Thursday, 20 May 2010

4 golongan lelaki yang ditarik ke neraka?aku ke?




Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka
oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada
wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya
di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar
solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
menutup aurat.Dia membiarkan anaknya bergaul bebas hingga terjerumus di kancah kemaksiatan.

Tidak cukup kalau dengan hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak
perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup
aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka
bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahanam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaulbebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untukpandangan
kaum lelaki yang bukan mahram,merelakan dirinya disentuh bukan mahramnya sesuka hati. Apabila suami mendiamkan diri walaupun
seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh,
puasanyanya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya
bersama-sama ke dalam neraka.

(p/s; Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri
tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau
menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau
akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke
bahu abang- abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya
mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran
Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.


(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga
amalmu, dan jangan ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabk an
di akhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat... dan
tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,
mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an
di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika
tersalah atau terlupa... kerana ibu juga insan biasa... tak lepas dari
melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika
tidak, kau juga
akan ditarik menjadi penemannya.)

Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana
bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... ."

 P/s : jalankan tanggungjawab kita sebaiknya..(^^,) besar tanggungjawab orang lelaki ni..

5 comments:

  1. tanggungjawab lelaki memang besar... semoga berjaya memikul tanggungjawab sebagai anak, adik beradik lelaki, suami, dan ayah... amin.. :)

    ReplyDelete
  2. -abgtelordibasuh-20 May 2010 at 20:09

    ah demmmm...lelaki gak yg teruk

    ReplyDelete
  3. entah lah aku dlm golongan mana yer Nauzubillah....

    ReplyDelete
  4. iya.. mmg besar...w/p dah berpuluh kali baca artikel cam nie..ttp kekkdg kite nie lupe...terima kasih....

    ReplyDelete
  5. ardinihumaira : ameen~=) doakan la ya..

    telor : huhu..ada pro and kontra sbenarnya..bace entry terbaru ya..

    mahamahu : mudah2han golongan yang baik..

    kazaztan : same2..insan pun bermaksud "lupa"..dan agama itu nasihat kan..=)

    ReplyDelete