seelok-eloknya perlu memperhalusi setiap berita dan khabar yang kita dapat daripada terbabit dalam perkara yang berunsur fitnah.

Ini selaras dengan firman Allah. " Wahai orang-orang yang beriman,jika datang kepada kamu seorang fasik pembawa sesuatu berita,maka selidiklah untuk mengetahui kebenaranya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkarayang tidak diingini,dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga kamu menyesal perkara yang kamu lakukan " (surah Al-Hujurat : 6)

Namun begitu,jangan menganggap cerita tidak benar sebagai satu kesalahan kecil, Hakikatnya,fitnah itu ibarat api dan dosa membuat fitnah menjauhkan diri daripada syurga.
Rasullullah bersabda yang bermaksud "tidak masuk syurga bagi orang yang suka menyebarkan fitnah " (Riwayat bukhari dan muslim)

huhu..maaf pada siapa yang terasa..apa-apa pun,sekiranya kita pernah melakukan fitnah,segeralah bertaubat ya..pintu taubat Allah amat luas..=)

p/s : teringat zaman-zaman aku difitnah dulu..sob3x~

Tuesday, 18 May 2010

Cara meluahkan cinta yang betul?



Salam..

Soalan : saya menyukai seorang wanita dan dia juga menyukai saya. tetapisaya tidak bercinta sebagaimana yg dilakukan oleh golongan remajasekarang. masing-masing tahu akan isi hati tetapi tidak pernahmeluahkannya..mengikut pandangan islam bagaimana islam menetapkanperhubungan antara seorang lelaki dan wanita yang saling menyukai?

Jawapan;

Perasaan sayang, kasih dan menyukai adalah lumlah dalam diri setiapmanusia. Namun perasaan itu hendaklah diterjemah mengikut saluran yangdiizinkan Syarak. Apabila seorang lelaki menyukai seorang perempuan(yang bukan mahramnya), hendaklah perasaan itu diterjemahkan melaluiakad perkahwinan. Jadi, berjumpalah dengan wali wanita yang saudarasukai itu dan pinanglah ia untuk dijadikan isteri yang sah.

Janganterjemahkan perasaan suka/cinta itu melalui hubungan percintaan(sebelum berkahwin) sebagaimana yang dilakukan oleh ramai orang hariini kerana ia akan mendatangkan fitnah iaitu merosakkan hati,menjauhkan diri dari agama, membangkitkan nafsu dan mendorong kepadazina.

Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w. (bermaksud); “Tidak akutinggalkan selepasku fitnah yang paling merbahaya ke atas lelakimelebihi fitnah dari wanita” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Usamahr.a.)

Di dalam satu hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda (bermaksud);“Tidak terlihat oleh dua orang yang saling menyintai seumpama (cintayang lahir dari) perkahwinan” (HR Imam Ibnu Majah dan al-Hakim dariIbnu ‘Abbas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini soheh. Al-Jami’as-Saghier; hadis no. 7361)

Menurut Imam at-Thibi; hadis ini bermaksud :  "apabila seorang lelakimelihat kepada seorang wanita dan hatinya menyintainya, lalu iamengahwini wanita itu, maka dengan perkahwinan akan bertambah kuatlahperasaan kasih itu."
Ulamak-ulamak lain berkata " ubat paling besar yangdapat mengubati perasaan cinta ialah berkahwin." (Faidhul-Qadier, hadisno. 7361)

Wallahu a’lam.

p/s : aku juga sedang bercinta..=) peringatan untuk kita bersama..

Keadaan Manusia di Padang Masyhar..Er...keadaan kita?


Salam,

Fuh..letih sangat lepas habis matrikulasi ni..Ahaks~kenapa ya? Sebab aku perlu bertugas secara rasminya sebagai pemandu a.k.a driver kepada adik-adik dan mak aku , memang sangat penat, tapi,tak apalah..dah itu je kerja yang ada untuk aku kan..beryukur..bersyukur..hehe..

Semalam,semasa pergi ke Bank Bsn kat pekan,ramai sangat orang kat sana. Hinggakan aku nak ambil duit pun terpaksa beratur.Huh! bila aku lalu je,taknak ambil duit,takder pulak orang kat situ..pelik-pelik , tapi tak apalah..sabar..sabar..huhu..

Sebut pasal beratur ni,teringat pulak kat seorang ustazah sekolah agama masa aku sekolah rendah dulu. Beliau pernah ceritakan kat aku tentang keadaan manusia semasa di padang masyhar..di mana hari pengadilan untuk semua manusia..Aku ingat-ingat lupa..so,kalau ada tersilap,tegur-tegurlah ya..

****************

Di padang masyhar nanti akan ada 12 barisan..

Barisan pertama
Datang dari kubur tidak bertangan dan berkaki.
Sebab : Semasa hidup,menyakiti jirannya.

Barisan kedua
Bangun dari kubur dalam berbentuk babi hutan.
Sebab : Semasa hidupnya meringan-ringankan solat.

Barisan ketiga
Bangun dari kubur dalam berbentuk keldai dan perutnya dipenuhi ular dan kala jengking.
Sebab : Enggan membayar zakat.

Barisan keempat
Dalam keadaan berumuran darah dimulut macam air pancut.
Sebab : Selalu menipu dalam jual beli.

Barisan kelima
Dalam keadaan bau busuk macam bangkai.
Sebab : Menyembunyikan perlakuan derhaka.

Barisan keenam
Dalam keadaan kepala putus dari badan.
Sebab : Suka menjadi saksi palsu.

Barisan ketujuh
Dalam keadaan tiada lidah dan mulut berlumuran darah dan nanah.
Sebab : Enggan memberi kesaksian kepada kebenaran.

Barisan kelapan
Dalam keadaan terbalik.
Sebab : Suka melakukan zina.

Barisan kesembilan
Berwajah hitam gelap,bermata biru,dan dalam hati penuh api yang gemuruh
Sebab : Memakan harta anak yatim.

Barisan kesepuluh
Penuh dnegan penyakit sopak dan kusta.
Sebab : Derhaka kepada ibu bapa.

Barisan kesebelas
Buta matanya,gigi panjang macam lembu jantan,bibir lebar sampai ke dada,lidah terjulur samapai ke perut,dan penuh dengan kekotoran.
Sebab : Suka minum arak.

Barisan kedua belas
Datang dari kubur dengan wajah bersinar-sinar,dan melalui titian siratul mustaqim dengan sepantas kilat.
Sebab : Selalu melakukan amalan soleh dan merupakan barisan terbaik.

Jadi,agak-agak dimana kita?di barisan mana kita?Moga semua yang kita buat dikira ibadah oleh Allah,lantas diberi ganjaran dan manfaat berguna kepada orang lain..(^^,)

P/S : Moga kita ditempatkan di barisan yang ke 12..ameen~

Monday, 17 May 2010

5 Panduan Kebahagiaan Dunia dan Akhirat..(^_^)? simple!

Sedang khusyuk melayan novel 9 Nyawa, karya Ramlee Awang Murshid..tiba-tiba aku dapat satu mesej dari seorang sahabat lama..Lama dah tak dengar khabar berita dari dia..So far,Alhamdulillah..huhu..dia berada dalaam keadaan bahagia sekarang..Teringat plak masa zaman sekolah dulu,kawan ni lah banyak sangat dapat dugaan..Walaupun camtu,dia tetap redha dengan ketentuan Allah~hebat kan?(^^,)

So,untuk entry kali ni..aku sekadar berkongsi bagaimana nak dapat kebahagiaan yang abadi di dunia dan akhirat..

Pertama,

Selalulah kita mengucapkan kalimah "Laillaha illallah muhammadar rasullullah"

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Banyakkanlah berzikir kepada Allah pada setiap perkara kerana tidak ada amal yang paling dicintai oleh Allah dan tidak ada yang menyelamatkan seorang hamba daripada keburukan  di dunia dan akhirat melainkan berzikir kepada Allah"

Kedua,

Apabila ditimpa musibah,ucapkanlah "Innalillahi wa-inna-ilaihi rojiun"

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Janganlah memperbanyakkan perkataan melainkan zikir kepada Allah. Sesungguhnya banyak ucapan yang bukan zikir kepada Allah menjadikan hati kesat. Orang yang paling jauhd arpada Allah adalah orang yang memiliki hati yang kesat"(hadis riwayat tarmizi)

Sabda Rasulullah s.a.w, " Apakah tiada aku tunjukan kepadamu kunci untuk membuka pintu daripada pintu-pintu syurga ?
Kata sahabat, "Apkah kunci untuk membuka pintu syurga itu?
Jawab Rasulullah s.a.w, "dengan sentiasa menyebut "Lahauala-wala quwwata-illa billahil 'aliyi-azim "

Zikir ini bermaksud "tiada daya,tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah ". Apabila disebut zikir ini, insyaAllah seseorang itu akan diberi ketenangan dalam menerima ujian dan keredaan daripada Allah.

Ketiga,

Apabila dikurniakan nikmat,maka ucapkanlah "Alhamdulillah".

Rasulullah s.a.w bersabada, " Ucapan yang paling disukai oleh Allah ada empat iaitu " Subhanallah, Alhamdulillah, Wa la ilahaillallah, Allahuakbar ".

Rasulullah bersabda bermaksud, " Sekiranya dunia dan seluruh harta kekayaan yang berada di atasnya diserahkan ke tangan seorang daripada umatku,kemudian orang itu berkata Alhamdulillah , maka ucapan itu lebih berharga daripada seluruh harta itu. Ini kerana harta dunia akan habistetapi ucapan itu akan kekal selama-lamanya sehingga akhirat. "

Keempat,

Ucapkanlah Bismillahirrohmanir-rahim ketika hendak memulakan sesuatu pekerjaan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud, " Bahawa setiap pekerjaan baik yang tidak dimulai dengan menyebut nama Allah,maka pekerjaan itu tidak mendapat keberkatan daripada Allah.

Kelima dan terakhir,

Ucapkanlah "Astaghfirullahal-azim wa atubu ilaih " apabila terbuat dosa.

Rasulullah s.a.w bersabda, " Perlukah aku beritahu kepadamu tentang suatu penyakit dan ubatnya kepada kamu? Sesungguhnya penyakit manusia itu adalah dosa,dan ubatnya adalah istighfar.

Sebagai manusia,kita tidak sunyi dari melakukan dosa-dosa tidak kiralah sama ada besar mahupun kecil,maka atas sebab itu cepat-cepatlah beristighfar dan bertaubat kepada Allah.

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda,yang bermaksud, "Barang siapa yang membiasakan dirinya membaca istighfar , Allah akan melepaskannya daripada segala kesempitan dan terlepas daripada setiap kesusahan dan Allah memberi rezeki kepadanya dengan tidak disangka-sangka. "(hadis riwayat imam daud,abu daud dan ibnu majah)

Hehe.mudah-mudahan kita dapat sebarkan pada rakan-rakan yang lain..dan beroleh manfaat daripada setiap yang kita buat..salam

P/S : Traffic blog semakin meningkat,tapi traffic akhirat?Renung-renungkan dan selamat beramal..haha..

Cepat-cepat~Traffic UP serta merta..(^^,)


Salam,

Actually,aku tak berapa faham tentang hal-hal berkaitan dengan traffic sangat..=)
Tapi,dalam hati ni (of course) nak traffic kat blog aku semakin hari semakin meningkat kan?

Oleh kerana itu,salah satu usahanya adalah dengan membuat cara macam ini..huhu.
Siapa yang nak,bolehla try ya..(^^,)
Ohye! Aku dapat benda ni daripada Matdin..Credit to him~hehe

Mari baca cara-caranya:
1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini.
Kemudian beri tajuk yg menarik.
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini
untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

  1. tintalughahwi
  2. puteraibunda
  3. razialong
  4. aslindaa
  5. zilhan
  6. lyafrina
  7. stormp3anda
  8. simiey
  9. carahidup-baru
  10. bilaakumenulisblog
  11. faisalrozi
  12. normiali
  13. abcmilo
  14. matdin
  15. terompahcaring
PERATURAN
1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.
Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1,
yang No.3 jadi No.2,
yang No.4 jadi No.3
dan seterusnya.
Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).



2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:


Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625


Kita sama-sama cuba jaya okk....
Selamat mencuba!!!

yeeehaaaaaaa~~~~~

hehe..so,same2la kita membantu antara satu sama lain..

" muafakat mebawa berkat..asas hidup bermasyarakat..amalkan hidup sihat "

Sunday, 16 May 2010

Award Ketiga..=)



Salam..Walla~hehe..Akhirnya sampai juga aku ke rumah..dan...Akhirnya juga,tamat minggu pengurusan pelajar baru untuk kolej matrikulasi negeri sembilan..credit untuk abang-abang dan akak-akak senior yang sudi menghadirkan diri untuk membantu melancarkan minggu MPPB..

Actually,selepas seminggu tidak mengupdate blog,maka aku mulakan entry terbaru dengan kisah dan sirah rasulullah.Kenapa?sebab mungkin aku rasa blog aku ni masih kurang info-info tentang islam ni..dan aku pun masih cuba menambahkan ilmu tentang agama ni..At least,bila mana korang semua datang..ada gak boleh berkongsi ilmu kan..kan2?=)

Untuk kali ketiganya,dan tidak disangka-sangka..aku mendapat award daripada cik manna salwa..=) thanx ya..tak sangka pun sebenarnya..maka atas sebab itu,semangat aku untuk menambahkan lagi info dan dana menaikkan lagi taraf blog ni telah meningkat dengan pantasnya..insyaAllah..moga terus diberi kesihatan yang kuat..



Huhu..lawa kan?
Agak-agak,bila aku pulak nak bagi award aku sendiri kat orang ya?=)

Salam...

Saturday, 15 May 2010

Rasulullah menangis ketika di padang masyhar.


Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar

.Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra,bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yangbermaksud:
"Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur(bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat padahari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dannabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umatyang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yanglain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang)tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: "Kamibersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawaMuhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taalaserta dibenarkan oleh para rasul." Ibnu Abbas ra berkata: "Orang yangpertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW.Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil puladatang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datangdengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga."

Jibril as akan menyeru: "Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?"

Bumi akan berkata: "Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur.Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidaktahu dimana kubur Muhammad SAW."

Rasulullah SAW bersabda: "Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya darikubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada diatas kubur."

Israfil bersuara: "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!"

Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mulaterbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri,baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut bagindaSAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagibangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Jibril as berkata kepadanya: "Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas."

Baginda SAW bertanya, "Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?"

Jibril as menjawab: "Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah harikiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentanganAllah Taala."

Baginda SAW bersabda: "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!"

Jibril as berkata: "Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?"

Baginda SAW bersabda: "Bukan seperti itu pertanyaanku. "

Jibril as berkata: "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?"

Baginda SAW bersabda: "Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?"

Jibril as berkata: "Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?"

Baginda SAW bersabda: "Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku."

Jibril as berkata kepada baginda SAW: "Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!"

Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cubameronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: "Wahai Buraq! Adakah kamutidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala?Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya? "

Buraq berkata: "Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin diamensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku.Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaanmarah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini."

Baginda SAW bersabda kepada Buraq: "Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu."

Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnyalalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata.Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dariperak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: "Wahai tubuh-tubuh yangtelah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yangbertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dariperut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perutbumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.

Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Didalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh,akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akanmenurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekatseperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang.Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagianmereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: "Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakalatersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur.Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagiandari mereka adalah golongan yang celaka dan derita."

Malaikat Israfil as menjerit: "Wahai roh-roh yang telah hancur!Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untukdikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam."

Allah Taala berfirman:
"Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya! "

Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluaruntuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumipula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanyasedia, masing-masing melihat.

Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihatmakhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan).Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka sepertigelombang lautan.

Jibril as menyeru: "Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala."

Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali NabiMuhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: "Di manaumatku?"

Jibril as berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir."

Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!" Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.

Nabi Muhammad SAW berkata: "Mengapa kamu berdua menangis."

Jibril as berkata: "Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?"

Nabi Muhammad bertanya: "Di mana umatku?"

Jibril as berkata: "Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan."

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalubertanya: "Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"

Jibril as berkata: "Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!"

Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira danmengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah AllahTaala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan bagindaSAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAWbertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban diatas belakang mereka sambil menyeru: "Wahai Muhammad!"

Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezalimanmereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai umatku." Mereka berkumpul disisinya. Umat-umatnya menangis.

Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: "Di mana Jibril?"
Jibril as berkata: "Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam."

Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: "Di mana umat Muhammad SAW?"

Jibril as berkata: "Mereka adalah sebaik umat."

Allah Taala berfirman: "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKuMuhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu."

Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: "WahaiMuhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala."

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: "Sesungguhnyakamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala."

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akanazab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimanapengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. AllahTaala berfirman: "Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKutuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semuamelakukan dosa!"

Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: "Hari ini,Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akanmengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi kearah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!"

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: "Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam."

Malik bertanya: "Apakah hari ini?"

Jibril menjawab: "Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telahditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah merekausahakan."

Malik berkata: "Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?"

Jibril menjawab: "Ya!"

Malik bertanya: "Di mana Muhammad dan umatnya?"

Jibril berkata: "Di hadapan Allah Taala!"

Malik bertanya lagi: "Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadapkepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan merekasemua adalah umat yang lemah?"

Jibril berkata: "Aku tidak tahu!"

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yangmenggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyaitiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiadakekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka(semuanya menangis).

Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambilalih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknyamencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnyatidak mabuk.



Rasulullah SAW Membela Umatnya

Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahimas. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru:"TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilahkedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakkupada hari ini."

Allah Taala berfirman: "Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya."

Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalumenyeru: "KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Akutidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilauJahanam!"

Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsylalu menyeru: "Tuhanku... Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Akutidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilauJahanam!"

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru:"Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku.. .. !Aku tidak meminta untuk diriku.Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!"

Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: "Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"

Neraka pula berseru: "Wahai Tuhanku... Penguasaku dan Penghuluku!Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlahmereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku!Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabardengan penyeksaan."

Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.

Allah Taala berfirman: "Di mana matahari?" Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala.

Allah Taala berfirman kepadanya: "Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?"

Matahari menjawab. "Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harusmemerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yanghalus?"

Allah Taala berfirman: "Aku percaya!"

Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk."

Ibnu Abbas r.h. berkata: "Peluh manusia bertiti dan sehingga merekaberenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak sepertiperiuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yangsempit.

Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat.

Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dankering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dansekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.

Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: "MahaSuci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitumengambil berat, hal keadaan umatnya.

Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: "Pada suatuhari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara' r.h. Baginda SAW dapati, diasedang menangis."

Baginda SAW bersabda: "Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?"

Fatimah menjawab: "Aku teringat akan firman Allah Taala."

"Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka."
Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: "Wahai permatahatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat.Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaandahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakangmereka. Air mata mereka mengalir di pipi."

Fatimah r.h. berkata: "Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?"

Baginda SAW menjawab: "Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiaporang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telahmendengar Firman Allah Taala:" Bagi setiap orang dari mereka, di hariitu atau satu utusan yang melalaikan dia.

( Abasa: 37)

Fatimah ra. bertanya: "Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?"

Baginda SAW menjawab: "Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku."

Fatimah r.h. bertanya lagi: "Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?"

Baginda SAW bersabda: "Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambildikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: "Tuhan Kesejahteraan! TuhanKesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: "Aamiin."

Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman:"Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah."

Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketikaitu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap merekasebagaimana burung mematuk kacang.

Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yangmenyembahNya datang beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri disitu berkata: "Kami adalah umat Muhammad SAW!"

Allah Taala berfirman kepada mereka: "Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?"

Mereka berkata: "Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya."

Mereka ditanya lagi: "Kami mengenali Tuhan kamu?"

Mereka menjawab: "Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya."

Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umatMuhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalumalaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: "Marilah kita pergimeminta syafaat kepada Muhammad SAW!"

Manusia berpecah kepada tiga kumpulan.
1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.
2. Kumpulan pemuda.
3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar.

Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat.Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar NabiMuhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia jugamerupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi adam as danisterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW.

Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: "Wahai Adam! Ramai darizuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka. Merekamenyeru: "Di mana Muhammad?"

Mereka berkata: "Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telahmengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Mataharidi atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya jugatelah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kamiagar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami dengan segera!Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka."

Nabi Adam as berkata: "Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibukdengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adamterhadap Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yangtelah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Merekamenghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.

Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: "Wahai datuk kami, Nuh!Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antarakami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka keneraka."
Nabi Nuh as berkata: "Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Akupernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku.Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanyaagar menolong kamu!"

Nabi Ibrahim as berkata: "Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalamusiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut denganTuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!"

Nabi Musa as berkata: "Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernahmembunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuankusendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam.Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuklelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutandosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!"

Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata:"Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian. Merekatelah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hariini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam."

Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra' sedang duduk. KetikaMariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: "Ini umat NabiMuhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka."

Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s.berkata kepada nabi Muhammad SAW. "Ini umatmu, wahai Muhammad! Merekaberkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala."

Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: "Marilahkepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku.Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepadaAllah Taala untukmu!"

Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.

Terdengar suara seruan: "Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!" NabiAdam as berkata: "Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-mogaDia akan meminta kepadaku."

Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirmankepadanya: "Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!"

Nabi Adam as bertanya: "Berapa ramai untukku kirimkan?"

Allah Taala berfirman: Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka."

Allah Taala berfirman lagi:
"Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Akuharamkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya.Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKuNeraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkirijanji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yangmempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat bijisawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu!Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengansatu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agarmemberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkanmereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikandengan dosa bagi orang yang melampaui batas."

Nabi Adam as berkata: "Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagimenghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau MahaMengetahui sesuatu yang ghaib!"



Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat

Allah Taala menyeru: "Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisabdan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh500 tahun perjalanan."

Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: "WahaiMuhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasandari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka,dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orangyang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkanagar berjalan!"

Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: "Wahai Malik!Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dariumatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akangementar apabila melihatmu."

Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW.Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. NabiMuhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: "Ikutlahaku wahai umatku di atas Sirat ini!"

Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketigamelintasi seperti kuda yang baik. Kumpulan yang keempat seperti burungyang pantas. Kumpulan yang kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan.Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat.Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.

Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAWmelihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akanmenarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan kelapanmenarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahandan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: "Wahai MuhammadSAW!"

Nabi Muhammad SAW berkata: "Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!

Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat.Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintusyurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidakterkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya adakanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka duabulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihatibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasukisyurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala darisutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausankiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.

Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring.
Mereka berkata: "Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku."

Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul.Mereka berkata: "Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan didunia."

Malaikat berkata kepada mereka: "Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlaluberat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosamereka."

Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata:"Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninyadan menyatukan kami dengan mereka."

Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung ditempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil"Tempat Teropong." Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.

Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang solehdi kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Dihadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujianberada di atas kepalanya.

Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda:
"Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?" Malaikat menjawab: "Merekamenangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka. "Nabi SAWbersabda: "Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberisyafaat kepada mereka, Insya Allah."

Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada dibelakang. Setiap kaum akan kekal didalam rumah-rumah mereka. Kitamemohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan inidan menjadikan kita sebahagian daripada mereka.