Monday, 24 May 2010
5 Jenis solat yang bermakna..Kita ditahap mana ?
Salam,
" Syafiq,bukan macam tu..macam ni,cuba tengok faiz sujud macam mana.."
Hehe,teringat zaman tadika dulu sewaktu ujian amali untuk solat. Aku mesti sangkut bab-bab sujud ni.Sebab apa ea? Aku tak suka hidung aku cecah ke lantai. Haha. Oleh kerana tu, bila sujud je, mesti aku akan angkat muka tu, just dahi je cecah ke lantai. Menarik dan terbaik bukan ?
Sebut tentang solat ni,ada pelbagai jenis solat yang kita boleh kategori kan..Dari anda layan perkara yang tidak berfaedah,apa kita luangkan masa 5 minit je untuk fahami dan amalkan apa anda baca kat sini..(^^,) kan-kan? heh..InsyaAllah..
***************
1) SOLAT ORANG JAHIL
- Solat yg dilakukan oleh org yg tiada ilmu tentang solat
- Tidak tahu rukun dan sunat dlm solat
- Solatnya ditolak malah berdosa kerana tidak belajar
2) SOLAT ORANG LALAI
- Solat yg sempurna zahirnya tetapi hatinya langsung tidak hadir dalam solat
- Dari awal hingga akhir solat hatinya langsung tidak mengingati Allah
- Solatnya tidak mendapat pahala malah dibalas dgn neraka wail..Nauzubillah
3) SOLAT ORANG YG SEPARUH LALAI SEPARUH KHUSYUK
- Solat yg di dalamnya berlaku tarik menarik dgn syaitan
- Ada waktu lalai,ada waktu khusyuk
- Tidak berdoda,tidak juga berpahala..dimaafkan..wallahualam
4) SOLAT ORANG KHUSYUK
- Sepanjang solatnya itu penuh ingatan kpd Allah dan kpd apa yg dibacanya.
- Solat begini menghapuskan dosa,menguatkan iman dn lebih dkt kpdNya
- Dianugerahkan pahala dan syurga penuh kenikmatan.
5) SOLAT NABI-NABI DAN RASUL
- Khusyuk mereka sgt luar biasa.
- Mereka benar-benar nampak Allah dgn mata hati,solat seakan2 berbual-bual dgn ALLAH
Er,di mana tahap solat kita ya ? mudah-mudahan di tahap yang paling atas..ameen~
p/s : Kalau tak ada pengurangan solat semasa nabi diisra' mikrajkan..Agak-agak kita mampu buat 50 rakaat? Er....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sy pun ade terpikir.. kalo 5 waktu yg tak smpai 20 rakaat pun ade yg tak buat.. ape tah lagi 50 rakaat.. wallahualam
ReplyDeleteitula..same2 pikirkan k..=)
ReplyDeletebagus entri ni, sekali sekala baca entri kerohanian, teringat kembali jalan datang kita, dan tempat kembali kita nanti. Thanks for the rminder.
ReplyDeleteNadia-ism: The Calls, Parcel, and Flight Airlines Nightmare