Wednesday, 19 May 2010

Fitnah ibarat api !! Siapa fitnah siapa?


 Kemajuan teknologi hari ini membuatkan perhubungan antara kita semakin mudah. Suami boleh menghubungi si isteri, anak boleh menghubungi ibu bapa, majikan boleh menghubungi pekerja, dan aku boleh menghubungi korang semua..walla~hehe..Namun begitu,ada segelintir masyarakat yang melakukan penyebaran aktiviti yang tidak benar melalui pelbagai cara.. Antaranya blog,media masa,media cetak dan paling banyak berlaku menggunakan khidamat pesanan ringkas (sms).

Walaupun dari segi logiknya,ia tampak begitu kecil,namun sebenarnya ia merupakan satu fitnah yang amat berbahaya, Mengenai fitnah, Allah berfirman " Dan fitnah itu lebih besar daripada pembunuhan " (surah Al-Baqarah : 191 )

Rasulullah juga bersabda yang bermaksud " Akan muncul suatu ketika di mana ilmu islam dihapuskan,muncul pelbagai fitnah,berleluasa sifat kedekut,dan banyak berlaku jenayah ".(riwayat muslim)

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Sebagai muslim dan muslimah sehati,kita seelok-eloknya perlu memperhalusi setiap berita dan khabar yang kita dapat daripada terbabit dalam perkara yang berunsur fitnah.

Ini selaras dengan firman Allah. " Wahai orang-orang yang beriman,jika datang kepada kamu seorang fasik pembawa sesuatu berita,maka selidiklah untuk mengetahui kebenaranya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkarayang tidak diingini,dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga kamu menyesal perkara yang kamu lakukan " (surah Al-Hujurat : 6)

Namun begitu,jangan menganggap cerita tidak benar sebagai satu kesalahan kecil, Hakikatnya,fitnah itu ibarat api dan dosa membuat fitnah menjauhkan diri daripada syurga.
Rasullullah bersabda yang bermaksud "tidak masuk syurga bagi orang yang suka menyebarkan fitnah " (Riwayat bukhari dan muslim)

huhu..maaf pada siapa yang terasa..apa-apa pun,sekiranya kita pernah melakukan fitnah,segeralah bertaubat ya..pintu taubat Allah amat luas..=)

p/s : teringat zaman-zaman aku difitnah dulu..sob3x~

No comments:

Post a Comment